Social Icons

Pages

Saturday, July 14, 2012

HOT NEWS !!! SAH !!! DR RANI PENAKUT !!! KENAPA TAK NAK BERDEBAT DENGAN DATUK HASAN ALI ???


Hari Rabu yang lalu menyaksikan karektor sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor.Saban malam beliau berceramah menyatakan itu dan ini tentang Hasan Ali,belum lagi “cerita-cerita tentang Hasan Ali” yang disampaikannya sebelum ini,sehingga membawa kepada beberapa siri lafaz taat setia sebelum menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor menggantikan Hasan Ali yang dipecat.Debat perdana,yang dianjurkan oleh Gerakan Masyarakat Prihatin menyaksikan betapa Hasan Ali bersedia untuk menjawab “cakap-cakap belakang” mengenai dirinya.Lebih ikhlas,Hasan Ali sendiri turun ke “lubuk” Pesuruhjaya PAS Selangor,iaitu DUN Meru.Ibarat si jantan yang berkokok,lebih jantan berkokok di gelangggang lawan.Lebih berbisa.lokasi debat itu tidak sampai 200 meter dari rumah Pesuruhjaya PAS Selangor,YB Dr. Abd Rani Osman!

Malangnya,si empunya gelanggang tidak muncul-muncul sehingga jam 10,yang menyaksikan segmen debat digantikan sessi soal jawab oleh rakyat yang mahu berfikir dan tidak membiarkan diri mereka jumud serta diperbodohkan oleh kenyataan-kenyataan bacul ibarat “lempar batu sembunyi tangan” dari pihak-pihak yang menentang Hasan Ali.Penulis yang berkesempatan hadir,percaya,banyak keraguan di kalangan rakyat mengenai tuduhan yang dilemparkan telah dijawab oleh Hasan Ali.

Mengikut maklumat yang diperolehi,jentera PAS Meru sebelum hari berlangsungnya program berkenaan,menafikan kewujudan debat perdana itu dengan menyebarkan maklumat bahawa YB Meru tidak tahu langsung tentang cabaran debat yang dianjurkan.Samada mereka cuba berbohong,atau tidak diberikan maklumat tepat oleh PAS Meru,penulis tidak pasti.Tetapi,surat rasmi yang menjemput Pesuruhjaya PAS Selangor itu telah dihantar ke Pusat Khidmat Masyarakatnya dan diterima pada 29 Jun 2012.Terdapat perakuan penerimaan surat berkenaan dari pejabat ADUN Meru itu.


Bagaimana pula jentera mereka,termasuklah Pengerusi-Pengerusi JKKK di DUN Meru berkata bahawa YB Meru tidak tahu tentang debat ini?

Maka,sudah jelas lagi bersuluh,bahawa terdapat keraguan seperti yang penulis nyatakan,samada mereka berbohong atau tidak diberitahu fakta sebenar.Itu belum diambil kira dari siri kehilangan kain rentang-kain rentang program yang penulis sifatkan sebagai usaha bagi mengelakkan masyarakat tahu akan berlangsungnya program ini.Apa yang berlaku menyaksikan sikap juak-juak PAS yang lebih suka mendengar dari pihak mereka sahaja, tanpa mahu mendengar dari kedua-dua pihak.Lebih dari itu,pemimpin mereka lebih suka membuat kenyataan terhadap Hasan Ali “secara main belakang” dan tidak berani berhadapan dengan mantan Pesuruhjaya PAS Selangor.Ahli dan penyokong PAS Selangor,khususnya di Meru,perlu muhasabah diri.Kualiti di antara mantan Pesuruhjaya PAS Selangor, dibandingkan dengan Pesuruhjaya PAS masakini,sudah terserlah. - Selangor Daily

Siapa berani dan siapa penakut ???

ANDA DAH TAHU ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Saya yakin dia rasa dia tak kan terjawab dengan Hassan Ali. Maka lebih baik dia tak hadir. Kalau dia dipihak yg benar tentu Rani akan gunakan gelanggang ini sebaik mungkin untuk melanyak Hassan Ali dan membuka segala pekung dan segala kebenaran. Maka para penyokong... Anda nilailah sendiri....

QalamQabut said...

Satu maklumat penting yang aku tak jumpa dari berita di atas ialah siapa orang2 kuat GMP yang turut hadir, berapa ramai penonton? Kita kena ingat dema ni bukan saja penonton tetapi juga saksi dan pendengar ceramah Hasan Ali. Kalaulah betul lokasi ni di kawasan kubu kuat Rani Osman, lagi signifikan penonton yang hadir itu.

Ulasan mengenai ketidak-hadiran Rani Osman perlu dihuraikan sejelas2nya, satu persatu. Biar pembaca dapat terima andaian penulis bahawa bukan saja Rani Osman bacul untuk berhadapan dengan Hasan Ali, tetapi jentera PAS Meru juga berusaha ke arah itu.

Tetapi dari apa yang aku baca, keraguan yang munasabah harus aku berikan kepada Rani Osman dan PAS Meru. Kita tidak boleh mengandaikan bahawa dengan terima surat Rani Osman akan turun padang. Mungkin benar dia tidak dapat maklumat. Berkenaan kain2 rentang yang hilang itu kan perkara biasa bagi dunia politik, apa lagi bila ianya berkaitan dengan PAS.

Apa yang dapat aku rumus ialah pihak penganjur tidak jalankan tugas mereka dengan berkesan. Mereka hanya dapat maklumbalas dari Hasan Ali, tidak dari Rani Osman. Namun begitu Hasan Ali sudah dapat peluang keemasan untuk buat penjelasan mengenai tuduhan2 yang dilemparkan terhadapnya.

Anonymous said...

Lepas ni buat debat hassan ali ngan abby abadi. Nampak gaya abby macam jelas sgt dgn hala.tuju.pas mlh ada bukti kukuh bhw pdrm zalim

 
 
Blogger Templates