Social Icons

Pages

Friday, May 11, 2012

KISAH BENAR !!! HASIL TARBIYAH NIK AZIZ !!! BLOG KELAB MURTAD DI TUBUHKAN ??? WAJIB BACA !!!


saya terjumpa sebuah blog yang saya rasa blog ini mengelirukan saya,iaitu blog Kelab Murtad Di Malaysia (http://kelab-murtad.blogspot.com).Blog tersebut bertujuan menyatukan semua rakyat Malaysia yang murtad,bekas Muslim dan Muslimah serta bukan Islam ke arah satu matlamat iaitu untuk menggerakkan semua rakyat Malaysia yang membenci Islam dan berhasrat untuk menghapuskan Islam,setiap mahkamah Syariah dan juga kesemua 9 Raja-raja Melayu bagi menubuhkan negara sekular,Republik Malaysia.bila saya baca semua isi kandungan dalam blog tersebut,apa yang boleh boleh saya kata ada pelik sedikit,opsss...Pemilik blog berkenaan mengenalkan dirinya sebagai Hassan bin Mohamed Ali,bekerja dalam sektor kerajaan,beralamat di Selangor dan bekas Ahli PAS,parti Islamofasis di Malaysia.Menurut beliau,dia berhasrat untuk menghapuskan Islam seperti mana Mustafa Kamal AttaTurk dengan memisahkan Islam dari Negara Turki sama seperti konsep memisahkan gereja dari Negara Kristian.

Entah untuk apa blog ini dibuat saya pun tidak tahu.Jika niatnya hanya untuk memprovokasi dan melagakan Melayu dengan Melayu atau Islam dengan Islam,ia adalah sedikit keterlaluan dan tidak akan berkesan.Tetapi jika beliau benar-benar menulis dari hatinya dan berkata benar mengenai identitinya maka saya ingin mengucapkan Tahniah kepada PAS kerana berjaya mentarbiyah ahlinya sehingga menjadi murtad.Mungkin jurublog ini antara manusia yang masuk PAS kerana benar-benar menyangka yang PAS itu Islam seperti apa yang berlaku pada saya sekitar tahun 1996 ke 1998 sebelum saya masuk KeADILan dan keluar pada tahun 2000.Maka setelah melihat betapa buruknya tingkah laku pemimpin PAS yang sanggup menutup mata atas kesalahan rakan-rakan sendiri yang berzina,berkhalwat dan sebagainya maka beliau menyangka bahawa itulah ajaran Islam dan Islam itu adalah buruk sekali.Inilah bahayanya apabila menjenamakan parti atas nama agama di mana semua kesalahan,keburukan dan kelemahan akan memberi impak kepada agama itu sendiri.seperti saya dulu lain cerita kerana satu sebab iaitu saya tahu kebenaran berkenaan dengan isu memali dan berkenaan kubur sebab itu saya keluar dari PAS,saya tahu PAS hanya Parti yang macam-macam Agenda.itu sahaja.


Saudara Hassan ini juga adalah produk hasil dari keengganan PAS untuk bertegas menentang isu murtad.Kerana tegarnya PAS ingin menjaga hati DAP dalam isu murtad,PAS sanggup menyepak keluar aset mereka,Datuk Dr. Hasan Ali seperti seekor anjing kurap.Bagi mereka,DAP lebih penting dari seorang Hasan Ali dan jika umat Islam ingin murtad,apa masalahnya ??? itu yang berlaku Pada PAS sekarang.

DAP kononnya boleh membawa mereka ke Putrajaya dan mereka pula tidak perlukan Hasan Ali untuk membawa mereka ke syurga kerana sebagai ahli PAS,syurga telah pun pasti bagi mereka.Inilah yang jurublog ini nampaknya terlepas pandang iaitu PAS tidak pernah memusuhi orang murtad.Malah PAS hari ini duduk di belakang pejuang murtad tegar iaitu Ambiga Sreevanesan dalam usaha merealisasikan agenda menukar kerajaan kepada kerajaan yang lebih liberal dan menerima murtad.PAS juga bukan memperjuangkan Islam dan cukup selesa dengan perjuangan DAP untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.Ini terbukti dengan kenyataan Hadi Awang yang ingin menukar perlembagaan dan membuang Islam sebagai agama rasmi negara.

Justeru,berdasarkan hakikat ini,saudara Hassan wajar berdamai dengan PAS kerana PAS bukan musuh sebenar bagi orang-orang murtad mahupun orang yang memusuhi Islam dan Raja-raja Melayu.erkkk betul ker ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Talhah said...

Pendapat saya

1) Dia ini Seorang Kristian dari Sabah/Sarawak rasanya

2) Bukanlah ahli PAS. dari penulisannya nampak tidak ada pengetahuan tentang PAS sedikit sabanyak hanya serkap serkap sahaja. Sumber rujukan hanya wikipedia sahaja. Mungkin seorang graduan universiti tempatan. Sengaja mengaku AHli PAS untuk shock value dan menarik perhatian. Hahah Tuan Punya blog pun dah tertarik jugak kan? heheheh

3)Saya bersetuju bahawa beliau ingin memecah-belahkan bukan hanya orang Melayu tetapi juga antara Melayu dan bangsa lain melalui pertentangan agama. Beliau sengaja menonjolkan kan diri sebagai seorang extremis supaya orang Melayu/Islam naik darah (jelas dalam artikel beliau menyeru pembunuhan Agung). Lalu apabila Melayu marah dan naik angin maka orang Melayu akan terburu-buru membuat genaralisasi bahawa Orang Kristain/bukan Islam jahat. Maka api pergaduhan boleh bersemaraklah.

Beliau juga dengan sengaja mendedahkan nama berserta alamat lengkap dan alamat blog seorang Paderi dengan artikel A Personal Saviour For Apostates of Islam pada entri bulan April untuk mengapi-ngapi. Ini sengaja dilakukan supaya orang Islam naik darah. Apa lagi kalau semua sudah lengkap senang cari bukan Paderi ini? Orang islam kadang-kadang pancung dulu lepas tu baru tanya. entah-entah Paderi tu tak bersalah lansung menurut undang-undang negara.


Tujuannya bukan apa supaya ada berlaku pergaduhan di Malaysia ini.

Dia ni berbahaya juga tambah-tambah dalam keadaan yang genting sekarang. Rasanya laporan Polis perlu di buat.

eXception said...

Pada pandangan aku, blog ni dibuat untuk menyerang Hassan Ali... Sebab tu dia letak nama nama hampir sama dgn Hassan Ali...

Kemudian mendakwa berkerja di sektor kerajaan sebagai melambangkan dia ni di sokong oleh UMNO/BN.

Aku percaya ada cybertrooper PR yang sengaja buat blog ini untuk attack Datuk Hassan Ali...

Anonymous said...

Yang aku masih hairan, kenapa Majlis Agama masih berdiam diri lagi hingga ke saat ini. Pe yang dia tunggu tu....

Faith Ajar said...

Melihat penulisan dalam bahasa malaysia menampakkan blogger ni bukan berbangsa melayu seperti 'memberhentikan', 'economi' dan beberapa perkataan lain.maybe guna translation.

 
 
Blogger Templates