Social Icons

Pages

Friday, July 06, 2012

HOT NEWS !!! DEBAT DI ANTARA HASAN ALI VS RANI OSMAN !!! SIAPA AKAN TERLONDEH ??? WAJIB BACA !!!


Sejak dari tarikh pemecatan Hasan Ali selaku ahli PAS,pelbagai cerita politik berlegar di segenap ruang,samada menghiasi muka depan akhbar arus perdana,mahupun medium berita di alam siber.Perang “mulut” melalui kenyataan akhbar dari kedua-dua pihak sudah menjadi lumrah dan setiap patah perkataan yang dilontarkan menjadi santapan rakyat untuk menilai.Berbulan sudah selepas pemecatan Hasan Ali,namun ia tetap mendapat perhatian umum.Ada yang berpendapat ianya kerana isu-isu besar yang dibawa oleh Hasan Ali yang dipercayai telah menjadi punca pemecatannya.Tidak kurang juga yang berpendapat,keadilan yang dinafikan oleh PAS dan PR,dengan tidak memberi sebab musabab pemecatan serta peluang untuk mempertahankan diri menjadi punca mengapa rakyat terus mengikuti perkembangan mengenai Hasan Ali.

Setelah masing-masing mengeluarkan kenyataan di akhbar,TV dan radio,kini satu langkah proaktif telah diambil,iaitu memberi peluang kepada kedua-dua tokoh ini untuk berdebat,atas tajuk yang cukup rasional dan adil kepada kedua-dua pihak,iaitu “PRU 13: Di Manakah PAS Selangor?”.


Tanpa melibatkan mana-mana pihak,tajuk itu dikhususkan kepada dua tokoh ini,yang sememangnya berhak dan layak memberi hujah tentang halatuju PAS pada PRU13 nanti.Pertembungan ini dilihat menarik,apatah lagi ia melibatkan mantan Pesuruhjaya PAS Selangor yang dijadualkan berdebat dengan Pesuruhjaya PAS Selangor masakini.Lebih penting,ia bakal merungkaikan pelbagai persoalan,lebih-lebih lagi Hasan Ali “diserang” dari kepimpinan PAS Selangor seperti Dr. Rani sendiri,Khalid Samad dan Dzulkefly Ahmad.Tidak cukup dengan itu,entah bagaimana wakil rakyat DAP,Ng Sue Lim turut galak “menyerang” Hasan Ali.

Debat ini memberi ruang dan peluang kepada Hasan Ali berhujah, begitu juga sebaliknya. Dan ahli PAS diberi keistimewaan esklusif untuk mendengar sendiri,bukan dari apa yang disampai-sampaikan oleh “musuh” beliau. Dan debat sememangnya berbentuk “two-way communication”, dan tentunya lebih baik dari kenyataan di akhbar.Bagi penulis, ahli PAS wajib hadir.Begitu juga dengan penyokong-penyokong mereka kerana ia melibatkan soal parti yang mereka anggotai dan sokong.Semoga program debat ini dapat dianjurkan dalam suasana matang dan tenang, tanpa sebarang bentuk provokasi dari mana-mana pihak. Andai debat yang dilontarkan oleh kedua-dua tokoh ini menyebabkan “suasana panas”, itu perkara biasa. Tetapi bukan apa jua bentuk ancaman dari pihak lain.Tahniah kepada penganjur, Gerakan Masyarakat Prihatin yang mengambil inisiatif ini. - Selangor Daily

No comments:

 
 
Blogger Templates