Social Icons

Pages

Saturday, July 07, 2012

EKSKLUSIF !!! EZAM MOHD NOR MEMBONGKAR SIAPA SEBENARNYA @ANWARIBRAHIM !!! WAJIB BACA !!!


“Bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar. Saya telah lakukan hampir segala-galanya yang boleh dilakukan sebagai seorang manusia biasa. Untuk berkorban, berjuang dan membela bos saya,Anwar Ibrahim. Bukan mudah untuk saya tinggalkannya,” begitulah luahan hati Senator Ezam Mohd Nor.Ezam yang satu ketika dahulu pernah menjadi orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata satu peristiwa yang berlaku pada tahun 2005,di mana Wan Azizah menyuruh beliau melihat dan memastikan tiada mana-mana lelaki bermalam bersama Anwar menyebabkan beliau mula berfikir semula.

“Itulah sebenarnya yang menjadi titik-tolak saya untuk berfikir semula siapa sebenarnya Anwar… Dari tarikh itulah saya mula berfikir semula,saya mula mencari kebenaran,saya mengambil masa 6 bulan sebenarnya..”

Pada Oktober 2006, Ezam membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Ketua AMK PKR.Ketika itu pun sudah ada desas-desus bertanya kenapa beliau perlu letak jawatan,namun berkias berkata mahu beri laluan kepada pelapis baru.Petunjuk semakin jelas apabila pada Februari 2007,Ezam telah membuat keputusan yang mengejutkan iaitu melepaskan semua jawatannya dalam PKR termasuk jawatannya dalam PKR Selangor.Dalam bahasa politik,melepaskan semua jawatan dalam parti seumpama seperti keluar parti, sedangkan ketika itu, Ezam sepatutnya mendaki ke puncak politik, seperti memegang jawatan Naib Presiden atau Timbalan Presiden PKR,namun Ezam mengambil langkah sebaliknya.

“Tentunya ada satu perkara yang cukup besar. Dan memang cukup besar yang membabitkan bukan persoalan politik lagi, membabitkan persoalan akidah saya kepada Allah Subhanahu wa taala. Sebab itulah saya membuat keputusan untuk meninggalkannya”.

Ikuti wawancara dari hati ke hati di antara AIDC dengan Ezam Mohd Nor, di sebuah hotel, Shah Alam pada 20 April 2010.

Saudara katakan tadi,Anwar akan menggunakan sesiapa sahaja termasuk ahli keluarganya. Saya teringat dalam buku yang ditulis oleh S.H Al Attas mengatakan Wan Azizah pernah menelefon semasa saudara masih Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR untuk mempastikan tidak ada mana-mana lelaki tidur di rumah Anwar. Adakah cerita ini benar ???

Ya benar.Itulah sebenarnya yang menjadi titik-tolak saya untuk berfikir semula siapa sebenarnya Anwar.Selama ini,saya memang menolak segala bentuk cerita ataupun teori yang membabitkan persoalan akhlak beliau khususnya yang membabitkan lelaki. Tetapi apabila peristiwa itu berlaku, yang membabitkan isterinya sendiri secara langsung menelefon saya tentang persoalan itu, ianya benar-benar membuka mata saya.Dari tarikh itulah saya mula berfikir semula, saya mula mencari kebenaran, saya mengambil masa 6 bulan sebenarnya, sebab bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar.Saya telah lakukan hampir segala-galanya yang boleh dilakukan sebagai seorang manusia biasa. Untuk berkorban, berjuang dan membela bos saya, Anwar Ibrahim. Bukan mudah untuk saya tinggalkannya.Tentunya ada satu perkara yang cukup besar. Dan memang cukup besar yang membabitkan bukan persoalan politik lagi, membabitkan persoalan akidah saya kepada Allah Subhanahu wa taala.Sebab itulah saya membuat keputusan untuk meninggalkannya.Saya tidak bercadang untuk mengaibkan dia atau keluarganya. Sebab itu saya tidak mahu sebutkan secara detail apa sebenarnya yang berlaku.Tetapi,percayalah ianya merupakan satu keputusan yang berasaskan kepercayaan saya kepada Allah Subhanahu wa taala.

Anwar pernah dikenakan pertuduhan meliwat pada tahun 1999 dan dibebaskan pada tahun 2004 dengan keputusan majoriti 2-1.Tetapi,ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan percaya berlakunya aktiviti liwat di Tivoli Villa. Selepas Anwar dibebaskan,masyarakat mula melupakan perkara tersebut tetapi pada 2008 apabila seorang pemuda,bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat Anwar,kita sebagai rakyat biasa terkejut.Adakah saudara yang pernah dekat dengan Anwar juga terkejut ???

Saya dah sebutkan dulu,sehari dua selepas Saiful buat laporan polis. Saya kata saya tak terkejut.Sebab apa saya tak terkejut ??? Saya ada alasan sendiri untuk saya tidak terkejut Dan alasan itu biarlah saya simpan sebab saya sebut tadi saya tidak mahu aibkan sesiapa.Cuma ingin saya tegaskan dalam persoalan yang membabitkan Saiful, kita sebagai orang Islam,kita harus berlaku adil. Berlaku adil itu bermakna mendengar kedua-dua pihak.Yang saya lihat hari ini,keputusan dibuat menghukum Saiful sebagai pemfitnah,pembawa fitnah dan sebagainya tanpa mendengar penjelasan Saiful.Orang seperti Nik Aziz sendiri yang kononnya ulamak,yang mempertahankan Anwar dan menyerang Saiful tanpa mendapatkan penjelasan daripada Saiful.

Ya,dia dapatkan penjelasan daripada Anwar sebab Anwar kawan politik dia hari ini, besok belum tentu. Tetapi dia pertahankan Anwar hanya mendengar Anwar. Mengapa dia tidak panggil Saiful? Mengapa dia tidak panggil bapa Saiful ??? Dalam Islam,kita tidak diajar macam itu.Kalau kita tengok kisah Saidina Ali dibawa ke mahkamah, apabila didakwa oleh seorang Yahudi kerana Saidina Ali memakai baju besi orang Yahudi tersebut.Apabila Saidina Ali dipanggil dengan gelaran besar Khalifah Islam di dalam mahkamah oleh hakim,Saidina Ali membentak,marah kepada hakim tersebut kerana bagi beliau tidak ada gelaran lagi di dalam mahkamah. Taraf beliau dan taraf Yahudi tersebut di dalam mahkamah adalah sama.Ini prinsip Islam.Adakah kita pernah mendengar Anwar berkata bahawa taraf dia dengan Saiful adalah sama? Pernahkah pemimpin-pemimpin parti Islam, mengingatkan Anwar dan mengingatkan diri mereka dan semua rakyat bahawa taraf Anwar dan taraf Saiful sama.Maka,atas dasar itu mereka harus mendengar kedua-duanya dengan sabar dan melalui proses.Bukan menggunakan satu dua ulamak untuk mempertahankan Anwar.

Seperti mempergunakan Dr Yusof Al Qaradawi ??

Kenyataan Syeikh Yusuf Qardhawi,itu kenyataan yang dipesongkan,dimanipulasi.Mereka menggunakan wartawan untuk menanya Yusuf Qardhawi tentang persoalan fitnah Dan tentunya beliau menjawab dari sudut fitnah.Dari sudut pelaksanaan hukum itu sendiri pun,ianya tidak betul.Tidak ada dalam prinsip perundangan Islam seorang ulamak sebesar mana sekalipun yang boleh mengeluarkan kenyataan untuk pertahankan seorang yang lain tanpa usul periksa, tanpa siasat, tanpa proses perundangan yang lengkap.Tetapi Anwar menggunakan Yusuf Qardhawi untuk membina persepsi masyarakat dan menolak serta mengenepikan prinsip Islam.Ya betul dia sebut tentang Qazaf.Tapi mengapa sekarang ??? Apakah Qazaf hari ini baru ada ??? Qazaf ini dah berkurun-kurun ada dalam negara kita. Tapi mengapa Anwar tak pernah sebut bab Qazaf sebelum ini.apakah tidak ada orang kena liwat sebelum ini? Apakah tidak ada orang menuduh orang lain meliwat sebelum ini ??? Zina dan sebagainya.Tentu ada.Tapi Anwar tak pernah sebut tentang Qazaf. Malah dalam rekod Anwar sebagai pemimpin,beliau tidak pernah memberi pengiktirafan yang wajar terhadap Mahkamah Syariah.

Dalam kes Kartika misalnya,dia remehkan Mahkamah Syariah.Dalam kes Lina Joy,dia hina Mahkamah Syariah.Mengapa hari ini,tiba-tiba Anwar mahu menggunakan Mahkamah Syariah sebagai tempat untuk mencari keadilan ???

Ianya hanya permainan politik untuk mengubah persepsi masyarakat kononnya dia seorang yang innocent,yang sanggup untuk menghadapi pertuduhan di dalam Mahkamah Syariah menurut undang-undang Islam.Perkara yang paling simple bersumpah mubahalah,dia tidak lakukan.Malah,bukan kerana bersumpah,kalau kita perhalusi,sebenar-benarnya Anwar tidak pernah pun menyatakan secara jelas,mengaku di depan masyarakat bahawa dia tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu kepada Saiful atau mana-mana orang. Anwar tidak pernah sebut perkara itu.Yang dia sebut,ini laporan Pusrawi,tak ada kemasukan.Ini laporan hospital HKL,tak ada koyak.Dia sebut tentang laporan.Dia tidak sebut tentang diri dia.

Wan Azizah ???

Wan Azizah…apakah kita pernah dengar Wan Azizah sebut, ‘saya isteri Anwar, saya kenal Anwar dia suami saya, saya ingin nyatakan dia tidak pernah lakukan perkara itu’.Mengapa Wan Azizah tidak sebut ??? Apakah susah nak sebut ??? Susah kalau kita salah.Senang kalau kita benar Dan mengapa Wan Azizah tak sebut.Ini yang seharusnya menjadi persoalan.Yang saya sedih apabila saya melihat orang yang tidak tahu apa-apa, atas dasar ketaksuban politik,sanggup mempertahankan Anwar,seolah-olah mereka tahu.Saya sebutkan ini kerana saya telah melalui perkara yang sama.Saya punyai pengalaman yang sama.Saya melakukan kesilapan yang sama.Sebab itu saya minta maaf.Sebagai manusia,apabila saya bersalah,saya minta maaf pada Allah Subhanahu wa taala.Tapi dalam kes liwat Anwar,saya punyai kesilapan pada masyarakat Malaysia sebab dalam kes pertama dahulu,saya orang paling kehadapan mempertahankan Anwar walaupun pada masa itu saya tidak tahu.Sekarang saya sudah tahu.Sebab itu saya nak nasihatkan kepada mereka yang tidak tahu,jangan lakukan perkara yang mereka lakukan kerana dosanya besar.

Mereka mempertahankan Anwar maknanya mereka mengatakan Saiful itu fitnah.Kalau Saiful betul,apakah mereka tidak takut dosa ??? Hanya kerana undi,kerana politik, kerana jawatan, untuk mendapatkan pengaruh,untuk mendapatkan jawatan baik daripada Anwar Ibrahim,sanggup untuk melakukan dosa besar ???

Saya bagi nasihat,jangan.Mereka tidak tahu.Yang tahu hanya Anwar.Yang tahu Wan Azizah.Dalam konteks lain,yang tahu hanya Azmin.Tetapi,tidak pernah tiga-tiga mereka secara jelas dan terbuka menyatakan bahawa Anwar tidak pernah melakukan perkara itu.Yang disebut,orang ini salah,orang itu salah,Perdana Menteri salah,isteri Perdana Menteri konspirasi,Ketua Hakim salah,Ketua Polis korup,alat dan perkakas,Peguam Negara Abdul Ghani Patail korup,hakim yang mendengar baru ini,mereka kata hakim itu penipu.Apa strateginya ??? Strateginya adalah apabila kesemua yang terlibat itu salah,Saiful sudah tentu salah,jadi,yang tak salah adalah dia.Ini permainan yang paling licik daripada ‘master of perception’.Dia mengajak rakyat untuk terpukau dan terfikir kononnya kesalahan pihak-pihak lain.Untuk apa ??? Untuk menutup kesalahan diri dia.Ini permainan persepsi oleh Anwar Ibrahim.Ini yang ingin saya tegaskan sebab saya tahu.Saya orang kanan dia.Saya tahu permainan dia.Inilah persoalan Anwar.Dalam kes Saiful,mudah saja saudara.Persoalannya harus dijawab oleh Anwar.Mudah saja,sama ada dia lakukan atau tidak lakukan.Ini yang dia tidak pernah nyatakan secara jelas dan terbuka kepada masyarakat.Kita yang punya akal yang waras dan iman yang kental,seharusnya kita faham mengapa Anwar,Azizah,Azmin..yang saya tahu mereka tahu,tidak menyatakan perkara yang paling pokok dalam persoalan ini.

