Social Icons

Pages

Saturday, June 30, 2012

ISU PTPTN !!! PAKATAN HARAM MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! PINJAM SENANG PULANG TAK NAK BAHAGIAN KE 2 !!! WAJIB BACA !!!


"Kita terbayang,adakah pendidikan percuma akan menjamin pencapaian akademik yang lebih baik atau pendidikan percuma hanya akan menjadi satu pelaburan negara yang merugikan bangsa dan negara."

Isu PTPTN kian membingit telinga masyarakat dan menjadi agenda Pakatan Haram ketika PRU makin hampir.Berkata sebaliknya seolah seseorang itu naïf dalam memahami isu kerana adalah mustahil untuk seorang ibu bapa bersetuju anak-anak mereka dibebani dengan PTPTN apatah lagi seorang penuntut yang ingin melanjutkan pengajian.Adalah tidak adil malah lagi zalim jika masa depan serta satu-satunya peluang bagi anak Melayu menyambung pengajian dijadikan anak catur agenda politik Pakatan Haram.Yang menghairankan,ke mana perginya ‘common sense’ anak-anak Melayu ketika membantah tawaran bagi mengubah masa depan mereka dan keluarga tetapi mengharap sesuatu yang masih ‘remote’ atau kabur realitinya ??? Akai ada ka ??? jom sambung lagi fakta yang seterusnya

Fakta #4.

Mengikut penulisan John Mallot,“The Price of Malaysian’s Racism” dalam Wall Street Journal pada 8hb February 2011, dalam analisa beliau bahawa adalah satu tanggapan yang sempit untuk berkata bangsa Melayu adalah bangsa yang terkaya di Malaysia. Purata pendapatan seorang bangsa Melayu ialah RM3,500 manakala bangsa Cina ialah yang tertinggi purata pendapatannya iaitu RM6,200 (angka ini mungkin terlalu kecil menurut beliau).Walaupun terdapat banyak penglibatan Melayu dalam sektor SME namun yang jelas pihak lain yang menikmati hasilnya.Inilah realiti kedudukan bangsa Melayu.Keadaan yang sama berlaku dalam pengajian tinggi.Pelbagai kemudahan diberi serta disediakan untuk anak Melayu namun ia banyak dimanafaatkan oleh bangsa lain.

Peluang bagi anak Melayu melanjut pengajian ke IPTS adalah sukar bukan mustahil atas faktor biayaan kos yuran pengajian serta sara hidup.Realitinya adalah sukar bagi ibu bapa pelajar Melayu menampung yuran pengajian sekitar jumlah minima belasan ribu ringgit setahun.Itu tidak termasuk kos-saraan, kos bahan rujukan serta lain-lain kos berkaitan.Namun,menjadi impian anak Melayu untuk ke IPTS yang mempunyai gaya hidup yang berbeza,budaya serta suasana institusi yang mungkin lebih baik dan ini menjadikan impian ke menara gading IPTA sebagai klise.

Menyedari ini,Menteri Pelajaran ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan PTPTN bagi merealisasikan impian setiap keluarga Melayu mampu melanjutkan pengajian anak-anak mereka ke IPT.Mengeluar ‘modal’ pelaburan pengajian tidak lagi menjadi satu ‘challenge’ bagi mereka. Pinjaman PTPTN membolehkan penuntut mengguna sebahagian untuk sara hidup sewaktu pengajian dan sebahagian lagi untuk yuran pengajian.Ada yang tawaran lagi baik ker ??? Ada ??? Percuma ???...hehehe.. itu masih kabur dan impian,kelak yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran….

Fakta # 5.

Sejarah telah membuktikan bahawa Melayu umumnya beragama Islam, akan mudah lupa diri ketika Allah mengurniakan rahmatNya.Telah menjadi stigma Melayu lupa diri,Tak sedar diri dan mudah lupa nikmat yang sedang dikecapi.Baik peluang ekonomi yang disediakan, kesenangan serta kemudahan hidup yang diberikan malah keselesaan yang dinikmati namun Melayu masih sangka ada yang lebih baik,lebih selesa malah mereka sepatutnya boleh memperolehi secara percuma.Melayu oh Melayu !!!

Belajarlah dari kaum Ansar yang Nabi satukan dengan Muhajirin.Kaum Ansar adalah kaum yang serba kekurangan tetapi ketibaan Nabi s.a.w membawa perubahan minda dalam hidup mereka. Kaum Ansar yang dahulunya tercorot dalam serba-serbi akhirnya mampu menjadi sebahagian kuasa ekonomi serta pentadbiran di Madinah. Mereka tidak mendapatnya secara percuma atau pun Nabi s.a.w hanya berdoa tetapi mereka gigih berusaha sehingga tawanan perang dijadikan sebagai guru-guru mengajar anak-anak Muslimin di Madinah.Ketika anak-anak Melayu diberi kemudahan pengajian serta biayaan pengajian bagi membuka peluang pengajian,bolehkah kita mengambil pencapaian akademik sebagai tanda bersyukur ??? Sepatutnya,jika seorang petani moden yang diberi subsidi baja, pinjaman menaman semula serta biayaan jentera ladang dikira mampu membuahkan hasilnya, dan itulah yang telah dibuktikan oleh penanam padi contohnya yang menggeluar hasil 2 kali setahun.Apa sudah jadi dengan penuntut Melayu yang diberi pinjaman PTPTN? Pencapaian akademik mereka jauh tercorot. Di mana tanggungjawab serta komitmen mereka dalam mencari keredhaan Tuhan memanafaat nikmatNya?

Kita terbayang,adakah pendidikan percuma akan menjamin pencapaian akademik yang lebih baik atau pendidikan percuma hanya akan menjadi satu pelaburan negara yang merugikan bangsa dan negara.

Ikuti bahagian akhir Pinjam Tau Pulang Tak Nak...

UNTUK BAHAGIAN PERTAMA

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates