Social Icons

Pages

Thursday, August 09, 2012

KANTOI !!! BUKTI PAKATAN HARAM TIDAK SEPAKAT !!! TEMA HARI KEBANGSAAN BERBEZA !!!


Ketika pakatan haram menjerit-jerit fobia dengan tema ‘55 Tahun Janji DiTepati’ yang diumumkan kerajaan pusat kerana tepat terkena ke batang hidung mereka,kerajaan pakatan haram Kedah telah pun melancarkan temanya sendiri iaitu ‘55 Tahun Terus Berbakti’ seawal 17 Julai lagi.Namun,tindakan kerajaan Kedah itu seolah-olah tidak ‘diiktiraf’ oleh kepimpinan pakatan haram Pusat kerana mereka langsung tidak memperdulikannya.Malah,kepimpinan pakatan haram Pusat telah melancarkan tema ‘Sebangsa,Senegara,Sejiwa’ sebagai tema rasmi Hari Kebangsaan di negeri Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan.Ini bermakna,Kedah telah ‘tercicir’ dan akan bersendirian menggunakan tema berbeza dari pakatan haram dan juga pusat.apa ni ??? mana kerjasama ??? macam ni ker nak ke putrajaya ??? janji pun tak di kotakan,yang ini pun susah nak laksanakan.ini lah pakatan haram.Nampaknya,untuk bersatu hati dalam mencari tema Hari Kebangsaan juga amat payah sekali bagi pakatan haram.Jika begitu sukar sekali untuk mereka menyeragamkan hanya 4 buah negeri,bagaimana pakatan haram boleh bermimpi mampu menyamaratakan segala-galanya bagi seluruh Malaysia jika mereka berjaya memerintah ???

Inilah akibatnya jika ketiga-tiga parti merasakan parti masing-masing sebagai kepala dan tulang belakang pakatan haram dan tiada siapa hormatkan sesiapa di antara sesama mereka sebagai pemimpin tertinggi.Namun,saya faham jika kepimpinan pakatan haram memekakkan telinga sahaja dengan tema yang dilancarkan oleh negeri Kedah iaitu kerana pemilihan perkataan ‘berbakti’.Sedangkan,perkataan-perkataan yang membawa makna ‘berkhidmat kepada rakyat’ amatlah menakutkan pakatan haram.Dari satu segi,perkataan ‘berbakti’ tidak banyak beza dengan ‘janji ditepati’ mengikut makna umum dan di dalam konteks Malaysia.Apatah lagi jika perkataan tersebut digandingkan dengan angka ‘55 tahun’.Ini kerana bukan pakatan haram tidak tahu bahawa yang berbakti kepada rakyat Kedah dan keseluruhannya selama 55 tahun adalah BN atau Parti Perikatan dan bukan PAS,DAP,PKR jauh sekali pakatan haram.PAS atau pakatan haram baru sahaja memerintah Kedah selama tidak sampai sepenggal dan selama itu juga langsung tiada bakti yang dicurahkan.Sebaliknya,hanya menambahkan masalah kepada rakyat selain dari menambah pusat-pusat hiburan dan karaoke.Oleh itu,tema ’55 tahun terus berbakti’ seolah-olah mengingatkan rakyat kepada jasa-jasa Barisan Nasional dan UMNO kepada mereka,lebih-lebih lagi dalam memperjuangkan kemerdekaan.Pelik juga kita kenapa PAS Kedah telah memilih tema yang juga terkena batang hidung mereka sendiri ???

Apapun,dengan kegagalan pakatan haram untuk bersatu hati dalam memilih tema untuk digunakan di negeri-negeri jajahan mereka membuktikan betapa rapuhnya pakatan mereka.Masalah ini juga berlaku kerana pakatan haram tidak pernah mempromosi patriotisme,maka memilih tema untuk Hari Kebangsaan serta menjiwainya tentulah sesuatu yang sukar bagi mereka.Apatah lagi dengan terdapatnya segolongan di dalam pakatan haram yang enggan menerima sejarah serta ingin mengubah sejarah mengenai kemerdekaan semata-mata kerana ingin ‘membersihkan’ nama nenek moyang mereka.Selama ini juga kita melihat pemimpin-pemimpin pakatan haram ke hulu ke hilir ke serata dunia tidak puas-puas memburuk-burukkan Malaysia.Mereka menggambarkan Malaysia sebagai neraka dunia seolah-olah segala-gala tentang Malaysia adalah buruk lagi busuk.Sesungguhnya,pakatan haram tidak pernah cintakan negara ini dan tidak pernah mensyukuri nikmat keamanan,kemakmuran,kesejahteraan mahupun keindahan negara ini.Justeru,pakatan haram mungkin boleh mencipta slogan dan tema tetapi ia tidak membawa apa-apa makna kepada mereka.pakatan haram juga saban hari mempromosi perpecahan dan bukannya perpaduan.pakatan haram menentang perpaduan sesama ummah dan di antara kaum kerana perpaduan di kalangan rakyat bermakna kekuatan bagi kerajaan yang memerintah.Sedangkan matlamat mereka adalah untuk melemahkan kerajaan.

Oleh itu,untuk pakatan haram memilih tema ‘sebangsa,senegara,sejiwa’ adalah satu hipokrasi yang paling besar apatah lagi di kala DAP sendiri tegar menentang ‘satu sekolah’ untuk anak-anak Malaysia.Hakikatnya,bukan sahaja pakatan haram itu adalah agen perpecahan tetapi pakatan haram sendiri tidak mampu menjadi satu parti.Sehingga ke hari ini iaitu setelah hampir sepenggal memerintah di 4 negeri,pakatan haram kekal menjadi tiga parti dengan tiga ideologi,tiga matlamat dan tiga prinsip yang berbeza,hatta bertentangan juga.Kerana itu,pakatann haram tidak mampu bersatu walaupun dalam mencipta tema Hari Kebangsaan.Bagaimana agaknya nasib rakyat sekiranya parti yang tidak patriotik,tidak bersatu serta menentang perpaduan di kalangan rakyat diberi mandat memerintah Malaysia ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates