Social Icons

Pages

Thursday, September 06, 2012

HOT NEWS !!! KANTOI !!! PAKATAN HARAM MENYEDIAKAN RM1 JUTA UNTUK PENDERHAKA ??? WAJIB BACA !!!



Sehingga kini pihak polis telah pun menangkap 4 orang dan tinggal lagi 7 keping yang memaparkan wajah 8 peserta Himpunan Janji Demokrasi yang disyaki telah melakukan pelbagai kesalahan semasa perhimpunan haram tersebut pada malam sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka 30 Ogos lalu telah di edarkan.Antara individu yang dikehendaki polis itu termasuklah seorang pemuda yang menunjukkan aksi punggungnya seakan mahu buang air besar di khalayak ramai serta beberapa individu lain yang mengibarkan bendera sang saka Malaya yang dicipta oleh anak buah Anwar Ibrahim.pemuda yang menonjolkan punggung sendiri itu telah pun ditahan oleh polis kelmarin dan sudah di lepas kan.semalam,perempuan cina dan seorang lagi telah menyerahkan diri kepada pihak polis.Sebelum ini di awal kekecohan saat gambarnya tersiar,lelaki tersebut yang juga seorang pelajar kolej swasta telah melarikan diri ke Johor.Bagaimanapun terdapat berita baik untuk pemuda tersebut dan baki 7 orang lagi soldadu pakatan haram merangkap penderhaka negara yang masih bebas ??? Melalui sumber dalaman pakatan haram yang perolehi,dana bantuan guaman berjumlah sekurang-kurangnya RM1 juta sudah siap menanti bagi membantu menyelamatkan kesemua 11 orang penderhaka tersebut sekiranya disabitkan dengan kesalahan.Dengan mengambil kira saiz dana tersebut,bukan satu masalah untuk pakatan haram mengupah beberapa orang peguam handalan yang pakar memutar belit fakta kes seterusnya melencongkan fokus perbicaraan mahkamah kepada isu teknikal semata-mata.


Lagipun berdasarkan beberapa sejarah perbicaraan lalu telah terbukti ramai peguam pro pakatan haram berupaya memanipulasi undang-undang untuk kepentingan anak guam mereka lebih-lebih lagi jika melibatkan penyokong pakatan haram mahupun penjenayah tegar yang lain.Yang penting bagi mereka jumlah upah yang besar bermakna lebih kuat mereka gigih berusaha mencari kelemahan undang-undang demi manfaat anak guam dan poket mereka sendiri.Soal keadilan dan keluhuran undang-undang bukannya satu masalah besar kerana bagi mereka soal bayaran itu yang lebih utama.Manakala bagi pakatan haram pula,soal besar mana saiz dana tidak pernah menjadi persoalan rumit sementelah lagi terlalu banyak sumber kewangan dari dalam dan luar negara yang bila-bila masa sahaja bersedia menyumbangkan bantuan wang ringgit demi menjayakan misi menjahanamkan keharmonian negara ini.Jadi tidaklah pelik kenapa sejak akhir-akhir ini terlampau banyak tingkah laku bobrok,sumbang dan kelakuan jenayah kerap berlaku saban waktu dan acapkali pihak berkuasa pula yang akhirnya dituding jari sebagai perlu bertanggungjawab.Dana pembelaan sentiasa tersedia dan peguam bela yang membelakangi undang-undang pun sudah kian ramai,jadi,logik lah makin ramai yang tidak takut membuat kesalahan termasuklah menghina bendera negara,merompak,meragut dan menunjukkan punggung di depan ramai yek ??? agaknya duit itu datang dari mana sekiranya benda ini benar ??? duit rakyat ??? dari luar negara ??? adakah ini pemimpin yang anda sanjugi wahai puak pakatan haram !!!

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

bro badut, sapa nak percaya cerita kamu.. melainkan yg seangkatan baghaL dgn kamu je,,,, ABU.

 
 
Blogger Templates