Social Icons

Pages

Saturday, August 25, 2012

ISU HUDUD !!! SAH !!! PAS MANGSA NASI KANGKANG DAP !!! WAJIB BACA !!!



PAS dan hudud macam aur dengan tebing,semua orang tahu.Bukan nak laksanakan sangat pun tapi sebab dengan adanya hudud,PAS boleh dapat banyak kerusi parlimen dan DUN,silap-silap hari bulan,boleh memerintah di beberapa buah negeri pun.Sebab itu PAS tidak akan bercakap langsung tentang hudud selepas pilihanraya berakhir,kalau ditanya orang pun,alasan yang remeh temeh saja yang akan diberi.Contoh macam semasa PAS menang di Terengganu pada 1999, bila disuakan soalan hudud,jawapan Hadi Awang (Menteri Besar) ketika itu ialah,hudud tidak perlu disegerakan kerana hanya 0.0001% sahaja bahagiannya dalam Islam,ada lebih banyak benda lain lagi.Berbeza pula bila dekat nak pilihanraya semula,PAS akan kembali mati-matian perjuangkan hudud,kalau Terengganu dulu diambil contoh,PAS kemukakan draf hudud Terengganu pada 2003 Iaitu beberapa bulan sebelum pilihanraya umum 2004.Tindakan PAS ini melihatkan DAP meningalkan Barisan Alternatif (BA) pakat-pakat palsu yang sama macam pakatan haram hari ini.Jadi moralnya,PAS perjuang hudud hanya untuk undi,untuk dapat kuasa, bukan betul nak laksana.

Hari ini dan sekarang ini,isu hudud kecoh kembali,sebab apa ??? Sebab pilihanraya umum akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang.Walaupun PAS baru sahaja tukar dasar perjuangan parti tersebutkepada negara berkebajikan tahun sudah (ada majlis pelancaran dan sebagainya),ia hanya dipersetujui oleh satu kelompok,kelompok yang lain tidak bersetuju,macam Datuk Dr Hasan Ali dan Nasrudin Tantawi,termasuk Nasharudin Mat Isa.Tapi masing-masing bila bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin PAS atau paling tidak Ahli Parlimen PAS.Cuma yang berbeza kali ini,kerana nama Pakatan Haram dikaitkan sekali,DAP yang duduk dalam Pakatan Haram perlu tampil mempertahankan pendirian partinya atau nanti dia pulak mengulangi malapetaka 1999 bila Karpal dan Lim Lit Siang pun boleh kalah,Pedih tu.sebelum benda jadi melarat,lebih baik Karpal cepat-cepat ke depan mempersoalkan PAS,termasuk menyaman Nasharudin kerana menuduhnya anti Islam.

Walaupun Karpal mengakui dia memang anti hudud tapi pada pandangannya tidak sampai dia anti Islam.Sedangkan Nasharudin berpendapat,menolak hudud sama dengan menolak Islam,melalui beberapa ayat-ayat al-Quran yang biasa digunakan ke atas BN sebelum ini.BN takpelah,parti lawan,DAP parti kawan,itu yang payah tu.Apa sekalipun,kerana Karpal menolak hudud,PAS sekarang terbahagi kepada 2.Ada yang sokong Nasharudin dan ada yang sokong Karpal.Bukan setakat ahli-ahli dibawah,pemimpin PAS pun ramai yang berpecah belah.Khabarnya tak ramai yang berada di belakang Nasharudin,lebih ramai dibelakang Karpal.Terbaru,ahli Parlimen Kuala Selangor,Dr. Dzulkifly Ahmad dipetik Sinar Harian sebagai berkata,“Tidak setuju hudud dilaksanakan kerana belum sampai masa”.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Kalau Dzulkifly ini orang UMNO,baca dari tajuk saja pun beliau akan dituduh sebagai kafir,tak payah baca dalam-dalam lagi.Nasib baik Dzulkifly ahli Parlimen PAS,terselamatlah dia dari ‘murtad’,apatah lagi bila dia bersama-sama dengan Karpal dalam hal ini.Bagaimanapun saya percaya, Dzulkifli tetap tidak akan terlepas dari kecaman,bukan kerana dia menolak hudud tapi kerana alasan yang diberikannya itu sama dengan alasan yang diberikan BN bila menjawab isu hudud sebelum ini.Kalau terdesak sangat pun,fikirlah alasan sendiri,apa alasan BN itu juga yang diceduk dan di kitar semula ??? Orang PAS tahu sajalah, apa pun boleh asal saja jangan yang ada kaitan walau sedikit dengan BN.Maklumlah musuh nombor satu PAS tak sama dengan musuh nombor satu orang Islam yang lain,syaitan tapi BN.Tapi nampak sangatlah PAS dah banyak berubah.Tak tahulah nasi kangkang siapa yang PAS dah makan,nasi kangkang Karpal ke,Teresa Kok ke atau siapa sehingga parah benar perubahannya.saya nak guna perumpamaan lembu dicucuk hidung pun tak sesuai sebab keadaan PAS sekarang lebih teruk dari itu.

Alasan saya mudah saja,pemahaman PAS tentang hudud sebelum ini ialah,hudud adalah hukuman tuhan yang tak boleh tidak mesti dilaksanakan.Masa dia cakap tu, ada surahnya,ada rujukannya,ada kitabnya,biasalah PAS.Janganlah cuba-cuba nak cakap pasal hudud,selain dari yang membawa maksud nak melaksanakannya,confirm dituduh Kafir.Alih-alih sekarang,bila ada ahli PAS dan pemimpin Pakatan (yang PAS buat kawan) terang-terang kondem,perlekeh dan pijak hudud pun,PAS masih boleh berbahasa-berbahasa lagi.Betul-betul besar punya munafik PAS ni ya.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates