Social Icons

Pages

Showing posts with label KHIR TOYO.... Show all posts
Showing posts with label KHIR TOYO.... Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

KES DR #KHIRTOYO !!! TOLONG SIASAT HAKIM AZHAR MOHAMED !!!


Apabila Tan Sri Shafee Abdullah mendedahkan bahawa terdapat fakta palsu dalam penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan ke atas rayuan bekas Menteri Besar Selangor,Dr Mohamad Khir Toyo,maka ia merupakan satu detik hitam kepada sejarah perundangan negara.Hakim sering kali dituduh membuat keputusan berat sebelah bergantung kepada pihak mana mereka lebih suka atau senangi walaupun ia tidak sedemikian.Namun tidak pernah kita berjumpa kes seorang hakim di peringkat Mahkamah Rayuan menulis penghakiman dengan menambah fakta yang tidak ada dalam perbicaraan.Hakim Azhar Mohamed yang menulis penghakiman kes ini menyatakan antara sebab Dr Mohamad Khir Toyo tidak boleh dipercayai kerana beliau pernah memiliki saham syarikat Roniaga milik Shamsuddin Hayroni pada 1997. 

Fakta ini tidak pernah ditimbulkan dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.Malah semakan dengan Pendaftar Syarikat juga tidak pernah wujud nama Mohamad Khir Toyo dalam syarikat terbabit atau mana-mana syarikat Shamsuddin.Beberapa hari lalu juga tersebar dakwaan bahawa Hakim Azhar Mohamed mendapat kenaikan pangkat cepat ke Mahkamah Persekutuan selepas kes mengikut kehendak Peguam Negara untuk mengekalkan hukuman bersalah ke atas Dr. Khir. Sama ada benar atau tidak,ia masih merupakan tuduhan yang perlu disiasat.Namun jika kita ikuti kes ini dari awal,anda akan dapati banyak tanda-tanya dan misteri mengapa kes ini dibawa ke mahkamah.Anda boleh ambil masa membaca tulisan rakan saya


DAN 


Namun Tribunal menyiasat Hakim Azhar tidak harus dibentuk hanya kerana saya atau mana-mana peguam menyatakan kes ini mengarut atau “bulshit”.Tribunal harus ditubuhkan untuk melihat mengapa ada fakta palsu dimasukkan dalam penghakiman Hakim Azhar.Ini dikukuhkan lagi dengan terdapat dakwaan bahawa Hakim Azhar merupakan kawan baik kepada Tan Sri Abdul Ghani Patail.Ghani Patail pula semasa dalam riwayat hidupnya sebagai Peguam Negara hanya dua kali tampil mempertahankan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.Kedua-duanya membabitkan kes Khir Toyo.Apakah maknanya ??? Tidak pernah Peguam Negara ini,yang pernah dituduh oleh Tun Mahathir sebagai punca kehilangan Pulau Batu Putih,tampil mempertahankan sesuatu kes dalam akhbar biarpun sistem kehakiman negara lebih teruk diserang oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR dan DAP.Semasa di Mahkamah Tinggi,Dr Khir hampir ditangkap kerana Hakim Mahkamah Tinggi terus bangun sebaik menjatuhkan hukuman penjara setahun. Inilah kali pertama dalam sejarah, Hakim tidak mahu mendengar permohanan penangguhan hukuman untuk dibawa ke Mahkamah Rayuan. 

Hakim hanya kembali ke tempat duduk dan mendengar permohonan menangguhkan hukuman untuk proses rayuan setelah dijerit dengan kuat oleh Peguam Kamarul Hisham. Di Mahkamah Rayuan,Pendakwaraya berhujah menggunakan kes duluan membabitkan perogol kanak-kanak untuk menghalang Dr Khir dijamin sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.Apakah motif pejabat Peguam Negara ketika itu ??? Anda boleh membenci Dr Khir kerana fahaman politik mahu pun peribadi beliau, namun adalah tidak masuk akal untuk menindas kebenaran hanya semata-mata kita tidak bersetuju dengan tertuduh.Sekarang juga tersebar khabar yang sangat mengejutkan bahawa Hakim Azhar Mohamad telah memberi taklimat ringkas mengenai kes ini kepada Yang Arif Hakim Jeffrey Tan,Yang Arif Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop,Yang Arif Dato Hassan Bin Lah dan Yang Ariff Dato Ramly bin Haji Ali. Mereka ini merupakan empat daripada lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes Dr Khir Toyo. 

saya berharap khabar angin ini tidak benar dan sengaja disebarkan untuk melaga-lagakan tertuduh dengan barisan Hakim yang bijaksana.Namun sekali lagi nama Yang Arif Azhar Mohamed muncul.Rasanya rentetan peristiwa dan perbuatan ini sudah mencukupi untuk Ketua Hakim Negara menasihat Yang Di Pertuan Agong agar menubuhkan sebuah tribunal bebas menyiasat sikap dan perilaku Hakim Azhar Mohamed.Sama ada Dr Mohamad Khir akan kekal bersalah atau dibebaskan hari ini adalah satu perkara lain.Namun kes ini menimbulkan syak wasangka besar kerana ia bukan sekadar tuduhan atau gosip tetapi ada fakta jelas penambahan “bukti” yang boleh menjejaskan keadilan.Justeru ia harus disiasat dan dibersihkan demi imej keadilan.

NOTA :

Mohamad Khir sebelum ini dituduh memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10,Jalan Suasa 7/1L untuk dirinya dan isteri,Zahrah Kechik daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni,pada harga RM3.5 juta.Ia lebih rendah daripada harga RM6.5 juta yang dibayar oleh Ditamas pada 2004.Khir dalam pembelaannya mendakwa beliau membeli sebuah rumah yang terbengkalai dan mengikut penilaian dari penilai hartanah yang diiktiraf dan pinjaman bank HSBC Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Mohd Khir dan mendapati beliau bersalah lalu menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan arahan merampas harta tersebut.Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan menjatuhkan hukuman.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, December 12, 2013

HOT NEWS !!! DR KHIR TOYO MENABUR FITNAH !!! APA CERITA NI ???


Dana yang digunakan untuk menaikkan gaji pengurusan tertinggi kerajaan negeri Selangor adalah sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).Bekas Menteri Besar Selangor,Dr Khir Toyo berkata RM600 juta daripada rizab Selangor adalah lebihan peruntukan MARRIS yang gagal dimanfaatkan Pakatan Rakyat negeri itu. 

"ADUN Kota Anggerik,Dr Yaakob Sapari sebelum ini memberitahu lebihan dana MARRIS dimasukkan ke dalam simpanan rizab Selangor," kata Khir.Daripada 2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan bagi kepada kerajaan negeri RM1.75 bilion. Tetapi yang dibelanjakan hanya RM1.1 bilion.Bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan untuk digunakan perbaiki jalan,tetapi kerajaan negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab," kata Khir ketika dihubungi Antarapos

DUN Selangor sebelum ini meluluskan kenaikan gaji 56 anggotanya berkuatkuasa Januari 2014 dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.Gaji Menteri Besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250,anggota Exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250, Speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500,Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN daripada RM6,000 kepada RM11,250. Gaji baru itu berkuatkuasa pada 1 Januari 2014. 

"Saya tengok yang tidak logiknya adalah kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker malah Exco pun saya rasa tinggi.Gaji MB naik lebih kurang RM29 ribu, itu belum elaun keraian sebab MB juga ADUN dapat elaun ADUN RM 11 ribu,dicampur keduanya dekat RM40 ribu di situ.Lepas itu tidak masuk elaun-elaun lain,pemandu,pembantu rumah,elaun minyak dan lain-lain lagi,sebenarnya kalau dikira biasanya wakil rakyat sahaja RM11 ribu campur elaun akan dapat lebih kurang RM16 ribu, MB pula lebih kurang mencecah RM50 hingga RM60 ribu sebulan," ujar beliau. 


Mengulas lanjut Khir berkata kegagalan kerajaan negeri menguruskan dana MARRIS menyebabkan rakyat Selangor terpaksa menggunakan jalan yang tidak diselenggara. "Macam mana dengan peruntukan baiki jalan MB tidak belanjakan jalan,maksudnya MB kurang kerja tapi naik gaji? "Masalah sekarang ini melalui Audit Negara buat laporan 75 peratus rakyat di Selangor tidak berpuas hati dengan keadaan jalan.Laporan Audit Negara 2013 sebelum ini mendedahkan 75 peratus rakyat negeri itu merungut dengan keadaan jalan raya yang berlubang dan tidak dinaik taraf.Audit Negara yang baru-baru keluar pun komen tentang pada tahun lepas perbelanjaan untuk perbaiki jalan yang kerajaan Persekutuan beri hanya dibelanjakan 46 peratus dari jumlahnya,maksudnya kalau MB kata duit begitu banyak,bukan kerana MB cari tetapi kerana Persekutuan bagi untuk peruntukan MARRIS dan tidak dibelanjakan," katanya kepada Antarapos hari ini.

TU DIAA...

CONFIRM PUAK PR KATA DR KHIR MENABUR FITNAH !!!

KALAU TABUR FITNAH APA KATA SAMAN DR KHIR !!!

ADA BERANI ???

INILAH PADAHNYA KALAU PANGKAR PR KAT SELANGOR !!! 

HABIS DUIT RAKYAT KENA SAPU !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, October 28, 2012

HOT NEWS !!! KHIR TOYO MEMBELASAH RONNIE LIU KAW-KAW !!!


1. Saya tahu bahawa ramai rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan tindakan saya meminta maaf kepada Y.B. Ronnie Liu dalam kes saman malu beliau ke atas saya. \Ada yang berpendapat tindakan saya memohon maaf kepada Ronnie merupakan tindakan bacul dan akan menjejaskan UMNO.

2. Bagi saya jika kita bersalah kita harus bersedia meminta maaf. Justeru itu saya tidak segan silu untuk merekodkan pengakuan permohonan maaf saya dalam mahkamah.Ini berikutan tujuan asal saya hanyalah mempersoalkan potfolio beliau menjaga Pihak Berkuasa Tempatan kerana terdapat aduan ke atas beliau kerana menghalang penguatkuasa PBT menjalankan tugas.

3. Bagaimanapun kenyataan-kenyataan dalam sidang akhbar tersebut telah membawa tafsiran yang lebih besar apabila akhbar China Press melaporkan seolah-olah Ronnie Liu terbabit dalam aktiviti pelacuran.Atas sebab inilah saya memohon maaf kepada beliau kerana saya tiada bukti atau fakta yang jelas menyatakan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan aktiviti pelacuran. Malahan sehingga kini,Ronnie belum disabitkan atas kesalahan menghalang tugas penguatkuasa. Ini menjadikan laporan akhbar mengenai kenyataan-kenyataan saya sungguhpun ada asas (berasaskan laporan Polis) tidak dapat disahkan sebagai fakta yang benar.

4. Saya dapati ada laporan yang tidak tepat mengenai permohonan maaf saya di Mahkamah Tinggi pagi tadi. Untuk rekod berikut ialah sebahagian teks permohonan maaf saya (dipetik semula dari Malaysiakini.com), ” In the article,I had implied that Liu had obstructed the officers of the Subang Jaya Municipal Council and the police in closing down a hotel in Puchong which I insinuated was a centre for prostitution activities. “I apologise to Liu for further insinuating that he was involved in such activities, which is totally untrue. I deeply regret for causing Liu severe distress as a result of the publication of the said article and hereby retract all statements made against him and apologise unconditionally.

5. Ada yang meminta saya meneruskan perbicaraan dan menyerahkan kepada Mahkamah untuk membuat keputusan, dan orang ramai untuk membuat penilaian. Namun saya berpendapat cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Memohon maaf bukan sahaja memberi ruang hubungan baik sesama Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi juga membuka ruang demokrasi yang lebih matang.

6. Menjadi mangsa kepada banyak tohmahan,tuduhan dan fitnah saya menyedari bahawa memanjangkan isu-isu yang tiada bukti nyata ini hanya memberi kesan yang sangat mendalam kepada ahli keluarga mereka yang terbabit.

7. Dalam keadaan inilah,saya fikir permohonan maaf ini sangat tepat pada masanya.Saya percaya permohonan maaf ini tidak memberi kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana saya bukan lagi pemimpin UMNO negeri.

 8. Apa pun pendapat kita, perbuatan memohon maaf dan mencari penyelesaian dalam pertikaian amat digalakkan dalam agama Islam. Saya berharap perkara ini dilihat dari sudut yang positif. Benarlah pesan orang tua saya, memohon maaf bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan. Malah ia memerlukan kekuatan dan keberanian untuk menjayakannya.



Sahabat bloggers. 

 Ingin saya jelaskan kenyataan saya pada media yg menjadi isu ini bukanlah tidak berasas.ia berasaskan satu laporan polis yg dibuat oleh pegawai penguatkuasa mpsj berhubung dgn tindakan Ronie Liu campurtangan dalam satu operasi menutup hotel chilli dipucong yg beroperasi tanpa lesen. Dalam operasi tersebut 24 wanita warga asing dan 12 lelaki tempatan telah ditahan.ia berlaku pd 3 November 2007 dan mendapat liputan meluas dalam media massa dan eletronik pd 4 November. Sebagai MB pd ketika itu saya juga dimaklumkan secara langsung. Saya setuju memohon maaf kerana bagi saya tidak salahnya kita mohon maaf lebih lebih lagi ia membawa kebaikan kepada kedua dua pihak.saya juga berpandangan tidak ada faedahnya memanjangkan perkara tersebut.saya juga rasa bersyukur kerana isu selesai dgn baik 

(http://www.drkhir.com) 

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, December 07, 2010

PELUANG BUKTIKAN TUDUHAN PEMBANGKANG,SAYA BELI BANGLO RM24JUTA TIDAK BENAR !!!

Jarang ada orang yang gembira apabila di hadapkan ke mahkamah apatah lagi mereka adalah ‘public figure’ .Salah atau tidak kadangkala jatuh nombor dua tetapi yang mereka tak sanggup ‘ mana nak sorok muka’.

Namun, bagi Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang di hadapkan ke mahkamah semalam, disebalik tuduhan pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 Shah Alam, mantan Menteri Besar Selangor itu turut menyatakan rasa gembiranya.

Soal bersalah atau tidak terhadap dakwaan itu,beliau yang juga Adun Sungai Panjang menyerahkan kepada sistem perundangan menentukan.Dr Mohamad Khir yang bebas dengan ikat jamin RM750,000,bagaimanapun menegaskan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam urusan pembelian hartanah dan kediaman itu.Bagaimanapun, yang membuatnya gembira, dakwaan itu akan memberi ruang kepadanya membersihkan nama selepas pembangkang menuduhnya membeli harta tersebut dengan nilai RM24 juta.


laporan dari AGENDA NEWS menyebut Bagi beliau,dengan tuduhan hari semalam adalah jelas bahawa rumahnya bukan bernilai RM24 juta sebagaimana didakwa Adun DAP Sekinchan,Ng Suee Lim.

“Saya gembira kerana sekurang-kurangnya mereka (tuduhan di mahkamah) membersihkan nama saya.Saya fikir orang ramai tahu bahawa rumah saya bukan (menelan kos) RM24 juta,” katanya yang Ketua Pembangkang DUN Selangor ini.

Menurutnya,beliau membeli rumah ini berdasarkan kesediaan pembeli dan kesediaan penjual.

“Pembeli pertama rumah ini membeli rumah ini daripada pembeli terdahulu pada harga RM6.5 juta dan dia menjual kepada saya pada harga RM3.5 juta dan ia dilakukan mengikut undang-undang,” tegas beliau.

Dr Mohamad Khir membeli tanah dan banglo berkenaan daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya,Shamsuddin Hyroni yang turut di dakwa di mahkamah sama semalam.Bercakap kepada pemberita selepas selesai membayar ikat jamin kira-kira jam 3.15 petang,beliau berkata,kes samannya terhadap Suee Lim yang memfitnahnya kononnuya membeli harta tersebut dengan nilai RM24 juta akan diteruskan.

Sebelum ini,Dr Mohamad Khir berkali-kali menafikan dakwaan Adun pembangkang itu termasuk mencabar Suee Lim menjadi broker untuk menjual harta tersebut jika benar bernilai RM24 juta.Dakwaan itu turut jadi bahan pemimpin pakatan rakyat di Selangor menghentam beliau termasuk ketika Sidang Dewan Undangan Negeri.Akhirnya beliau memfailkan saman fitnah terhadap wakil rakyat DAP tersebut.

Sebab itulah,Dr Mohamad Khir menegaskan disebalik tuduhan di mahkamah itu,beliau gembira kerana ini membuktikan harta miliknya itu bukan bernilai RM24 juta seperti dicanang pemimpin pakatan rakyat.Beliau yang mengaku tidak bersalah minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, Dr Mohamad Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Dr Mohamad Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dr Mohamad Khir yang memberitahu akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang DUN Selangor diwakili peguam M.Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.Beliau merupakan Menteri Besar Selangor ke-13, dan memegang jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008.

POST BY WAYNE...

GEMPAR !!! KHIR TOYO KENA TANGKAP !!!


Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi semalam berhubung pembelian tanah di Seksyen 7 Shah Alam di mana beliau bina rumah konsep ala- Bali yang menjadi isu kontroversi tidak lama dahulu.

Beliau ditahan jam 9 pagi semalam dan dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di Plaza Masalam,Shah Alam.Kemudiannya beliau dibawa ke Mahkamah Sesyen jam 11.25 pagi.Dr Khir mengaku tidak bersalah ketika dakwaan dibacakan dihadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.


Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik,suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarah Ditamas,Shamsuddin Hayroni,dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor,di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Jika didapati bersalah beliau menghadapi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM750,000 beserta seorang penjamin.Shamsudin Haryoni yang turut didakwa juga mengaku tidak bersalah.
Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

POST BY WAYNE...
 
 
Blogger Templates