Social Icons

Pages

Tuesday, August 14, 2012

PENYELEWENGAN TALAM !!! @HAMIDZUN GAPS MEMBELASAH KHALID GAGAP !!! WAJIB BACA !!!



Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) melihat dalam menangani isu penyelewengan yang melibatkan Talam Corporation sebagaimana yang didedahkan pelbagai pihak sejakb kebelakangan ini,pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu perlahan dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Talam Corporation.Pengerusinya,Hamidzun Khairuddin berkata,kalau nak dibandingkan dalam isu Talam dan isu lembu,SPRM dengan sekelip mata bergerak dan menyiasat dalam isu lembu.

“Tetapi dalam isu Talam,sehingga sekarang tidak ada apa-apa kenyataan dalam akhbar yang dibuat oleh SPRM. Kita nak mencabar SPRM, kita nak tahu mereka buat kerja atau tidak dalam isu Talam ini.Sehingga sekarang,berpuluh-puluh kenyataan media dibuat pelbagai pihak, saya kira sudah sampai masa untuk SPRM bertindak lebih pantas bagi memastikan wang rakyat yang diselewengkan kerajaan negeri itu dapat diselamatkan,” ujarnya mengulas perkembangan terkini isu penyelewengan Talam.

GAPS juga mencabar Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang DUN Selangor,dijangka dalam bulan Oktober nanti,ketika beliau membentangkan Bajet 2013 Selangor,mencabar MB membentangkan segera Kertas Putih dalam isu Talam.

“MB janji pada tahun 2009 untuk membentangkan Kertas Putih ini pada tahun 2010, dalam masa setahun tetapi sehingga sekarang sudah tiga tahun,Kertas Putih ini tidak dibentangkan oleh MB.

Jadi GAPS ingin mencabar MB untuk membentangkan Kertas Putih dalam isu penyelewengan Talam,” tambahnya yang juga Mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

No comments:

 
 
Blogger Templates