Social Icons

Pages

Saturday, July 14, 2012

KISAH BENAR !!! ISU CERAI KAN ISTERI !!! PAS GUNA AGAMA UNTUK POLITIK ??? WAJIB BACA !!!



Walaupun ramai yang mungkin merasa simpati terhadap Che Hasnah Che Ahmad yang diceraikan oleh suaminya atas alasan berbeza fahaman politik,tetapi saya merasakan yang beliau layak diberikan sekalung tahniah.saya percaya apa yang berlaku ke atas kita adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita,hanya kita yang kadangkala kurang memahami atau menyedarinya. Apatah lagi jika mempunyai suami seperti Yahaya Ibrahim yang ternyata kurang matang,mudah terpengaruh dan taksub dengan sesebuah parti politik sehingga meletakkan politik mengatasi agama dan keluarga.tidak dapat dinafikan lagi bahawa penceraian adalah sesuatu yang terbaik untuk Che Hasnah kerana ternyata Yahaya Ibrahim tidak layak mendapat penghormatan sebagai seorang suami.Sebenarnya,suami seperti Yahaya Ibrahim bersepah di Malaysia ini terutama,di kalangan penganut PAS.Sikap mereka juga amat tipikal atau stereotaip,iaitu bongkak,terutama dengan isteri dan sering memandang rendah terhadap kaum wanita.Selalunya mereka tidak berpelajaran tinggi,kalau pun mempunyai ijazah,ia hanyalah dalam bidang agama yang membataskan peluang pekerjaan mereka.Kerja mereka juga tidak menentu,ada yang menjadi Ustaz di sekolah-sekolah agama,berniaga pasar malam,membuka gerai makan atau sebagainya.

Namun,tunjang pendapatan mereka adalah selalunya isteri mereka.Di mana,walaupun mereka berniaga tetapi yang mengerahkan tulang empat kerat untuk menjayakan perniagaan tersebut adalah isteri mereka.Yang lebih ‘bijak’ di antara mereka pula,memilih untuk berkahwin dengan wanita yang mempunyai pekerjaan tetap untuk memudahkan mereka ‘mengambil cuti’ tiap kali tidak ada ‘mood’ untuk bekerja atau berniaga, atau sekadar ingin menyertai aktiviti-aktiviti politik PAS.Justeru itu,sumber kewangan keluarga mereka yang sebenar adalah dari isteri.Walaupun begitu,suami-suami ini tidak malu menuntut isteri agar menghormati mereka walhal kewujudan mereka di rumah hanyalah sebagai beban kewangan, fizikal,emosi dan psikologi kepada isteri.Pendek kata,langsung tidak berguna atau membawa kebaikan.Lebih buruk lagi,sikap suami yang buruk itu selalunya diteladani oleh anak-anak lelaki mereka,lalu rantaian generasi tidak berguna ini pun berterusan.Dalam kebanyakan kes sebegini yang saya pernah temui,apabila saja mereka bercerai,hidup isteri dan anak-anak adalah lebih bahagia dan teratur.Kerana itu,saya merasakan yang Che Hasnah layak diberikan tahniah kerana diberikan peluang menjalani hidup baru tanpa lelaki yang menyemak dan menyusahkan untuk dibela di rumah.

Benar,Islam menyuruh wanita taat kepada suami tetapi Islam juga menegaskan bahawa wanita mempunyai akal fikiran sendiri. Jika wanita dilahirkan untuk menurut kata suami membuta tuli,tentu saja Allah akan jadikan wanita itu dari golongan binatang yang tidak berakal dan bukannya manusia.Tetapi ini tidak berlaku. Allah menjadikan wanita dengan akal yang sama,tetapi dengan gaya emosi dan pemikiran berbeza supaya dapat melengkapkan gaya pemikiran dan emosi lelaki yang sehala.Mengikut kajian,Emeritus Professor of Psychiatry at Washington University School of Medicine in St. Louis,George E. Murphy,M.D. tempat saya belajar dulu,lelaki berfikir menggunakan hanya bahagian logik dan nyata tetapi wanita berfikir secara menyeluruh iaitu menimbangkan emosi termasuk keadaan sekeliling dan orang lain dan segala-galanya sebelum membuat satu-satu keputusan.Oleh itu,lelaki cenderung untuk menjadi buntu dan terlepas pandang akan akibat perbuatannya Dan wanita yang terlalu berhati-hati dalam membuat keputusan pula mampu menyebabkan masalah berlarutan.Kerana itulah,Allah menjadikan lelaki dan wanita iaitu sebagai pelengkap masing-masing agar dapat berbuat keputusan sebaiknya.

Lelaki sejati,iaitu yang bijak dan matang akan memahami konsep ini dan tidak akan sekali-kali memandang rendah terhadap wanita kerana mereka memahami asal kejadian manusia.Inilah yang masyarakat kita perlu faham bahawa ‘lelaki sejati’ bukan terletak pada kesasaan tubuh fizikalnya kerana itu sudah nyata, tetapi yang lebih penting ialah pemikirannya.Mana-mana lelaki yang merasakan dirinya terlalu hebat dan memandang rendah terhadap wanita adalah lelaki yang masih terkongkong dengan pemikiran jahiliah.Selalunya mereka terdiri dari lelaki yang rendah diri, yang takut jika kelemahan mereka dapat dilihat terutama oleh isteri sendiri.Lelaki sejati tidak akan terancam hanya kerana menghormati atau membantu isteri kerana mereka yakin akan kedudukan mereka sebagai lelaki dan suami adalah tetap dan isteri akan tetap menghormati mereka.Ini kerana,wanita sebenarnya amat menyanjung,menghormati dan mengkagumi lelaki yang tahu menghormati mereka.Oleh itu,Che Hasnah tidak perlu meratap penceraiannya.Alasan Yahaya bahawa penceraian tersebut adalah kerana Che Hasnah tidak menjaga hatinya apabila memakai baju merah sudah cukup untuk menunjukkan lelaki jenis apakah beliau.Lebih-lebih lagi apabila beliau sanggup menuduh Che Hasnah sebagai sesat sedangkan yang sesat adalah dirinya kerana terlalu taksub dengan PAS sehingga menyangkakan PAS itu adalah agama.Jelas,Yahaya adalah penganut PAS tipikal yang begitu keliru dan buntu kerana akalnya hanyalah sejengkal.Buktinya,beliau tidak mampu menjawab apakah kesesatan yang dilakukan oleh bekas isterinya dan di masa yang sama juga cuba menafikan yang penceraian itu adalah disebabkan fahaman politik.Malanglah penganut PAS yang keliru ini, tetapi mungkin rahmat bagi Che Hasnah kerana Allah S.W.T telah mengeluarkan beliau dari belenggu kekeliruan dan kesesatan suami.

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Bodoh punya jantan binatang

Anonymous said...

Gerenti lepas ni jantan tu gila talak

Anonymous said...

kerana Pas suami isteri bercerai..

kerana Pas sembahyang dua imam..

kerana Pas ummat islam berpecah..

kerana Pas segala2nya berlaku..

 
 
Blogger Templates