Social Icons

Pages

Wednesday, July 25, 2012

EKSKLUSIF !!! PAS BUANG ULAMA !!! UMNO AMBIL ULAMA !!! WAJIB BACA !!!


satu sejarah yang anda harus tahu tentang PAS.kini PAS ada macam-macam masalah.terpulanglah kepada puak PAS yang membaca artikel ini percaya atau tidak siapa kah sebenarnya PAS.Tidak berapa lama dulu,PAS pernah dikenali sebagai parti alim ulama berikutan ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari Timur Tengah yang lebih selesa berjuang dari dalam PAS berbanding bersama dengan UMNO.Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini,trend sedemikian seperti sudah berubah arah apabila para ulama dan tok guru pondok kini kelihatan semakin menjauhi PAS dimasa yang sama dilihat semakin mesra pula dengan UMNO.Sikap PAS yang semakin angkuh dan bongkak dalam mengejar kuasa termasuk sanggup menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan sepakatan dari pakatan haram turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.Di Kelantan umpamanya,sebahagian besar tok guru pondok sudah tidak lagi sanggup bersekongkol dengan PAS yang dilihat melebih-lebihkan dunia hingga lupa matlamat sebenar untuk mendaulatkan Islam dan hukum hakamnya.

Jika dulu pandangan dan nasihat tok guru pondok sering menjadi rujukan pemimpin PAS dalam sesatu isu, kini peranan tok guru pondok tidak lebih sekadar sebagai tukang baca doa dan adakalanya menjadi tok imam untuk program politik yang berselindung disebalik majlis 'solat hajat perdana'.Tambahan pula semenjak sebahagian besar pimpinannya dikuasai oleh puak liberal yang dikenali sebagai Anwarinas ataupun Erdogan,rentak hala tuju PAS juga kian liberal manakala suara-suara golongan ulama parti pula semakin tenggelam.Pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah S.W.T misalnya,sengaja dibakul sampahkan sahaja hanya semata-mata hati dan perasaan pemimpin DAP dan pengundi kristian pro DAP dilihat lebih utama untuk kepentingan mengejar kuasa duniawi.Malah,apabila ramai pimpinan utamanya yang berlatar belakangkan agama sengaja dipinggirkan dalam perebutan jawatan parti, ia mengesahkan lagi yang PAS kini sudah melalui zaman perubahan total yang meletakkan para ulama dalam PAS kini hanyalah umpama kain buruk sahaja.

PAS lebih selesa dengan rentak baru haluannya yang lebih bebas tanpa kawalan dan teguran dari ulama dalam parti,meletakkannya kini seakan sama seperti PKR dan DAP walaupun tarafnya masih bersifat balaci. Tika PAS berubah sikap secara drastik membuang satu demi satu pemimpin berlatarbelakang agama dan mula meminggirkan suara ulama-ulamanya, UMNO pula mengorak langkah memperkukuhkan suara alim ulama supaya lebih memainkan peranan dalam parti dan kerajaan.Bagi PAS,para ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

saya sgt bersetuju dgn intipati penulisan ini. Cabarannya skrg adalah bagaiman untuk kita berjaya menerangkan hakikat sebenar ini kepada penyokong2 took pasti ajaran sesat itu yg terlalu taksub dan percaya dgn janji syurga pemimpin sesat mereka.

yg baru masuk menyertai parti ajaran sesat ini, yg baru belajar memakai tudung pun merasa begitu berilmu untuk mengutuk dan menghina manusia yg tidak sealiran dgn mereka...

saya anggap usaha penerangan yang berterusan ini adalah cabaran getir kita sebagai bukan sahaja ahli UMNO tetapi tugas kita sebagai insan yang sayangkan perpaduan muslim dan melayu

-PIE-

Anakbukitgantang said...

Benar PAS buang ulama Islam ASWJ-hakikatnya sapa yg ajar Sifat 20 iaitu tunjang asas kefahaman Islam ASWJ akan di cop UMNO

Bagaimanapon KENYATAAN YG SATU LAGI TAK BENAR atas 2 sebab;-

1- UMNO dah lama ada ulama spt Tan Sri Muhyideen Yassin, Datuk Zahid Hamidi, MB Negeri Sembilan Hasan dan MB Pahang serta Tun Abdullah . Kesemua mereka kecuali Tun Abdullah tiada sijil ugama namun mereka keturunan ulama dan kiyai serta pembelajaran ugama Islam adalah secara bersanad dan bertalaqii dari keturuan terdahulu.

2-tak benar UMNO BARU ambil ulama sebab yg diambil itu ialah PUNCA SEGALA MASALAH DALAM PAS sebab mereka BERFIKRAH WAHHABI

3 Selama ini UMNOlah benteng Islam ASWJ dan ini wajar dikekalkan

4-jangan bagi peluang Fathul Bari jadi ketua dewan ulama kerana fikrah Wahhabinya-jika diambil juga maka sokongan golongan pondok dan Islam ASWJ dalam PAS akan beralih kembali kepada PAS


5- Insan yang layak ialah ADUN KERDAU Syed Ibrahim kerana dia adalah Islam ASWJ , serta mmg terlibat dalam dakwah Islam ASWJ secara istiqamah dan dipandang tinggi dalam masyarakat. Ambiolllah Syed Ibra insyaAllah kredibility Dewan Ulama UMNO akan dipandang tinggi-insyaAllah

Anonymous said...

beginilah jadinya jika slogan hamPAS PGU = Penyanyi Ganti Ulama di agong-agongkan di dalam bulatan hamPAS

 
 
Blogger Templates