Social Icons

Pages

Sunday, August 05, 2012

RAFIZI KANTOI !!! TIADA KOMPROMI DEDAH RAHSIA BANK !!!


Persatuan Bank-Bank Malaysia menegaskan kerahsiaan pelanggan adalah aspek paling asas dalam perhubungan antara bank dan pelanggan.Ia juga menjadi tunggak utama kewibawaan dan keyakinan terhadap sistem perbankan,kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Justeru,beliau yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank,berkata kerahsiaan pelanggan mesti dipelihara dan tidak boleh dikompromi sama sekali.Seksyen 97 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 jelas menegah seseorang pengarah atau pegawai mana-mana institusi kewangan berlesen atau mana-mana orang yang mempunyai akses kepada sebarang rekod memberi,mengeluar,mendedah atau menerbitkan kepada sesiapa sebarang maklumat atau dokumen berhubung akaun pelanggan tanpa kebenaran pelanggan terlebih dulu.Katanya,bukan saja di Malaysia,malah di seluruh dunia,bank langsung tidak bertolak- ansur sebarang kegiatan pelanggaran kerahsiaan perbankan.

“Kami tidak teragak-agak memecat serta-merta kakitangan didapati melanggar peruntukan berhubung kerahsiaan perbankan.” katanya dalam satu kenyataan – BH

No comments:

 
 
Blogger Templates