Social Icons

Pages

Tuesday, September 11, 2012

HOT NEWS !!! PENYANGAK MATA WANG SOROS MEMBANTU SUARAM UNTUK JAHANAMKAN MALAYSIA ???



Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di Amerika Syarikat yang diasaskan penyangak mata wang,George Soros dipercayai penyumbang dana terbesar Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).Dana berkenaan disalurkan kepada SUARAM bagi membiayai operasinya melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang kini dikenal pasti melakukan lima kesalahan mengikut Akta Syarikat 1965.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,berkata pihaknya mempunyai bukti berdasarkan dokumen serta perjanjian kedua-dua pihak.

Dana terbesar SUARAM

“Kita masih di peringkat awal siasatan. Namun kita dapati, NGO terbabit salah satu daripada dua NGO berpangkalan di Amerika Syarikat yang menjadi penyumbang dana terbesar SUARAM.Mengikut maklumat, NGO itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Soros berdasarkan dokumen dan emel (antara kedua-dua pihak)," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Rasah, di Politeknik Nilai di sini semalam.

Siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum ini mendapati SISB menerima dana daripada empat sumber antarabangsa, iaitu Open Society Institute, di New York; National Endowment for Democracy, di Washington, Southeast Asian Centre for e-Media dan Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur.Pemeriksaan di laman web menunjukkan Open Society Institute New York adalah salah satu pejabat Yayasan Open Society yang diasaskan Soros untuk mentadbir program NGO berkenaan termasuk Projek Burma/ Inisiatif Asia Tenggara.

Sokong usaha masyarakat sivil

Projek Burma/Inisiatif Asia Tenggara digambarkan secara ringkas dalam laman web itu untuk menyokong usaha masyarakat sivil memperjuangkan kebebasan bersuara,memastikan akauntabiliti dan keadilan kerajaan,selain memberi kuasa kepada kumpulan terpinggir menggunakan hak mereka.Seorang penulis bebas Nile Bowie yang menyumbang rencana untuk laman web Global Research yang berpangkalan di Montreal,Kanada,dalam blognya,nilebowie.blogspot.com,pada 29 April lalu,menulis Pengerusi Bersih 3.0,Datuk S Ambiga, mengaku menerima dana daripada Open Society Institute.Mengulas lanjut,Ismail Sabri menggesa Bank Negara menyiasat perkara itu mengikut Akta Penggubahan Wang Haram dan Akta Anti Pengganas 2007 (AMLA) serta mengambil tindakan kerana kemasukan wang yang meragukan.

“SSM boleh menyiasat tapi tidak boleh mengambil sebarang tindakan. Kita minta Bank Negara campur tangan,” katanya.

Beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan status SUARAM yang dipercayai pertubuhan haram kerana dimaklumkan pertubuhan itu tidak berdaftar. - BH

No comments:

 
 
Blogger Templates