Beberapa wakil pendidik dan NGO berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) kebanyakannya terdiri daripada SAR sekitar Selangor telah hadir ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung pengabaian peruntukan kepada sekolah agama dalam pembentangan belanjawan 2013.Memorandum tersebut menuntut Perdana Menteri dan Ahli Mesyuarat Jemaah Menteri memperuntukkan wang yang sewajarnya bagi pembangunan dan pengurusan untuk semua kategori sekolah agama.Sayugia diingatkan bahawa SAR adalah sekolah swasta yang diuruskan oleh pihak persendirian.Bukan menjadi satu rahsia kebanyakan SAR adalah medan parti PAS melahirkan aktivis-aktivis parti.Selain itu,kumpulan berkenaan juga mengadakan tuntutan agar kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada,bantuan modal,buku teks,bantuan guru akademik dan bantuan-bantuan lain bagi melicinkan pentadbiran SAR.Memorandum tersebut diserahkan kepada Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh dan ahli Parlimen Kubang Kerian,Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS untuk dipanjangkan kepada Datuk Seri Najib Razak.
Penulis agak keliru.Bukankah SAR juga terletak di bawah kelolaan Kerajaan Negeri.Bukankah tindakan kumpulan penddik dan pentadbir daripada SAR menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang tidak mengambil berat mengenai SAR sehingga mereka terpaksa “mengemis” di Parlimen ??? - Selangor Daily
Mengulas tindakan kumpulan berkenaan,Timbalan Menteri Pelajaran,Dr Mohd Puad Zarkashi berkata,Kementerian Pelajaran menyalurkan bantuan berjumlah RM95 juta kepada sekolah agama rakyat (SAR) pada 2011,sekali gus menangkis tuduhan pembangkang bahawa kerajaan tidak menyediakan peruntukan kewangan untuk sekolah itu.Beliau menambah kemudahan lain turut diberi kepada SAR selepas mereka berdaftar dengan kementerian.Sehingga kini,156 daripada 382 SAR di seluruh negara telah berdaftar dengan kementerian dan ditukar status kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).Beliau berkata,apa yang menjadi masalah sekarang ialah kebanyakan SAR enggan berdaftar dengan kementerian.Antara kemudahan yang diberi kepada SAR yang berdaftar dengan kementerian ialah bantuan kewangan untuk menaik taraf sekolah serta guru-gurunya dilatih dari semasa ke semasa,berjawatan tetap,berpencen dan menerima skim gaji yang lebih baik.Walau apapun alasan yang diberikan oleh guru-guru dan pentadbir SAR,tindakan kumpulan berkenaan membawa sekumpulan pelajar-pelajar yang masih mentah untuk berdemonstrasi seharusnya tidak dilakukan.PR seharusnya tidak membaling batu,sembunyi tangan.Nyata apa yang berlaku adalah perancangan licik mereka untuk meneruskan tradisi demonstrasi semata-mata tidak mahu melihat negara dalam keadaan aman.Apa tugas mereka sebagai Wakil Rakyat di Parlimen sekiranya mereka tidak boleh memperjuangkan hak SAR ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Mana dia pendidikan percuma yang dilaung-laungkan oleh PAS? tadika PASTI dan SAR pun kena bayar duit beratus-ratus...Duit kutipan yuran SAR dan derma karung ceramah fitnah berlambak-lambak tapi diselewengkan mudirnya yang kerjanya asyik kahwin baru, tambah anak dan perbesar rumah. Sedangkan anak-anak murid belajar serba daif dan mintak sedekah disana sini.
Itulah iselam pembawaan PAS yang Allah tak izinkan mereka jadi pemerintah. kemenangan PAS di Kedah dan kelantan hanya ujian dan istidraj yang Allah beri untuk manusia menilai betapa buruknya PAS memerintah.
Post a Comment