Social Icons

Pages

Wednesday, August 08, 2012

EKSKLUSIF !!! KENAPA SLOGAN #JANJIDITEPATI LEBIH POPULAR DARI #DEMIRAKYAT ??? WAJIB BACA !!!



walaupun slogan ‘Janji Ditepati’ dilancarkan sekitar April 2012,namun slogan itu lebih popular berbanding dengan slogan ‘Demi Rakyat’ yang dilancarkan dalam Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN pada Jun 2011.Laman dari Pakatan haram suarapakatanrakyat mencadangkan agar slogan ‘Demi Rakyat’ sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya sebagai satu slogan untuk Pakatan Rakyat (PR) menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

“Dalam kekecohan ini semua,rata-rata dari penyokong Pakatan Rakyat sendiri terlupa,kita sendiri pun mempunyai slogan yang tidak kurang hebat dari segi maksud dan logo.Yang penulis maksudkan ialah slogan ‘Demi Rakyat’ yang dirasmikan penggunaannya dalam Konvensyen Pilihanraya KEADILAN Jun tahun lepas.Ramai yang tidak tahu,Pada asalnya ada 3 slogan dan logo yang dicadangkan tapi 2 daripadanya ditolak kerana faktor kesesuaian,disamping mesej slogan yang terlalu panjang.Di penghujung itu,slogan ‘Demi Rakyat’ telah dipilih sebagai slogan rasmi dengan logonya berlatarbelakangkan ‘tangan-tangan yang menggapai’”,lapor laman itu.

Menurut laman itu lagi,walaupun logo ‘Demi Rakyat’ menyamai dengan logo ‘hak asasi kumpulan gay’, namun ia sepatutnya bukan menjadi isu kerana mungkin sekadar kebetulan sahaja.

“Logo dengan ‘tangan-tangan menggapai’ ini sebetulnya bukan perkara baru. Ia digunakan di seluruh dunia mewakili simbol hak asasi manusia yang selari dengan perjuangan Pakatan Rakyat – menjamin hak asasi manusia yang diabaikan kerajaan sekarang.Cuma yang mungkin yang boleh ‘mencacatkan’ sedikit ialah logo dengan tema yang lebih kurang sama itu (tangan menggapai) turut digunakan oleh banyak pertubuhan Gay di seluruh dunia.Tapi pada penulis itu hanyalah kebetulan yang tidak dijangka kerana Pakatan Rakyat juga adalah pendukung perjuangan hak asasi manusia yang tersohor di Malaysia ini.Tidak sepatutnyalah ‘kebetulan’ itu dijadikan penghalang untuk slogan dan logo tersebut dipromosikan dengan hebat ke seluruh negara bagi mewakili PAS, DAP dan PKR sebagai satu komponen,Pakatan Rakyat,”lapornya lagi.


Sekitar penghujung tahun lepas,laman rasmi Anwar Ibrahim,anwaribrahimblog.com telah menukar tema dari ‘Harapan Baru’ kepada “Demi Rakyat’ sebagai komitmen untuk mempromosi slogan tersebut.Walaupun slogan itu dipromosi oleh oleh Anwar sebagai ketua PR dan Ketua Pembangkang,namun sehingga ke hari ini slogan itu tidak disambut sepenuhnya oleh PAS dan DAP.

Untuk Pemahaman pembaca Badut Rakyat,sila baca Apa Makna Logo Demi Rakyat ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Selogan Janji di Tepati itu adalah tuntutan ugama. Mungkir janji akibahnya munafik. Ini tanda keazaman yang total.

Demi Rakyat adalah slogan umum gula gula oleh Bakal pemimpin. Mengekalkan keamanan saja telah memenuhinya. Ianya mempunyai tahap rendah untuk sekadar memenuhinya.

Pasal PR kebodoh bodohan lah aku tak sokong. Dah lah bangang lepas tu nak menipu rakyat.

 
 
Blogger Templates