Social Icons

Pages

Sunday, April 29, 2012

KISAH BENAR !!! ADAKAH BENAR MELAYU MAKIN KAYA ATAU SEBALIKNYA ??? WAJIB BACA !!!


Dr. Lim Teck Ghee,Pengarah Centre for Policy Initiatives (CPI) membuat kenyataan di Nanyang Siang Pau bahawa ekuiti korporat Bumiputera mungkin berada di tahap 45% dan bukannya 23.9% seperti yang diwar-warkan kerajaan.Dalam ertikata lain,Dr. Lim mencurigai atau menuduh kerajaan sebagai ‘tersalah kira’ atau ‘berbohong’ kepada rakyat.Atas dasar apa Dr. Lim berkata demikian tidak pula dinyatakan dengan jelas.Maka,kita tidak dapat mengelak dari merasa curiga tentang kenapa Dr. Lim mencurigai kerajaan.

Mungkinkah ini satu lagi dari strategi tersusun pihak-pihak tertentu yang ingin menggugat kestabilan Malaysia semata-mata ingin menukar kerajaan ??? Jika benar,taktik membangkitkan rasa curiga,syak wasangka ini bolehlah dikatakan taktik paling kotor dan paling jahat.Nampaknya,Dr. Lim seolah-olah berhujah dengan hanya merujuk kepada pandangan kasar dan rambang ketika memandu di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.Memang Benar,di sekitar KL kini kita boleh melihat banyak kereta-kereta mewah dipandu oleh orang Melayu.Begitu juga dengan rumah-rumah besar banyak juga yang dimiliki oleh orang Melayu.Perniagaan juga begitu,saban tahun semakin banyak syarikat bumiputera tersenarai di BSKL.

Sebagai hujah balas,kita juga boleh memperdebatkan isu ini dari segi pandangan kasar atau rambang seperti juga hujah Dr. Lim Dan jika kita berhujah tanpa prejudis atau niat jahat maka kita akan terpaksa mengakui bahawa di jalanraya di KL hari ini,pemandangan yang sering dilihat ialah dalam setiap 100 biji kereta mewah di jalan raya,70% - 80% dimiliki oleh orang Cina.Begitu juga dengan rumah-rumah besar dan syarikat-syarikat besar.

Berapa kedai milik Melayu boleh dilihat di KLCC ??? Tidak ada.Berapa kedai milik Melayu di Alamanda ??? Mungkin satu sahaja iaitu restoran beriani.Berapa pula di Subang Parade, Empire, The Curve,One Utama ??? IOI Mall ??? saya minta Dr. Lim buat kajiselidik dan jawab sendiri sekiranya baca blog saya,itu pun kalau dia baca.

Bagaimana pula dengan rumah-rumah kedai atau pusat perdagangan ??? Khasnya di Petaling Jaya,Subang Jaya,Damansara,Mont Kiara, Seri Hartamas,Seri Kembangan ??? Jika disenaraikan semuanya, kita akan dapati bahawa perniagaan atau hartanah kedai/kilang yang menjadi milik Melayu tidak mustahil hanya terdapat dalam 10% atau kurang. Pemandangan yang sama juga dilihat di seluruh bandar-bandar utama negeri-negeri di Malaysia.

Selebihnya,Melayu lain berada di kampung,bertani,menjadi nelayan atau paling hebat pun bekerja kilang yang mana pendapatan bulanan mereka mungkin hanya 1% dari pendapatan purata bulanan kaum Cina dengan taraf hidup sederhana di bandar.Walaupun semakin ramai orang Melayu berniaga hari ini,namun saiz perniagaan mereka hanyalah setakat gerai-gerai,pasar malam,pasar tani dan perniagaan kecil atau sederhana.dari mana Dr. Lim mendapat angka bahawa Melayu sudah cukup kaya dengan pemilikan ekuiti korporat sehingga 45% ???

Hakikatnya,walaupun taraf hidup segelintir Melayu semakin meningkat tetapi rata-ratanya mereka masih jauh ketinggalan,malah sasaran 30% pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang 2020 juga masih samar.Lebih memburukkan keadaan apabila kaum Cina yang telah sedia selesa menggenggam ekonomi Malaysia pula berada dalam kedudukan berkuasa untuk menekan atau memanipulasi peluang bumiputera yang menjadi pesaing dalam perniagaaan mereka. Ini menyukarkan lagi orang Melayu untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Sepatutnya,jika Dr. Lim atau mana-mana kaum Cina tidak senang dengan peningkatan Melayu dan ingin menghapuskan segala apa yang dilihat sebagai bantuan atau tongkat kepada Melayu maka mereka wajar membantu kerajaan meningkatkan kekuatan ekonomi bumiputera dan bukannya menghalang atau mengsabotaj usaha kerajaan ke arah itu. Ini kerana jika kaum Cina turut memainkan peranan mereka bagi mendokong aspirasi kerajaan tentulah sasaran 30% tersebut akan dapat dicapai dengan lebih cepat. Dan jika sasaran tersebut tercapai, maka impian untuk membuang tongkat orang-orang Melayu bolehlah direalisasikan dengan seberapa segera.

Hari ini,pemilikan ekuiti Bumiputera telah meningkat daripada 21.9 peratus bernilai RM127.4 bilion pada 2008 kepada 23.09 peratus dengan nilai RM167.7 bilion.Antara pemilikan ekuiti Bumiputera mengikut sektor ialah dalam bidang kewangan,insurans dan takaful yang meningkat kepada 37.56 peratus bagi 2009 dan 38.97 peratus pada 2010. Sektor perdagangan borong dan runcit pula adalah industri yang mempunyai bilangan syarikat Bumiputera tertinggi berbanding industri lain.Ekonomi Melayu yang semakin meningkat dan ekonomi Cina yang telah sedia dan semakin kuat dengan sendirinya membuktikan bahawa kerajaan yang ada hari ini tidak pernah meminggirkan sesiapa.Justeru,kenapa kaum Cina terus bersikap dengki khianat dan tamak haloba dalam memperkatakan soal ekonomi sedangkan mereka telah pun berada jauh di atas dari kaum bumiputera ??? ini hanya pandangan saya bukan racist pun.saya pelik dengan kaum cina sering nak cari masalah dengan kaum melayu.cukup-cukup lah dengki antara satu sama lain.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates