Social Icons

Pages

Wednesday, December 08, 2010

PANAS !!! ANWAR MAIN NEPOTISME !!!

Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai parti pembangkang sebagai pakatan nepotisme sangat tepat kerana sudah jelas kuasa dalam parti-parti berkenaan dikongsi sesama anak-beranak, saudara-mara mahupun orang kepercayaan masing-masing.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim,Anuar Shaari berkata,amalan tersebut manifestasi hipokrasi pembangkang yang sentiasa cuba menutup kepincangan yang berlaku dalam parti mereka.Katanya, melalui amalan itu, pembangkang akan menyuburkan pemerintahan autokrasi kerana pemimpin berkenaan boleh berbuat apa sahaja demi memenuhi kehendak sendiri.Ini termasuk,menyingkirkan mereka yang tidak sebulu atau sependapat dengan tampuk pemerintahan parti berkenaan.

"Benarlah seperti dikata Perdana Menteri kerana yang berkuasa dalam parti tanpa segan silu berkempen mahukan anak atau saudara mereka menganggotai jawatan tertinggi parti Dan suara ahli yang bukan daripada kelompok anak beranak ini akan dipinggirkan dalam parti tertentu," katanya

laporan dari UTUSAN menyebut Najib pada ucapan dasarnya di Konvensyen Barisan Nasional (BN) menyifatkan parti pembangkang sebagai pakatan nepotisme kerana dilihat sebagai parti 'Anak Beranak Sendiri Berhad.'Anuar berkata,sejak kebelakangan ini amat jelas parti pembangkang semakin mengutamakan kronisme dan nepotisme demi kepentingan diri sehingga sanggup mengetepikan pandangan ahli yang ikhlas mahu berpegang teguh dengan dasar parti.

Sementara itu,bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhamad Zahid Md. Arip berkata, amalan nepotisme memang jelas berleluasa khususnya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak awal penubuhannya.Malah,tegasnya,penasihat parti itu,Anwar Ibrahim telah menyusun pentadbiran parti tersebut mengikut acuannya dengan memilih individu tertentu mengisi jawatan-jawatan penting dalam parti tersebut.Ini termasuk,melantik isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti tersebut selain anaknya, Nurul Izzah dan orang kepercayaannya seperti Azmin Ali.

"Dialah pengamal dan bapa kepada nepotisme di negara ini. Orang yang dia tidak suka mesti dihapuskan tidak kisah dalam apa juga caranya.Beliau hanya memastikan mereka mengikut telunjuknya sahaja diberi jawatan. Sebab itu kita lihat pejuang lama dalam PKR, mereka ini dipinggirkan," katanya.

Menurut Muhamad Zahid,Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kuasanya tidak tergugat.Malah,matlamat pemimpin di sekeliling Anwar juga, tegasnya, mahu bertanding pada pilihan raya semata-mata untuk memastikan undi memihak kepada Anwar bagi membolehkannya mencapai impian bergelar pemerintah negara.

"Anwar sanggup menjadikan Wan Azizah sebagai presiden boneka dan Wan Azizah sendiri sanggup demi suaminya. Beliau beruntung kerana mendapat anugerah seorang isteri yang taat membabi buta seperti Wan Azizah," katanya.

Menurut Muhamad Zahid,biarpun ramai yang sedar permainan kotor penasihat parti itu malah ada yang menyatakan bantahan secara terang-terangan namun kebanyakannya malu untuk mengakui dan kembali ke pangkal jalan menyebabkan mereka terus terbelenggu dengan janji manis Anwar.

"Mereka ini semuanya belum mendapat taufik dan hidayah dari Allah," tambahnya.

POST BY WAYNE...

2 comments:

Megat Alam Gempita said...

Salam bro's BPN

Jangan tertipu, sekarang Anwar dilihat galak dengan jawatan Perdana Menteri namun itu hanya helah politik beliau kerana agenda sebenarnya beliau akan dilantik DAP menjadi Presiden Republik Malaysia yang pertama dengan menghapuskan kuasa kesultanan Melayu. Usaha ini bakal dilakukan dalam masa 100 hari jika Fuckatan menguasai majoriti 2/3 Parlimen selepas PRU 13.
Dalang disebalik agenda bahaya ini adalah DAPig bersaudara; LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG, NGEH KO HAM, NGA KOR MING dan beberapa harbi lain. Manakala syarikat guaman Karpal Singh and co melalui Gobind Singh telah ditugaskan merangka PERLEMBAGAAN BARU Republik Malaysia yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari Fuckatan mengambil alih negara.
Jawatan Timbalan Presiden dipegang oleh LIM KIT SIANG dan jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 dipegang NGEH KO HAM selain jawatan Timbalan Menteri Kewangan II - NGA KOR MING
Adakah mereka berani menafikannya???!!!

Anonymous said...

salam,

terima kasih kerana melawat blog saya, dan seperti yang sdr sebut, saya sudah pun senaraikan blog sdr di dalam TOP POST saya.

semoga kita dapat bekerjassama untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

 
 
Blogger Templates