Katanya konspirasi ???

Saya tidak percaya ada konspirasi.Dulu saya percaya.Tetapi jelas,setelah kita perhalusi,setelah saya sebutkan tadi,saya mengambil masa yang lama untuk memperhalusi kes ini, saya tahu ianya bukan konspirasi.Bagaimana kita boleh membuat konspirasi membabitkan belasan hakim sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.Lebih daripada sepuluh hakim yang telah membuat keputusan terhadap Anwar.Malah,ada hakim yang membebaskan Anwar Dan hakim yang membebaskan Anwar itu sendiri pun menyatakan,aktiviti homoseksual itu berlaku.Bagaimana yang dikatakan konspirasi ??? Tidak ada konspirasi.Malah sebenarnya,persoalan konspirasi ini tidak perlu wujud sebenarnya.Sebab,katalah kalau ada konspirasi pun,itu bukan persoalannya.Persoalannya ialah sama ada Anwar lakukan ataupun tidak.Kita jangan terperangkap dengan permainan Anwar untuk kita terjerumus dengan persoalan konspirasi atau tidak. Sama ada, ada konspirasi atau tidak konspirasi,bagi saya itu bukan persoalannya walaupun ianya tak ada.Saya ingin tegaskan ianya bukan persoalan. Persoalannya yang Anwar ingin lari atau alihkan, sama ada dia lakukan atau tidak.Hakim yang membebaskan Anwar, saya tak sebut hakim yang tak bebaskan dia, hakim yang tak bebaskan dia, dia kata tak adil. Hakim yang membebaskan Anwar pada tahun 2004 dalam kes yang pertama itu sendiri menyatakan secara bertulis bahawa, Anwar melakukan aktiviti homoseksual. Bagi saya, ini menjawab persoalan pokok.Setakat hari ini,inilah keputusan, jawapan yang paling kukuh yang ditampilkan setelah melalui proses perundangan yang panjang.

Dalam soal pokok tadi sama ada Anwar buat atau tidak buat.Selain daripada keputusan ini,tidak ada mana-mana keputusan lain yang boleh menyanggah keputusan ini.Anwar sendiri tidak mampu menyanggah kenyataan dan keputusan yang telah dibuat ini.Keputusan dan kenyataan yang menjawab persoalan pokok sama ada Anwar lakukan atau tidak.Jawapannya,Anwar lakukan.Inilah pokoknya.Terdapat satu kelompok yang didakwa sebagai berhaluan kiri sudah mempengaruhi PKR.Sebelum ini,selalu diulang-ulang oleh Zulkifli Noordin tentang ‘firaun-firaun kecil’.Kita sebagai orang biasa tidak faham,apa sebenarnya yang berlaku.Adakah dakwaan itu benar ???

Ya,memang dakwaan ini berasas.Saya sendiri,antara sebab penting saya tinggalkan PKR adalah kerana persoalan-persoalan yang membabitkan kelompok-kelompok ini.Ianya memang kelompok-kelompok yang berhaluan kiri yang membawa fahaman human rights ataupun hak asasi manusia ala Barat,kelompok sosialis dan komunis,kelompok anti-Islam,anti-Melayu dan kelompok yang tidak setuju tentang kedudukan istimewa orang Melayu.Saya sedar perkara ini sudah lama, sejak Anwar dalam penjara lagi.Sebab itu kalau kita perhalusi,Parti Keadilan itu ditubuh sebagai sebuah parti pada tahun 1999,sebagai sebuah parti yang berbilang kaum,tetapi asasnya Melayu.It is Malay base multi racial party.Saya ingat lagi sebab saya yang baca perutusannya.Dr. Chandra Muzaffar,beliau memang menekankan perutusan ini.Sebab apa ??? Sebab ini adalah asas negara.Kita boleh tubuhkan parti politik lain, tetapi ianya tidak boleh melanggar asas negara.Asas negara itu apa ??? Asas negara itu ialah tentang pentingnya Melayu itu sebagai asas, Islam itu sebagai asas. Sebab itu kita boleh buat parti berbilang kaum tetapi ianya mesti berasaskan Melayu.Tetapi cuba saudara tengok sekarang,apakah ada lagi pemimpin-pemimpin PKR yang menyebut tentang parti mereka sebagai berbilang kaum dan berasaskan Melayu ??? Tidak.Mereka hanya sebut tentang Parti Keadilan, parti berbilang kaum. Asas Melayu itu sudah tidak ada,sudah dihapuskan.Ini merupakan agenda sekelompok itu yang memang daripada awal lagi mahu menghapuskan asas Melayu dalam Parti Keadilan.

Cuma,pada masa itu, prinsip saya,saya tidak mahu tinggalkan bos saya di dalam penjara, maka saya tunggu sampai dia keluar penjara.Apabila Anwar keluar penjara, saya hadapkan persoalan ini. Saya minta dia selesaikan perkara ini, saya masih ingat lagi. Saya bagitahu dia, ‘you have settle this.This is fundamental issue’. You kena perbetulkan persoalan ini. Saya kata, mereka dah melampau.Persoalan Lina Joy yang murtad contohnya. Mereka tidak mahu PKR membuat kenyataan yang mempertahankan Mahkamah Syariah. Kerana bagi mereka, ini persoalan human rights.Saya katakan kepada Anwar dalam kes Lina Joy bercanggah dengan prinsip kita sebagai orang Islam di negara ini, you kena selesaikan.Tapi apa yang mengejutkan saya adalah Anwar bersetuju dengan mereka. Sebab, hanya semata-mata kerana mahu menang pilihan raya.Saya masih ingat lagi, Anwar beritahu saya, ‘we need the India vote, Malays vote, Chinese vote’.. Sebab itu ‘you cannot talk about Malay, cannot talk about Islam‘. Malah, dia suruh saya serang Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai perkara rasuah dan sebagainya.OK..Saya bagitahu dia, saya lawan rasuah. Saya masuk jel kerana rasuah. Tetapi rasuah bukan disebabkan oleh DEB. DEB tak sempurna, betul, tetapi ia bukan punca rasuah. Punca rasuah adalah pemimpin rasuah. Kita seharusnya lawan pemimpin rasuah. Anwar kata, yes..betul tapi dari segi politik, ‘you have to hit’ DEB untuk dapat undi maksimum daripada Cina dan India.Ini yang berlaku. Dan itulah antara sebab utama saya tinggalkan dia sebab kita sudah sampai ke tahap sanggup gadai maruah agama kita, bangsa kita hanya kerana undi.

Baru-baru ini isu kalimah Allah. Mungkin sebelum ini orang tak nampak. Tetapi Allah Subhanahu wa taala itu Maha Besar. Apabila timbul isu kalimah Allah, jelas Anwar sanggup menjual kalimah Allah hanya semata-mata untuk mendapatkan undi Kristian dalam pilihan raya Sarawak dan sebagainya.Ini permainan Anwar dan ianya selari dengan permainan kelompok-kelompok kecil ini. Kerana Anwar telah berkompromi dengan mereka untuk mendapatkan undi bukan Melayu.Saya ingin nyatakan kepada masyarakat bukan Melayu, Anwar bukan pro-non Malays kerana dia sayang kepada non Malays. Bukan.Semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan, rekod jelas menunjukkan dia membuat Skim Kontraktor Wibawa, kontrak diberikan tanpa tender hanya kepada beberapa belas syarikat sahaja yang membabitkan peruntukan 15 ribu juta.Daripada berbelas-belas syarikat itu, tidak ada satu pun syarikat Cina, tidak ada satu pun syarikat India yang dapat. Semuanya syarikat Melayu. Dan daripada syarikat Melayu yang berjumlah 2000, yang dipilih hanya 15 syarikat. Itupun tanpa tender.

Hari ini dia kata tentang tender. Hari ini dia sebut tentang transparensi. Tetapi hakikatnya, semasa dia menjadi Menteri Kewangan, that’s no transparency,that is no principle Malaysian for all. He is no pro-non Malays.Ini hanya permainan politiknya Dan permainan politik ini selari dengan cita-cita, ideologi dan perjuangan kelompok-kelompok kecil dalam Parti Keadilan yang memang bercita-cita mahu menghapuskan kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam dalam negara kita.Ini dosa besar mereka kepada negara.Itu sebab saya dan teman-teman lain berjuang habis-habisan mempertahankan asas negara kita itu. - AIDC

ADAKAH INI YANG AKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA AKAN DATANG ???

ANDA NAK LIHAT ARTIS MASUK PAS KERANA NAK GLAMOUR ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates