Social Icons

Pages

Wednesday, May 30, 2012

HOT NEWS !!! SECARA TERANG NIZAR DERHAKA PADA SULTAN JOHOR ??? WAJIB BACA !!!


Kurang dari beberapa jam Mynewshub.my menyiarkan berita mengenai individu mencemarkan status Sultan Johor dan mencerca tindakan Baginda membeli nombor plat kenderaan WWW 1,timbul pula isu dari pihak lain yang mempertikaikan pembelian nombor plat itu.Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempersoalkan kewajaran Sultan Johor,Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar membeli plat kenderaan itu dengan nilai RM520,000.

Dalam laman Twitter milik Nizar,beliau mengatakan jumlah wang yang dibayar untuk nombor plat itu sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat melayu Johor atau pun membina 20 rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).


Nizar turut memperli Sultan Johor adakah plat kenderaan itu digunakan untuk diletakkan di kereta Proton atau motorsikal.Di sini dapat dilihat,tindakan Nizar mempersoalkan Sultan Johor membeli plat kenderaan itu seolah-olah cuba dipolitikkan oleh beliau sendiri.Dengan tiada kaitan langung,Nizar juga mengaitkan nilai bayaran plat kenderaan itu dengan harga sebentuk cincin yang dikatakan dimiliki oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam perkembangan berkaitan,Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kenyataan yang dibuat oleh Nizar itu adalah tidak masuk akal dan menunjukkan dirinya cetek ilmu hinggakan sanggup membuat fitnah kepada Sultan Johor.Malah,Nizar juga dilihat seolah-olah mempersoalkan sistem bidaan yang dibuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti tidak telus dan tidak adil.

“Kritikan Nizar terhadap Sultan Johor berkenaan bidaan Baginda bagi nombor plat WWW 1 dianggap cetek kerana beliau seperti memfitnah dan membuat kesimpulan sendiri tanpa usul periksa. Ini membuktikan bahawa beliau tidak menghormati Sultan Johor dan institusi DiRaja negara ini.Hak membuat bidaan bagi nombor tersebut dibuka secara adil oleh JPJ dan terbuka bagi semua pihak untuk membuatnya termasuklah Baginda Sultan Johor sendiri,” kata Rosnah kepada Mynewshub.My


Bagi Rosnah,kenyataan fitnah Nizar yang turut mengaitkan jumlah wang yang digunakan oleh Rosmah membeli sebentuk cincin juga tidak relevan.Justeru itu,Rosnah menggelarkan Nizar sebagai individu yang gemar bercakap celupar dan suka menimbulkan kontroversi serta fitnah kepada orang ramai.

“Dengan nilai bidaan yang tinggi itu tidak boleh membuktikan bahawa Baginda tidak membantu rakyat jelata yang sememangnya baginda dikenali sebagai Sultan yang berjiwa rakyat. Dan amatlah tidak relevan untuk membandingkan nilai ini dengan cincin Datin Seri Rosmah yang sememangnya sudah menjadi fitnah pembangkang selama ini.Nizar membuat kenyataan tanpa usul periksa dan menyebarkannya semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik dan mileage politik semata-mata. Beliau sememangnya seorang ahli politik yang celupar, sering mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja kontroversi tetapi berbaur fitnah dan boleh mencetuskan kebencian orang ramai.Seharusnya sebagai orang Melayu dan beragama Islam, beliau perlu berhati-hati dari mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keharmonian dan ketenteraman negara,” katanya. - MyNewsHub

Masihkah Anda ingat no plate di bawah ???

AGS10,AFD11,AFD22,AFD33,AFD55,AFD66,AFD77,AFD88,AFD99,
AFD333,AFD999,AFF33,AFF88,AFF99,AGS828 dan AEU606.

Semuanya di daftrakan pada 9 Januari 2009.yang nizar pakai ni duit poket dia atau duit rakyat ??? kepada nizar,cermin dulu muka anda sebelum mengata DYMM Sultan Johor

USTAZ AZHAR PENCERAMAH POLITIK PAKATAN HARAM ???

NAK TAHU

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates