AHLI Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung UMNO sedang diusahakan untuk dijadikan mangsa pertama dalam Wilayah Persekutuan oleh golongan-golongan Anwarista bagi menyingkirkan beliau untuk tidak dicalonkan sekali lagi dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.Senarai pencalonan yang diberikan oleh seorang Pengarah sebuah agensi ditolak mentah-mentah oleh seorang individu yang dikatakan cukup berpengaruh dalam sebuah agensi kerajaan tetapi tidak menganggotai agensi tersebut namun dikatakan telah dilantik sebagai Ketua Operasi jabatan itu untuk menyelaras atau mengenalpasti calon-calon daripada UMNO yang akan bertanding pada PRU13 nanti.Harap-harap Najib tahu ini ! Penolakan tersebut dikatakan apabila Pengarah Agensi tersebut memberitahu bahawa hanya Tengku Adnan sahaja yang mampu mengulangi kemenangan BN di Putrajaya kerana SUA UMNO ini mempunyai `track record` membanggakan sebagai MP Putrajaya tetapi individu yang berlagak bagai orang penting Negara ini menolak cadangan tersebut dan bila ditanya balik kepada Pengarah agensi itu,Pengarah tersebut dengan penuh sindiran menjawb calon lain adalah Setiausaha Politik Perdana Menteri ataupun Ketua Pengarah agensi.
Gerakan Anwarinas ini didalangi oleh jembalang-jembalang (siapa jembalang ini akan saya dedahkan nanti)yang bertopengkan sebagai penyokong kuat atau tegar PM Najib sedang bergerak bukan sahaja di Wilayah Persekutuan tetapi sedang menjelajah di seluruh negara dan tidak hairanlah tiba-tiba di Pasir Puteh muncul semula nama Kamaruddin Mohd Nor (beliau adalah bekas orang kuat Anwar dan juga ABIM)untuk dicalonkan semula sebagai calon UMNO untuk Parlimen itu.Ramai lagi calon yang dilihat sebagai anggota Usrah bekas ahli ABIM yang dikatakan sentiasa berkampung melakukan majlis usrah di Bangi dan Puchong dengan di ketuai oleh Sidik Fadhil dipercayai akan mendominasi pencalonan PRU13 nanti dan kalau ini benar,PM Najib serta UMNO sedang menempah lubang kubur untuk kebumi dan ditallkinkan.
Gerakan Anwarista sedang mengsasarkan bekas-bekas anggota ABIM sebelum ini dan juga rakan-rakan yang pernah bersama-sama menyokong Anwar Ibrahim malah dalam Wilayah Persekutuan seperti yang disebutkan awal tadi proses membuang nama-nama pemenang PRU12 sedang giat dilaksanakan.Individu tersebut sebelum ini pernah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Putrajaya dan saya harap apa yang saya dengar ini tidak benar apabila beliau dikatakan telah ditaja sebanyak RM1 juta untuk menentang Tengku Adnan Tengku Mansor di Bahagian Putrajaya oleh sesorang yang cukup berpengaruh di pejabat Perdana Menteri.
ANDA NAK LAGI ???
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
RENUNG-RENUNGKAN
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment