Kerajaan Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politik tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi,kata seorang aktivis pengguna.Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA),Datuk Dr Jacob George,berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan kebanyakan penduduk Selangor keliru pihak mana yang betul dalam isu berkenaan.
Tarif air naik
Katanya,dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan,kerajaan negeri menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu berkenaan bahawa tarif air akan naik sekiranya Kerajaan Persekutuan meneruskan rancangan membina loji rawatan air Langat 2.Jacob berkata,beliau kesal apabila mendapati beberapa EXCO Kerajaan Selangor yang sebelum ini aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO),melihat semua perkara secara negatif walaupun Kerajaan Persekutuan berniat baik dalam rancangan untuk memperbaiki keadaan di negara ini.
“Saya terbabit dengan pelbagai NGO selama 37 tahun.Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air),strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan Kerajaan Persekutuan,” katanya.Beliau mendakwa kerajaan negeri juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.
Tak relevan
Katanya, masa yang digunakan untuk melayan perkara tidak relevan itu sepatutnya diguna untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Kenapa kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul... ini tidak betul. Ia membabitkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana (krisis air) akan memberi kesan serius,” katanya.
Loji Langat 2 perlu
Mengenai rancangan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang mendapat tentangan kerajaan negeri,George berkata,semua kajian pakar menunjukkan projek itu perlu dilaksanakan segera memandangkan pengeluaran air yang dirawat menurun dengan ketara walaupun 34 loji sedia ada di Selangor beroperasi pada tahap maksimum.Dalam hal ini,katanya,kerajaan negeri sekali lagi mengelirukan pengguna apabila berkata semua kawasan takungan dipenuhi air dan krisis air tidak akan berlaku,walaupun perkara yang dihujahkan ialah mengenai bekalan air dirawat yang tidak mencukupi. - BH
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Filem krisi iar ciptaan UMNO
Kesian tengok kerja-kerja terkeji UMNO mengadakan KRISIS yang tak pernah ada .... orang Selangor masih punya banyak air, pulak tu ALLAH swt, tiap-tiap hari turunkan hujan berkah dari doa menolak kezaliman UMNO ....
Cuba le UMNO tu selesaikan perjanjian AIR dengan Singapura yang berat sebelah, sampai Johor tu terpaksa beli air terawat dari Singapura dengan harga yang jauh lebih mahal, atau cubalah UMNO tu selesaikan masalah air yang dah bertahun-tahun RAKYAT di pendalaman Sabah, Sarawak, Pahang (negeri asal PM)
Apale bodoh betul pemimpin UMNO, semata-mata nak mengadakan projek untuk kroni yang dah haus dahaga tak dapat makan dan juak-juak UMNO yang dah siap nak tebang hutan Pahang ke Selangor bagi laluan paip dari Pahang .....
Apa UMNO ni masih beranggapan rakyat Malaysia ni masih buta ke? Nak kena bohong dengan krisis air yang tak pernah wujud, atau UMNO dan SYABAS dah siapkan strategi dan gerak kerja untuk memastikan ada krisis bekalan air seminggu atau dua - tiga hari sebelum pilihanraya
.... kan tu kerja-kerja berdosa kalau ada yang nak mandikan mayat tapi sebab UMNO buat kerja kotor nak mandi mayat pun tak ada air, pulak tu yang mati pulak pemimpin UMNO, baru kena batang hidung
.... kan tu akan menyebabkan penyeksaan buat ibi-ibu yang terpaksa menagguh basuh baju sebab washing machine tak boleh jalan,
.... kan tu akanmenyebakan ramai orang terpaksa belajar tayamumm sebab air tak ada nak berwuduk ...
kan tu akan menyebabkan banyak hotel terpaksa membatalkan tempahan sebab air tak ada
... kan tu akan menyusahkan Bomba nak memadam kebakaran rumah orang UMNO yang terbakar
kan tua akan menyebabkan ramai orang UMNO tak mandi junub sebab tak cuku air nak basuh segala ...
Melampau betul SYABAS kalau bersenkongkol dengan UMNO untuk "meniadakan air" pada hari-hari menjelang pilihanraya ....
mudah-mudah UMNO tak tergamak buat kerja-kerja terkeji macam tu, sebab mungkin masa tu UMNO punya team tengah buat gerak kerja tapi tak ada air nak minum sebab tersedah makanan ....
Post a Comment