Social Icons

Pages

Tuesday, October 09, 2012

EKSKLUSIF !!! APA MASALAH DENGAN KERAMAT MALL ??? WAJIB BACA !!!


Kalau sesiapa suka makan roti bom atau roti canai mahu pun nasi ayam maka pasar Keramat lah tempat yang paling elok untuk mencari makanan ini.Selain dari makanan di sebut ini lain lain makanan juga banyak terdapat di sini.Bukan sahaja makanan malah barang basahan serta sayur sayuran juga boleh di dapati,ayam hidup dan yang sudah di sembelih pun boleh di beli di sini.Tetapi jika pada yang belum biasa ke pasar Keramat ini maka sekali sekala akan terasa seperti berada di sebuah pekan kecil di Indonesia macam di Medan atau di Lombok.Orang Indonesia sangat ramai di sini baik siang mahu pun malam.Mungkin kerana tempatnya yang strategik yang sangat berhampiran dengan LRT Keramat.Tetapi di waktu waktu tertentu seperti bulan Ramadhan pasar ini akan sesak dan laluan kenderaan akan merasai trafik jam yang agak merimaskan dengan kedai tambahan serta barangan perayaan.Walau pun kebanyakan kedai kelihatan uzur dan usang namum orang ramai tetap datang juga ke pasar Keramat ini.Mungkin kerana telah sebati dengan jiwa dan kebiasaan setelah sekian lama pasar ini ujud.Tidak beberapa jauh dari pasar Keramat ini ujud lagi satu bangunan dan kawasan perniagaan baru yang lebih cantik dan moden.

Selain itu kedudukannya amat sesuai berhampiran station LRT Damai dan kawasan parkir yang luas dan teratur.Cuma peliknya ia seolah olah tiada sambutan dari orang ramai.Memang ada lah sedikit urus niaga di bawah nya seperti kedai makan yang macam tiada sambutan.Di satu sudut pula ada kumpulan pencinta batu cincin yang selalu berkumpul untuk membelek belek koleksi batu cincin mereka sambil bertukar tukar fikiran.Apa yang membuat kawasan Keramat Mall ini Nampak agak hidup ia lah apabila ada majlis kenduri kawin di tingkat atasnya,maka ramai lah orang berpusu ke situ.Jika tidak,hambar lah kembali.Kawasan parkirnya pula agak penuh juga di waktu pagi,barangkali yang naik LRT di station Damai meletak kan kereta mereka di situ kerana belum di kena kana apa apa bayaran.Pembinaan Keramat Mall ini amat lama juga untuk disiapkan.Entah apa masalahnya tidaklah diketahui.Ianya bermasalah ketika dalam pembinaan,bermasalah setelah siap.Masalah sahaja,mungkin kerana Feng Shuinya tidak baguskah ??? 

Kerana bekas tanah lombong,tetapi sebagai umat Islam itu tidak harus kita percayai.Dari zaman wakil rakyat dulu sampai wakil rakyat sekarang yang sudah meninggal dan kini bakal wakil rakyat baru masalah tetap belum selesai.Tukang kebun silih ganti lalang tumbuh juga.Apakah sebab peniaga pasar Keramat enggan pindah ke Keramat Mall ??? Takut hilang pelanggan ke ??? Jika itu sebab nya ia agak mustahil kerana jika semua peniaga berpindah ke KM tentu yang ke pasar Keramat akan ke situ secara tidak lansung.Tapi dengan syarat pasar Keramat di tutup sepenuhnya.Ada yang kata antara sebabnya ia lah ketidak puasan hati peniaga terhadap logistik pasar itu yakni pasar basah dan ikan duduk nya di tingkat atas dan kedai makannya di bawah.Ada pula yang kata ianya atas sebab yang memiliki kedai di Pasar Keramat ini semuanya bukan lagi orang tempatan dan majoriti nya sudah pindah milik kepada peniaga asing yang berlakon sebagai pekerja makan gaji.Kiranya kedai itu sudah di tukar tangan,Cuma nama sahaja milik orang tempatan,lalu perjanjian mulut seolah olah akan mendatang kan masalah jika mereka berpindah kerana wang pendahuluan sudah di ambil dan perjanjian ia lah atas kedai di situ dan bukannya di KM.Itu perlu di siasat kerana kita pun tidak tahu akan kebenaran nya setakat bualan orang kampong Datuk Keramat sahaja.Di KM mall pula ada yang kata ada satu nama atau satu keluarga dapat sehinga 2 atau 3 pintu kedai.Itu nak di jadi kan aduan pun susah sikit kerana kedai kosong dan tak mahu di ambil maka orang yang mahu ambilnya tentu sekali akan rebut peluang ini.Sederet dengan KM ini ia lah jalan jalan ke pasar Keramat yang mana orang cina ada membuka kedai baiki motosikal.

Nampak gaya orang cina pun boleh berniaga di kawasan melayu dengan berjaya.Bermakna di kawasan itu adalah kawasan perniagaan yang baik.Amat rugi jika peniaga tidak rebut peluang buka perniagaan di KM kerana dalam masa 10 hingga 20 tahun dengan kemajuan ekonomi dan pasarana Negara serta sosio masyarakat berubah,ini lah sebenar nya bentuk kedai perniagaan moden.Hanya memerlukan terjahan atau pun promosi luar biasa sahaja KM akan dapat jadi terkenal dan tumpuan.Bayangkan jika di lancar kan promosi membuka rangkaian kedai talipon atau gajet maka akan jadi tumpuan masyarakat,lalu sesiapa yang lambat ambil kesempatan pasti akan menyesal.Sememangnya Melayu amat lembab di dalam forecast perniagaan.Jika di tawar kan kepada peniaga cina tentu mereka rebut peluang ini kerana orang cina tahu apa yang elok dan selalu lihat kehadapan.Apa pun pihak berkuasa harus membuat sesuatu untuk mempromosi kan KM ini, dan bagi mereka yang enggan berpindah jika tempat ini sudah maju dan terkenal jangan pula mengungkit atau menyesal kerana terlambat kecimpung di dalam kawasan yang bakal maju ini. Semua ciri ciri untuk maju sudah ada cuma perlu menunggu di inject dengan satu promosi yang membawa impak sahaja. - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

I pun nak kedai kat situ kalau ada peluang tapi dia orang kata dah penuh. hari 2 lalu tapi sayang...
kalau lah ada yang bijaksana dari pihak kerajaan yang boleh beri kata putus... jangan jadikan gajah putih...rugi lah orang melayu mempersiakan peluang itu... dari saya bujang sampai dah beruban ,dari sebuah tasik lombong jadi satu infrastuktur moden,sayang nya...

 
 
Blogger Templates