Social Icons

Pages

Thursday, May 10, 2012

HOT NEWS !!! SELEBRITI MUDA JOHAN ARIFF AS'ARI PLAYBOY ??? WAJIB BACA !!!


Wataknya sebagai Botak dalam siri Juvana mencetuskan satu fenomena.Pelakon yang tidak bersandarkan pada wajah kacak semata-mata ini boleh diterima orang ramai.Itu kejayaan seorang anak VIP yang mampu merebut anugerah Pelakon Baru TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011,baru-baru ini.Bagaimanapun,sebagai selebriti muda,Johan Ariff As’ari tidak terlepas daripada gigitan gosip.Paling ketara apabila dia dikaitkan sebagai kaki perempuan yang membabitkan nama-nama besar seperti Izreen Asmida,Fasha Sandha dan Nabila Huda Dan itulah yang cuba dirungkaikan oleh penerbit Bilik 7,Engku Azmin Engku Zaini bersama perantaranya,Riche Rachman.Johan pernah mendapatkan pendidikan kelas tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi,Indonesia.Berkebolehan menghafal satu setengah juzuk al Quran. Johan juga memiliki diploma Kaunseling dari Kolej Universiti Islam Melaka.Memang sesuai jadi ustaz tapi Johan memilih ke dunia panggung khayalan ini.

Juvana mempertemukan Johan dengan Izreen,kemudian menyusul siri Cinta Alysa yang digandingkan bersama Fasha Sandha yang juga mencetuskan kejayaan apabila rating amat menggalakkan. Sekali lagi,Johan menjadi perhatian selepas berlakon drama Pelangi Kasih, sebagai suami kepada Nabila.Dalam tiga drama bersiri itu,Johan dikatakan menjalin hubungan dengan tiga pelakon wanita yang disebut tadi sehingga ada pihak yang melabelkannya sebagai kasanova.

“Itulah kehidupan dunia artis.Gosip,gosip dan gosip !!! Saya rasa ramai artis melaluinya. Sebenarnya, bidang lakonan bukan minat utama saya tapi ia terbit apabila melihat kakak saya terbabit secara aktif dalam lakonan.Saya menceburi bidang ini secara kebetulan.Pihak penerbitan tertarik selepas melihat watak kecil yang saya pegang dalam drama sebelum itu.Lalu bermulalah Botak dalam Juvana.Awalnya hasrat saya mendapat tentangan ibu bapa tapi saya tetap ingin mencubanya.Akhirnya mereka memberi sokongan positif dengan syarat gunakan landasan ini untuk kebaikan dan jangan hanya melihat dari sudut glamor semata-mata. Kalau berlakon jangan hanya hendak menjadi hero saja,perlu ada variasi dalam lakonan.


“Saya akur dan selepas menjalani penggambaran, maka timbul satu kesedaran bahawa pelakon pun mempunyai peranan tersendiri dalam menyampaikan mesej kepada penonton. Itulah yang membuatkan saya bekerja keras dengan jujur dan ini adalah satu tanggungjawab. Akhirnya saya mendapat penghargaan dari peminat semua.Alhamdulillah.Saya bukan playboy! Kebetulan saya digandingkan dengan pelakon cantik, popular dan sensasi,maka tumpuan pihak media dan orang ramai jatuh kepada saya sebagai seorang playboy.Dan dalam setiap drama saya bertukar pasangan.Dari sudut positif,saya gembira dapat berlakon dengan mereka yang berpengalaman. Contohnya Fasha, sebelum memulakan penggambaran, dia mengingatkan saya, buatlah apa saja yang dirasakan sesuai untuk watak sebagai seorang suami. Dia akan beri sokongan. Ini lebih memudahkan saya berlakon apabila mendapat kerjasama sepenuhnya dari pasangan saya. Berlakon membabitkan kerja berpasukan dan kejayaan sesebuah drama bergantung pada usaha sama itu.Begitu juga Izreen dan Nabila yang memberi sepenuh komitmen sehingga kami digosipkan bercinta,” kata Johan.

Pun begitu, lelaki itu tidak menafikan keistimewaan setiap artis-artis terbabit. Baginya, Izreen seorang yang ceria, mudah mesra dan komited.

“Kebetulan saya masih baru ketika itu dan dia banyak memberi inspirasi kepada saya membawakan watak Botak.Hubungan kami rapat dan menjadi rapat tapi hanya di set penggambaran saja.Fasha pula pelakon yang eksklusif.Saya tak campur kehidupan peribadinya.Fasha seorang gadis manja dan matang.Penampilannya sudah cukup membuatkan orang terpesona.Ketika sesi penggambaran,dia banyak memberi idea untuk memantapkan lakonan kami. Habis saja penggambaran,hubungan kami sebagai kekasih dan suami isteri berakhir di situ.Fasha hanya akan menghubungi saya untuk mengingatkan jangan lupa menonton siri Cinta Alysa di kaca TV.Itu saja dan tak ada apa-apa hubungan istimewa.Kami tidak pernah keluar bersama-sama.Mungkin keakraban kami di set menimbulkan gosip.Beriya-iya dia cuba meyakinkan saya.

“Nabila cukup versatil, profesional dan banyak memberikan teguran demi untuk kebaikan bersama. Sebenarnya, saya rasa gementar apabila diberitahu akan digandingkan dengannya dalam Pelangi Kasih. Sikapnya yang mesra membuatkan kami senang bekerjasama.Hubungan kami semakin rapat apabila saya mengikuti rombongan Amy Search dan keluarga melancong ke Korea. Hubungan kami lebih mesra kerana saya meminati Amy.Maka meledaklah gosip kami berdua.Kami tak bercinta tidak tapi berkawan ya…” kata Johan.


Walaupun sekadar gosip kononnya bercinta,tidak kurang juga ada pihak yang mengatakan Johan menggunakan Izreen, Fasha dan Nabila sebagai jalan pintas untuk popular.

“Mungkin ada antara pelakon baru yang memperalatkan orang lain untuk popular tapi terus terang itu bukan saya. Saya sangat berterima kasih pada artis-artis itu, tapi bukan menumpang populariti mereka.Saya sedar saya ibarat budak baru yang masih bertatih dalam bidang ini.Lakonan adalah sumber rezeki dan saya ikhlas melakukannya demi minat dan tanggungjawab,” katanya.

Sesuai dengan pengajiannya di dalam bidang kaunseling,Johan memberitahu Bilik 7 yang dia bukan selamanya di dalam dunia lakonan.Namun buat ketika ini,lakonan terpaksa didahulukan sementelah tawaran yang belum terhenti.

“Cita-cita asal saya mahu menjadi seorang kaunselor.Apabila dah terbabit secara serius dalam dunia lakonan ini, saya terpaksa melupakan bidang pendidikan buat seketika Dan insya-Allah suatu hari nanti saya akan menjadi seorang kaunselor apabila tiba waktunya.Di samping itu saya menyimpan cita-cita menjadi seorang penerbit yang berjaya.Kini saya bekerjasama dengan kakak dalam syarikat kami,Kaleidoskop Production,” katanya. - Harian Metro

1 comment:

Anonymous said...

jgn la letak wajib baca huhu!

 
 
Blogger Templates