Rancangan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan yang kini dipolitikkan oleh pakatan pembangkang, sebenarnya telah dibuat pada 1991 dan mendapat kelulusan pada 1995 iaitu ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip mendakwa,Anwar mengetahui perkara tersebut kerana sebagai menteri berkenaan,beliau bertanggungjawab meluluskan pembelian kapal selam berkenaan ketika itu.
"Segala-galanya telah dibentangkan di Parlimen pada persidangan yang lalu tentang perjanjian pembelian Scorpene.Rupa-rupanya rancangan hendak beli kapal selam dibuat sejak 1991.Pada 1995, Kementerian Kewangan meluluskan proses pembelian kapal selam dengan harga yang ditetapkan.
"Siapa Menteri Kewangan ketika itu? Anwar Ibrahim. Dia lulus waktu itu, dia yang beri kelulusan dan tangan dia yang tandatangan dokumen kelulusan. Hari ini, dia mengelirukan rakyat dengan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima komisen," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Rapat Umum Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Dewan Datuk Ahmad Said, Kampung Sungai Rokam.Dalam ceramah itu, Muhammad Zahid turut meminta rakyat tidak terpengaruh dengan janji-janji manis Anwar termasuk menghapuskan tol, hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menurunkan harga minyak.Katanya,semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dahulu,Anwar menolak desakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) agar kadar faedah pinjaman PTPTN sebanyak empat peratus dikurangkan.
"Mana ayat dia dahulu adat berhutang mesti bayar ??? Sebab hendak gula-gulakan rakyat,dia buat janji macam ini. Zaman Najib, peminjam PTPTN hanya dikenakan kadar faedah satu peratus dan kalau pandai belajar, mereka tidak perlu bayar. Ini untuk menggalakkan anak-anak kita belajar," ujarnya.Dalam pada itu, beliau berkata, orang Melayu dan Islam tidak ada pilihan melainkan menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti jika mahu kedudukan Islam dan hak keistimewaan orang Melayu tidak digugat.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment