Social Icons

Pages

Sunday, August 19, 2012

HOT NEWS !!! 3 TEMA KEMERDEKAAN !!! BUKTI PAKATAN HARAM TIDAK SEHALUAN !!!



Kenyataan Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menafikan wujud ketidak sefahaman dalam pakatan haram sehinggakan wujud tiga tema kemerdekaan yang berbeza di negeri yang diperintah kerajaan pakatan,bagi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) merupakan satu perkara yang sangat melucukan.Pengerusinya,Hamidzun Khairuddin berkata, kita nak tanya pakatan pembangkang, jika perkara kecil,soal tema hari kemerdekaan pun mereka tak boleh nak selesaikan,bagaimana mereka nak menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang budaya ini.

“Apakah sumbangan mereka yang sebenar, sumbangan DAP dalam kemerdekaan, tidakkah ketika itu Lim Kit Siang merupakan salah seorang yang tidak bersetuju dengan banyak dasar dalam kemerdekaan dan mereka juga bercadang untuk asas-asas kemerdekaan itu mereka tentang sejak dari dahulu.Sekarang apabila mereka memerintah kerajaan negeri, mereka tidak boleh menyatakan kesamaan dalam soal tema,apakah kalau mereka dapat mentadbir Malaysia, apakah janji mereka untuk memastikan penyatuan kaum dapat mereka selesaikan.Saya lihat apa yang mereka lakukan adalah satu percubaan untuk membawa semangat anti-Malaysia sebenarnya, anti-kemerdekaan yang sebenarnya apabila mereka menampilkan tiga tema kemerdekaan yang berbeza bagi negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang,” ujarnya mengulas tema kemerdekaan berbeza yang ditampilkan oleh kerajaan negeri yang diperintah kerajaan pakatan sehingga memaksa campur tangan Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tambahnya,semangat kemerdekaan itu mereka cuba perlekehkan dan inikah pemimpin-pemimpin yang mahu membawa Malaysia lebih maju di masa hadapan.

Sebelum ini, tiga negeri pakatan haram memutuskan untuk menggunakan tema sendiri,iaitu Kelantan dengan temanya 'Menerajui Perubahan',Kedah pula 'Terus Berbakti' dan Pulau Pinang ‘Budaya Bersih,Merdekakan Rakyat’ sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos manakala Selangor bersetuju untuk turut menggunakan tema perayaan Hari Merdeka pakatan haram 'Sebangsa,Senegara, Sejiwa' sebagaimana diputuskan oleh pakatan haram.Menurut Pengerusi Panel Tema Merdeka Pakatan Rakyat, Datuk A Samad Said yang juga pengerusi bersama Bersih,‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ merupakan tema yang paling sesuai dan merupakan denyut nadi rakyat.pakatan haram memilih temanya sendiri bagi menggantikan tema rasmi Kerajaan Persekutuan ‘Janji Ditepati’.



RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anak Lenggong said...

Assalamualaiku, semua
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,Dalam kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata, dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa.

Ya Allah…aku memohon berkat penutup Ramadhan, pembuka tirai syawal ini, kau berkatilah saudaraku yang membaca mesej ini supaya sentiasa menjaga persahabatan,Limpahkan lah rezekimu padanya,Bahagiankan ia bersama keluarganya, Permudahkan urusannya,Tarima lah ibadahnya dan kau ampuni segala dosanya serta kedua kedua ibubapanya.

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

 
 
Blogger Templates