Social Icons

Pages

Sunday, September 23, 2012

HOT NEWS !!! POKOK KURMA YANG DI TANAM OLEH UMNO DAN BN JADI MUSUH KHALID GAGAP ??? APA CERITA NI ???




Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memang menakjubkan! Bukan kerana hasil kerja yang sangat hebat mengatasi kerajaan-kerajaan negeri yang terdahulu,sebaliknya kerana terlalu banyak sangat kerja-kerja yang serba melawakkan asal kantung PKR dan kroni-kroni Khalid Ibrahim penuh berisi.


Kerajaan Khalid Ibrahim telah berusaha sedaya upaya untuk menandingi kehebatan Barisan Nasional mentadbir Selangor.Bagaimanapun,melihat kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat,sememangnya sesiapa pun yang waras akan ketawa besar.Apakan tidak,usaha-usaha Pakatan Rakyat,tidak lebih daripada menempek mekap yang tebal ke muka pelakon opera Cina.


Walaupun Pakatan Rakyat cuba berbangga dengan kemasukan pelaburan luar ke Selangor,hakikatnya Pakatan Rakyat hanya mengambil kredit daripada hasil usaha kerajaan pusat,sedangkan Kerajaan Negeri pula sekadar jadi mandur dan berkilas tangan ke belakang tanpa sebarang usaha-usaha yang kompetitif bagi menarik pelaburan luar.


Malah lebih teruk lagi ialah apabila Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim tidak mesra pelabur,serta gagal membekalkan infrastruktur yang boleh memastikan pelabur datang ke Selangor.Contoh terbaik ialah, kegagalan Selangor dalam menyediakan bekalan air yang mencukupi selain masalah sampah yang sehingga ke hari ini masih belum berkesudahan dan tidak juga menampakkan tanda-tanda akan berakhir dengan pantas.Itu cerita yang besar-besar.kes-kes di mana Pakatan Rakyat Selangor hilang dan tenggelam dengan keegoan mereka yang tersendiri.Namun dalam satu kes yang berlaku semalam di Seksyen 21,Shah Alam,membuatkan sesiapa pun akan berfikir bagaimana songsangnya Pakatan Rakyat di Selangor.Apa kejadahnya pokok-pokok kurma yang ditanam pada zaman pentadbiran UMNO-BN di Selangor,dicabut dan kemudian digantikan dengan pokok pinang merah sebagai hiasan tepi jalan? Pokok-pokok kurma itu,dicabut dan ditanam semula di Kawasan Perkuburan Seksyen 21,Shah Alam. 


Apa signifikannya tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Selangor itu? Adakah itu bermaksud untuk menguburkan segala legasi yang ditinggalkan oleh UMNO-BN untuk digantikan dengan kerja sia-sia Pakatan Rakyat di Selangor? Tidakkah sia-sia apabila pokok-pokok kurma yang hidup subur di tepi jalan, dicabut dan kemudian digantikan pula dengan pokok pinang merah? Kalau ya pun untuk menanam pokok kurma di Kawasan Perkuburan Seksyen 21,Shah Alam,mengapa Pakatan Rakyat tidak menanam pokok baru? Apa perlu pemindahan pokok-pokok kurma di tepi jalan utama di Shah Alam itu? Adakah alasan yang bakal diberikan nanti ialah, pokok kurma itu berpotensi untuk tumbang dan kemudian menimpa kenderaan-kenderaan yang menggunakan jalan berkenaan? Atau sebenarnya ia merupakan satu lagi projek isi kantung dan dana untuk kroni-kroni Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat Selangor? Atau boleh jadi,pokok-pokok kurma itu merupakan ancaman terbesar kepada kewujudan Pakatan Rakyat,memandangkan Pakatan Rakyat tidak pernah berjaya membawa pembaharuan dan pembangunan di Selangor sebagaimana yang telah dilakukan oleh Kerajaan-Kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu? - SEL13.Com

RENUNG-RENUNGKAN 

1 comment:

Anonymous said...

Daun pinang merah tudia nak buat ulam. Batangnya nak buat jolok jubok.

Buatlah apa pun. Kalau dengan niat yang jahat dan membazir, jawablah kat akhirat nanti. Tak kira siapa pun.

 
 
Blogger Templates