Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim A.K.A Gagap nampaknya sedang berjuang mempertahankan kredibiliti pentadbirannya dalam keadaan keseorangan melawan serangan politik daripada Umno dan Barisan Nasional.Pelbagai isu menghantui menteri besar yang dahulunya dikenali sebagai tokoh korporat yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan Bumiputera terbesar di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya memimpin sebuah konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).Tatkala,Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim mencadangkan nama beliau sebagai calon menteri besar,Khalid di warkan-warkan akan memacu pembangunan ekonomi dan sosial negeri terkaya di Malaysia berbekalkan pengalaman luasnya di dalam sektor korporat.Pelbagai perancangan serta program di lancarkan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingkan rakyat adalah segalanya bagi pemimpin Pakatan Rakyat.Sebagai tanda persahabatan lama dan hutang budi kerana dilantik sebagai menteri besar,Anwar pun dilantiklah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor,satu jawatan rasmi dengan gaji hanya RM1.Begitulah hebatnya Anwar dan pakatan haram yang dipimpinnya melakukan latihan perhubungan awam (PR exercise) untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN yang telah mentadbir Selangor berterusan sejak merdeka hingga 2008.
Rakyat berfikir sudah tentu gabungan mantap pengalaman luas Khalid serta dibantu oleh bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun,mustahil segala apa yang dirancang pakatan haram akan menemui kegagalan. Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang kerana setelah empat tahun menawan Selangor,istana impian yang dibina di atas janji-janji yang sungguh reformis sifatnya kini telah bertukar menjadi igauan paling ngeri bagi pimpinan pakatan haram.Program air percuma yang dicanang siang dan malam oleh Khalid dan barisan exconya kini bertukar menjadi krisis air yang bakal mengancam menamatkan karier politik beliau serta menenggelamkan bahtera pakatan haram di Selangor.Khalid mengambil sikap berkonfrantasi dengan kerajaan pusat berhubung usaha mengambil alih aset air di Selangor sehingga menyebabkan krisis air menjadi semakin meruncing dan rakyat kebajikan rakyat diabaikan.Skandal hutang Talam Corporation yang kononnya dilabel sebagai pendekatan revolusi cetusan idea Khalid kini bertukar menjadi satu skandal melibatkan ratusan juta ringgit dana awam.Khalid berada dalam keadaan amat tertekan kerana tidak dapat mengemukan laporan audir terperinci mengenai urusan menyelesaikan masalah hutang Talam kepada kerajaan negeri.Apatah lagi dalam usaha Anwar memujuk golongan muda menyokong pakatan haram,Unisel milik kerajaan negeri pula gagal menyediakan tempat penginapan bagi lebih 3,000 pelajar yang telahpun memulakan sesi pengajian mereka.
Kini kerajaan negeri bercadang menjual aset Unisel berupa 500 ekar tanah untuk melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta kepada syarikat yang menguruskan kolej kediaman universiti tersebut.Dalam lautan politik yang bergelora bagi pakatan haram Selangor,persoalan pertama yang tercetus di minda rakyat,di manakah Anwar ketika Khalid benar-benar memerlukan pertolongannya ??? Anwar boleh dikatakan langsung tidak bersuara untuk mempertahankan kedudukan Khalid sebagai menteri besar malah membiarkan beliau terumbang ambing seorang diri mengemudi kapal Pakatan Rakyat di Selangor.Anwar kini amat malu kerana gagal menjalankan tugas beliau menasihati menteri besar mengurus ekonomi Selangor malah tidak ada satu bukti pun ideanya boleh digunapakai untuk kemajuan negeri.Rakyat mencemuh ego dan sikap angkuh beliau yang mendabik dada kononnya pandai dalam selok belok mengurus kewangan negara satu ketika dahulu tetapi kini terbukti ini adalah wayang dan silap mata Anwar yang pandai menipu rakyat.Barisan exco serta pimpinan sekutunya dari DAP dan PAS yang dulunya berdiri teguh di belakang Khalid kini satu persatu sudah menjauhkan daripada kemelut politik yang membelit Khalid.
Seolah-olah terdengar bisikan hati mereka jikalau Khalid tenggelam mereka tidak akan turut sama menjadi korban penyelewengan yang berlaku.Di satu sudut pula,Azmin Ali yang menguasai PKR Selangor sedang bertepuk tangan bersama-sama kroninya merayakan saat-saat kejatuhan Khalid.Azmin juga menjauhi diri daripada membela menteri besar dan kemungkinan besar sedang sedia untuk memberi pukulan maut kepada Khalid pada bila-bila masa sahaja.Bagi Azmin,inilah saat yang paling manis untuk membalas dendam politik dengan membiarkan Khalid tercungap-cungap macam nyawa ikan.Begitu juga sekutu terkuat Khalid dalam PKR iaitu Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden parti tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kerana tahu Khalid sememangnya tidak lagi boleh diselamatkan.Seperti pepatah habis madu sepah dibuang,begitulah nasib diri Khalid yang dahulunya menjadi idola dan tatangan pakatan haram tetapi kini pengemis yang menagih simpati Anwar yang telah mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
RENUNG-RENUNGKAN

No comments:
Post a Comment