Social Icons

Pages

Tuesday, December 07, 2010

PELUANG BUKTIKAN TUDUHAN PEMBANGKANG,SAYA BELI BANGLO RM24JUTA TIDAK BENAR !!!

Jarang ada orang yang gembira apabila di hadapkan ke mahkamah apatah lagi mereka adalah ‘public figure’ .Salah atau tidak kadangkala jatuh nombor dua tetapi yang mereka tak sanggup ‘ mana nak sorok muka’.

Namun, bagi Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang di hadapkan ke mahkamah semalam, disebalik tuduhan pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 Shah Alam, mantan Menteri Besar Selangor itu turut menyatakan rasa gembiranya.

Soal bersalah atau tidak terhadap dakwaan itu,beliau yang juga Adun Sungai Panjang menyerahkan kepada sistem perundangan menentukan.Dr Mohamad Khir yang bebas dengan ikat jamin RM750,000,bagaimanapun menegaskan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam urusan pembelian hartanah dan kediaman itu.Bagaimanapun, yang membuatnya gembira, dakwaan itu akan memberi ruang kepadanya membersihkan nama selepas pembangkang menuduhnya membeli harta tersebut dengan nilai RM24 juta.


laporan dari AGENDA NEWS menyebut Bagi beliau,dengan tuduhan hari semalam adalah jelas bahawa rumahnya bukan bernilai RM24 juta sebagaimana didakwa Adun DAP Sekinchan,Ng Suee Lim.

“Saya gembira kerana sekurang-kurangnya mereka (tuduhan di mahkamah) membersihkan nama saya.Saya fikir orang ramai tahu bahawa rumah saya bukan (menelan kos) RM24 juta,” katanya yang Ketua Pembangkang DUN Selangor ini.

Menurutnya,beliau membeli rumah ini berdasarkan kesediaan pembeli dan kesediaan penjual.

“Pembeli pertama rumah ini membeli rumah ini daripada pembeli terdahulu pada harga RM6.5 juta dan dia menjual kepada saya pada harga RM3.5 juta dan ia dilakukan mengikut undang-undang,” tegas beliau.

Dr Mohamad Khir membeli tanah dan banglo berkenaan daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya,Shamsuddin Hyroni yang turut di dakwa di mahkamah sama semalam.Bercakap kepada pemberita selepas selesai membayar ikat jamin kira-kira jam 3.15 petang,beliau berkata,kes samannya terhadap Suee Lim yang memfitnahnya kononnuya membeli harta tersebut dengan nilai RM24 juta akan diteruskan.

Sebelum ini,Dr Mohamad Khir berkali-kali menafikan dakwaan Adun pembangkang itu termasuk mencabar Suee Lim menjadi broker untuk menjual harta tersebut jika benar bernilai RM24 juta.Dakwaan itu turut jadi bahan pemimpin pakatan rakyat di Selangor menghentam beliau termasuk ketika Sidang Dewan Undangan Negeri.Akhirnya beliau memfailkan saman fitnah terhadap wakil rakyat DAP tersebut.

Sebab itulah,Dr Mohamad Khir menegaskan disebalik tuduhan di mahkamah itu,beliau gembira kerana ini membuktikan harta miliknya itu bukan bernilai RM24 juta seperti dicanang pemimpin pakatan rakyat.Beliau yang mengaku tidak bersalah minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, Dr Mohamad Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Dr Mohamad Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dr Mohamad Khir yang memberitahu akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang DUN Selangor diwakili peguam M.Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.Beliau merupakan Menteri Besar Selangor ke-13, dan memegang jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008.

POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates