Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini sekali lagi menegaskan perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih tetap tidak dibenarkan berlangsung di Dataran Merdeka.Malah,Datuk Bandar Kuala Lumpur,Tan Sri Ahmad Fuad Ismail turut mencadangkan lokasi alternatif untuk Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini sama ada di Stadium Bola Sepak Cheras ataupun Stadium Titiwangsa.
“DBKL tetap tidak membenarkan Bersih mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka 28 April ini.Saya sendiri tidak faham kenapa mereka masih lagi berdegil,sedangkan menteri sendiri sudah mencadangkan lokasi alternatif untuk mereka berhimpun,” katanya merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mencadangkan Stadium Merdeka dan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perhimpunan mereka Sabtu ini.
Tambah Ahmad Fuad,pihaknya hanya membenarkan perhimpunan yang menjurus kepada komponen kebudayaan dan sukan yang bersifat nasional seperti Sambutan Kemerdekaan,Tahun Baru dan acara sukan kerana ia memupuk nilai kebangsaan antara hubungan kaum di negara ini.
“Ada dua lagi komponen,satu berkenaan sukan, contohnya seperti acara walkathon, marathon, dan jogathon, pada kita (DBKL) ia untuk tujuan bersukan dan bukan untuk menunjukkan perasaan.Komponen lain seperti kebudayaan. Ada ramai orang datang, kita ada aktiviti untuk orang di Kuala Lumpur. Pada kita tiada masalah untuk acara sedemikian,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat DBKL.
Mengulas berkenaan acara Sambutan 100 tahun syarikat Nestle bulan lalu,Ahmad Fuad menegaskan, sambutan tersebut adalah sambutan 100 tahun Nestle yang mana tetamu kehormat mereka adalah Sultan Selangor.
“Nestle dah 100 tahun di Malaysia,mereka sudah banyak melabur di negara ini,pada masa itu pun tetamu kehormat mereka Sultan Selangor.DBKL akan memberikan kebenaran sekiranya acara itu tidak merosakkan persekitaran dan kalau ada melibatkan aktiviti sukan dan kebudayaan.Jangan campurkan elemen politik,bantahan dengan hiburan dan kebudayaan,” tegasnya lagi dan menyatakan perhimpunan sedemikian bakal mendatangkan kemudaratan kepada orang awam terutamanya golongan peniaga berhampiran.Bila ada perhimpunan macam ni mereka buat orang awam merungut,orang bimbang,peniaga nak berniaga pun susah.”
Namun begitu,Ahmad Fuad tidak menyatakan tindakan yang akan diambil terhadap penganjur,sekiranya Bersih tetap berkeras untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan mereka.
Minggu lalu DBKL telah mengeluarkan kenyataan pihaknya tidak membenarkan Bersih mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih di Dataran Merdeka.Semalam,laporan The Malaysian Insider menyebut Bersih tetap berkeras akan mengadakan perhimpunan mereka di dataran bersejarah tersebut.Menteri Dalam Negeri juga telah memberikan kebenaran untuk Bersih melakukan perhimpunan aman mereka selaras dengan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011.Hishamuddin turut memberikan cadangan lokasi alternatif kepada kumpulan tersebut untuk melakukan perhimpunan mereka.
“Menteri sendiri sudah tawarkan tempat, belum pernah lagi menteri mencadangkan tempat untuk perhimpunan sedemikian,” kata Ahmad Fuad lagi. - MI

No comments:
Post a Comment