pakatan haram kini amat gementar dengan siri lawatan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Jelajah Janji Ditepati yang bermula sejak April lalu.Dalam masa hampir empat bulan,Perdana Menteri telah bertemu atau 'touch base' dengan rakyat daripada pelbagai lapisan di Johor hinggalah ke Sarawak,Perak,Kedah dan Melaka.Sambil mendengar keluhan dan rintihan rakyat,beliau juga berjaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi,bak kata pepatah sambil berenang minum air.Malah slogan Janji Ditepati juga telah dijadikan tema sambutan perayaan 55 tahun Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 31 Ogos dan 16 September tahun ini.Ketakutan pakatan haram terhadap slogan tersebut terserlah apabila mereka menuduh ia sebagai propaganda politik Barisan Nasional dan usaha mengugut rakyat.
Malah Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim merupakan individu paling takut kepada pengaruh kuat Perdana Menteri seperti mana yang dilihat daripada sambutan hangat rakyat terhadap beliau.Kini ke mana sahaja Datuk Seri Najib berkunjung,Anwar pula akan menyusul.Pada 12 Julai lalu Anwar berceramah di Selangor,diikuti sehari kemudian di Kedah dan ke Sarawak pula pada 14 Julai,semua destinasi tersebut telah dikunjungi Perdana Menteri.Nampaknya Anwar kini keletihan atau capek mengejar program-program Perdana Menteri untuk melawan impak besar hasil daripada lawatan Datuk Seri Najib.Rakyat boleh bandingkan antara kepimpinan dan ketokohan kedua individu tersebut.
Melalui pelbagai program seperti BR1M dan TR1M serta banyak lagi bantuan-bantuan terus kepada rakyat yang dijanjikan dalam Program Tranformasi Ekonomi,Perdana Menteri telah membuktikan bahawa janji-janji tersebut adalah benar dan telahpun ditepati.Berlainan pula dengan Anwar dan pemimpin pakatan haram lain yang bermodalkan janji kosong serta caci hamun dan fitnah sebagai daya tarikan ceramah mereka.Tidak ada yang boleh diharapkan daripada pakatan haram kerana tidak ada satu pun janji mereka boleh dipercayai seperti di Kelantan yang sehingga kini tidak mampu menyerdiakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu walaupun sudah memerintah lebih 20 tahun.
Di Selangor,lebih dahsyat pula penangan pakatan haram negeri paling kaya,kini digugat dengan pelbagai krisis dari bekalan air di tahap kritikal kepada dakwaan penyelewengan dana awam ratusan juta ringgit.Inilah yang ditakuti oleh Anwar kerana di setiap siri Jelajah Janji Ditepati,barulah rakyat di negara ini sedar bahawa di negeri-negeri yang ditadbir pakatan haram,masalah yang membelenggu rakyat tidak dipedulikan,malah pembangunan pun boleh dikatakan tidak ada langsung.Ambil sahaja contoh Lembah Pantai,di mana anak Anwar,Nurul Izzah menjadi ahli parlimen.Beliau amat jarang sekali dilihat menyantuni rakyat di kawasan yang diwakilinya kerana siang dan malam hanya sibuk berceramah di merata tempat.Tidak ada pembangunan yang di bawa oleh Nurul Izzah ke Lembah Pantai.Kebanyakan projek-projek ekonomi seperti pembinaan Bazaria dan gerai peniaga dan pembaikan infrastruktur seperti jalan raya di situ semuanya adalah hasil kerja kuat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejateraan Bandar,Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Baru-baru ini pula isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansur,merasmikan pembukaan Pusat Anak PERMATA Negara di Kerinchi.Rakyat tertanya-tanya di mana Nurul Izzah yang bangga di gelar 'Puteri Reformasi' pada satu ketika dahulu tetapi apabila dipilih rakyat untuk mewakili mereka,yang mampu dibuktikan olehnya hanya janji-janji basi.Hakikatnya,Anwar dan pakatan haram semakin menerima kenyataan bahawa mereka akan ditolak rakyat di peti undi pada PRU-13 nanti kerana tidak menepati janji-janji yang mereka lakar pada PRU-12 dahulu.Membuat janji adalah perkara yang berat dan menggotakannya adalah lebih berat lagi hanya kerajaan yang bertanggungjawab dan berwibawa seperti BN mampu melakukan kedua-duanya sekali.
RENUNG-RENUNGKAN

No comments:
Post a Comment