1. Saya tahu bahawa ramai rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan tindakan saya meminta maaf kepada Y.B. Ronnie Liu dalam kes saman malu beliau ke atas saya. \Ada yang berpendapat tindakan saya memohon maaf kepada Ronnie merupakan tindakan bacul dan akan menjejaskan UMNO.
2. Bagi saya jika kita bersalah kita harus bersedia meminta maaf. Justeru itu saya tidak segan silu untuk merekodkan pengakuan permohonan maaf saya dalam mahkamah.Ini berikutan tujuan asal saya hanyalah mempersoalkan potfolio beliau menjaga Pihak Berkuasa Tempatan kerana terdapat aduan ke atas beliau kerana menghalang penguatkuasa PBT menjalankan tugas.
3. Bagaimanapun kenyataan-kenyataan dalam sidang akhbar tersebut telah membawa tafsiran yang lebih besar apabila akhbar China Press melaporkan seolah-olah Ronnie Liu terbabit dalam aktiviti pelacuran.Atas sebab inilah saya memohon maaf kepada beliau kerana saya tiada bukti atau fakta yang jelas menyatakan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan aktiviti pelacuran. Malahan sehingga kini,Ronnie belum disabitkan atas kesalahan menghalang tugas penguatkuasa. Ini menjadikan laporan akhbar mengenai kenyataan-kenyataan saya sungguhpun ada asas (berasaskan laporan Polis) tidak dapat disahkan sebagai fakta yang benar.
4. Saya dapati ada laporan yang tidak tepat mengenai permohonan maaf saya di Mahkamah Tinggi pagi tadi. Untuk rekod berikut ialah sebahagian teks permohonan maaf saya (dipetik semula dari Malaysiakini.com), ”
In the article,I had implied that Liu had obstructed the officers of the Subang Jaya Municipal Council and the police in closing down a hotel in Puchong which I insinuated was a centre for prostitution activities.
“I apologise to Liu for further insinuating that he was involved in such activities, which is totally untrue. I deeply regret for causing Liu severe distress as a result of the publication of the said article and hereby retract all statements made against him and apologise unconditionally.
5. Ada yang meminta saya meneruskan perbicaraan dan menyerahkan kepada Mahkamah untuk membuat keputusan, dan orang ramai untuk membuat penilaian. Namun saya berpendapat cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Memohon maaf bukan sahaja memberi ruang hubungan baik sesama Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi juga membuka ruang demokrasi yang lebih matang.
6. Menjadi mangsa kepada banyak tohmahan,tuduhan dan fitnah saya menyedari bahawa memanjangkan isu-isu yang tiada bukti nyata ini hanya memberi kesan yang sangat mendalam kepada ahli keluarga mereka yang terbabit.
7. Dalam keadaan inilah,saya fikir permohonan maaf ini sangat tepat pada masanya.Saya percaya permohonan maaf ini tidak memberi kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana saya bukan lagi pemimpin UMNO negeri.
8. Apa pun pendapat kita, perbuatan memohon maaf dan mencari penyelesaian dalam pertikaian amat digalakkan dalam agama Islam. Saya berharap perkara ini dilihat dari sudut yang positif. Benarlah pesan orang tua saya, memohon maaf bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan. Malah ia memerlukan kekuatan dan keberanian untuk menjayakannya.
Sahabat bloggers.
Ingin saya jelaskan kenyataan saya pada media yg menjadi isu ini bukanlah tidak berasas.ia berasaskan satu laporan polis yg dibuat oleh pegawai penguatkuasa mpsj berhubung dgn tindakan Ronie Liu campurtangan dalam satu operasi menutup hotel chilli dipucong yg beroperasi tanpa lesen.
Dalam operasi tersebut 24 wanita warga asing dan 12 lelaki tempatan telah ditahan.ia berlaku pd 3 November 2007 dan mendapat liputan meluas dalam media massa dan eletronik pd 4 November. Sebagai MB pd ketika itu saya juga dimaklumkan secara langsung.
Saya setuju memohon maaf kerana bagi saya tidak salahnya kita mohon maaf lebih lebih lagi ia membawa kebaikan kepada kedua dua pihak.saya juga berpandangan tidak ada faedahnya memanjangkan perkara tersebut.saya juga rasa bersyukur kerana isu selesai dgn baik
(http://www.drkhir.com)
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
toyol takut dengan gensterx ronnie tiau, takut kena sembelih. tulah, lain kali jangan bagi orang penyapu, penyapu membawa sial satu badan, kan dah terbukti ........
Post a Comment