Social Icons

Pages

Friday, October 12, 2012

EKSKLUSIF !!! APAKH YANG SEBENARNYA TERJADI KEPADA PEMANDU TEKSI ??? WAJIB BACA !!!


Jika seorang wartawan perlu menyamar hanya untuk menyiasat kebenaran aduan terhadap pemandu teksi,maka boleh di kira parah sangat lah masalah ini.Selain wartawan anggota JPJ juga pernah menyamar untuk memerangkap pemandu teksi dan memang di dapati akan kebenaran pada ratusan aduan terhadap pemandu teksi kita.Apa sebenarnya masalah pemandu teksi ini sehinga begitu teruk nama nya sampai ke serata dunia pelancong memberi amaran kepada satu sama lain terhadap pemandu teksi Malaysia.Malah wartawan pelancongan luar Negara juga ada acknowledge tentang sikap “daylight robbery” yang mereka rasai dari pemandu teksi ketika berada di Negara kita.Baru baru ini beratus ratus pemandu teksi membuat himpunan tunjuk perasaan mereka terhadap layanan serta isu isu yang merugi kan mereka.Tetapi secara kasar nya nampak tiada pihak yang simpati terhadap demo mereka.Seolah olah orang ramai tidak menyokong kerana mungkin mereka pun tahu sikap pemandu teksi ini.Memang lah tidak semua pemandu teksi bersikap seperti yang di andai kan oleh masyarakat.

Kadang kadang pemandu teksi juga ada hero nya apabila memulang kan barang barang berharga atau pun wang wang yang tertinggal oleh pelanggan di dalam teksi mereka.Di Malaysia,memandu teksi sebenar nya bukan lah pekerjaan utama atau option kerjaya yang di idam kan soleh sesiapa.Umum tahu pemandu teksi ini selalu nya memilih kerja memandu teksi setelah mereka meninggal kan kerja kerja asal atau pun setelah di buang kerja kerana masalah disiplin atau pun lain lain nya.Jadi amat sukar untuk mendapat pemandu teksi yang dedikasi.Situasi di mana penumpang harus bertanya kepada pemandu teksi sebelum naik teksi amat terkenal di Negara kita dan bukan nya pemandu teksi akan terus ambil penumpang seperti di Negara lain.Di bandar besar seperti Kuala Lumpur pemandu teksi lari sembunyi di saat mereka di perlu kan yakni ketika habis waktu pejabat atau ketika waktu puncak kerana tidak mahu kena traffic jem.Amat pelik mahu menjadi pemandu teksi tapi tidak suka kan kesesakan seperti nelayan yang tidak suka kena air.Ada kah pemandu teksi separuh masa ini yang sebenar nya memburuk kan nama pemandu teksi tetap ??? 

Itu tidak lah kita ketahui. Selain hal ini, ada pula pemandu teksi yang suka berlonggok menunggu pelanggan dengan harapan sekali kaup cukup dapat cover pendapatan seharian tidak seperti pemandu teksi lain yang suka berlegar legar mencari pelanggan.Kini terdengar pula ada warga asing yang dapat peluang membawa teksi dengan cara menyamar, ada kah mereka ini sebenar nya “culprit” kepada pelbagai aduan ??? Ada juga warga asing yang berpakat dengan agen dari Negara mereka untguk menghubungi mereka menjadi kereta sewaan supaya alasan tidak di tipu pemandu teksi tempatan.Di satu waktu dahulu seorang Menteri memberi kenyataan pedas yang pedih sehinga tidak popular kepada pemandu teksi apabila kerajaan menghabis kan jutaan ringgit untk mempromosi kan industri pelancongan Negara hanya akhir nya di spoilt kan oleh pemandu teksi yang member gambaran buruk terhadap Negara sendiri dengan cerita keburukan negara dan juga perangai menekan pelanggan dengan tambang teksi yang bukan bukan.Malah ia nya lebih buruk apabila aduan tentang pemandu teksi mengalah kan aduan jamban dan tandas kotor.Begitu lah teruk nya reputasi pemandu teksi kita. 

Kerajaan pula di masa ini menyedia kan bas percuma Go-Kl untuk pelancong di sekitar bandar,ini juga telah menyebabkan kemarahan sebahagian pemandu teksi yang memberi andai hal ini membunuh mata pencarian mereka.tetapi mungkin mereka tidak sedar hal ini terjadi kerana mereka lah punca sebab nya perkara ini di laksana kan untuk menyelamat kan industri pelancongan.Kerajaan sedar kesusahan pemandu teksi malah mengambil inisiatif untuk menjaga hati dengan bantuan tayar kepada pemandu teksi.Tetapi masalah pemandu teksi ini pelbagai bentuk nya kerana ada yang memiliki teksi sendiri dan ada yang menyewa nya.Apa pun kerajaan dan persatuan pemandu teksi harus fikir kan bagai mana mahu selesai kan kamelot ini.Di sebelah pihak reputasi Negara dan industri pelancongan nya is at stake,apa tidak nya jika di internet dan blog blog dalam Negara dan luar Negara pun sudah berbual tentang pemandu teksi kita, malah ada yang bertajuk “Malaysia Taxi Worst In the world”. Jadi kena lah kita sama sama fikir kan jalan terbaik yang boleh menyelesai kan masalah teksi kita ini.Kalau dulu reputasi kedai makan dan restoren di perli dan di cemuh sebagai “makanan kelas satu tandas kelas tiga” sehingga ada yang kata pergi ke tandas awam dan restoren di Kuala Lumpur sebagai “nightmare” igauan ngeri kini jangan lah pemandu teksi pula bergelar “Teksi kelas satu pemandu kelas tiga”. - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN 

4 comments:

Anonymous said...

Saya sebagai pemandu Teksi sangat terpanggil dalam menjawap isu ini,memang benar apa yang disuarakan oleh penulis tetapi gambaran 100 peratus terhadap keburukan pemandu teksi Malaysia adalah disangkal sama sekali. Cuma segelintir saja pemandu Teksi yang rakus membawa kecelakaan dan mementingkan ketamakan diri dalam mencari habuan harian mereka dengan curang menipu dan enggan menguna meter terhadap penumpang,Tetapi ramai dari kalangan kami yang berlandaskan punca "Rezeki dari Allah", tidak tergamak melakukan kerja-kerja sebegitu kerana bagi kami setiap perbuatan yang tidak baik akan dibalas juga dengan kerosakan akhir nya.Kalau boleh cuba buat survey dan tinjauan kepada orang asing yang terdiri dari pekerja,penuntut dan pelancong di Malaysia ini puak manakah (Pemandu Teksi)yang selalu membuat onar dan kerja-kerja penipuan sehingga menjejaskan imej negara kita. Jangan Sebabkan kicap setitik merosakan susu sebelangga..

jo said...

Masaalah disini bukan kicap setitik...tetapi kicap sebotol masuk dalam periuk...

Anonymous said...

Tak kisahlah pemandu teksi tu Islam ke atau tak, pasti akan mengambil kesempatan. Masa aku dok KL dulu, naik teksi dari LRT Datuk Keramat ke Desa Pandan jam 12.00 malam kena charge sampai RM 20.00. Dah la tak nak guna meter, tambang ikut suka tekak dia. Lepas tu dok cerita la susah nak cari makan, penumpang tak ramai. Konon nak mintak simpati. camne penumpang nak ramai, kalo makan rezeki HARAM... Allah pun tak sudi nak beri rezeki kpd orang mcm ni.

Anonymous said...

Budak indon aku kena rompak dengan pemandu teksi dua minggu lepas depan Pudu nak ke Klang..
Abis 400 budak tu.. siap pisau kat leher.

Buat report polis kata ada dah kes-kes ni..

PEMANDU BERBANGSA INDIA BERSAMA 2 LELAKI INDIA YANG BERPURA-PURA PENUMPANG...

 
 
Blogger Templates