Social Icons

Pages

Wednesday, April 18, 2012

VIDEO PEMAIN ITALI REBAH DAN MENINGGAL DUNIA TERSEBAR !!! TAKZIAH DARI BADUT RAKYAT !!!


LIVORNO ( Itali ) : Pemain Livorno yang beraksi dalam Serie B, Piermario Morosini meninggal dunia akibat serangan jantung ketika perlawanan menentang Pescara.Morosini rebah secara tiba-tiba pada minit ke-31 dan bangun semula,namun seperti keliru sebelum rebah sekali lagi menyebabkan pasukan perubatan tangkas masuk memberikan rawatan sebelum beliau dibawa ke hospital.

“Kami cuba sedaya upaya menyelamatkannya tetapi dia tetap tidak sedar biarpun sudah dibawa ke hospital,” kata Pakar Perubatan, Leonardo Paloscia.


Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI) mengesahkan Morosini mengalami kegagalan jantung dan semua acara sukan bertafakur selama seminit bagi menghormati kematiannya.
Malahan, perlawanan antara AC Milan dan Genoa serta semua perlawanan Serie A dan Serie B turut ditunda bagi menghormati pemergian pemain berusia 25 tahun itu.

Berita kematian Morosini itu hadir hanya beberapa minggu selepas pemain tengah Bolton,Fabrice Muamba mengalami masalah sama pada perlawanan Piala FA namun dapat diselamatkan oleh pihak perubatan. – Reuters



TAKZIAH !!!

1 comment:

Unknown said...

Takziah...

NURUL IZZAH: ANTARA NOBAT & LAGU P.RAMLEE... Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

 
 
Blogger Templates