Social Icons

Pages

Saturday, October 06, 2012

ISU DANA ASING !!! KERAJAAN WAJIB BENTANG KERTAS PUTIH DI PARLIMEN !!!


Pendedahan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang Suaram telah menerima sejumlah dana asing sehingga RM100 juta dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sangat memeranjatkan rakyat.GAPS yakin penyaluran dana asing ini adalah bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang telah dipilih secara demokrasi.Ia merupakan satu perkara yang sangat serius yang boleh mengancam kedudukan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di negara ini.Ancaman penderhakaan kepada negara ini disebut dalam perkara 149 Perlembagaan Persekutuan iaitu membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang diPertuan Agong atau kerajaan dalam persekutuan serta usaha untuk mendapatkan perubahan secara tidak sah.GAPS yakin JMM mempunyai bukti yang kukuh sehingga boleh mengaitkan Suaram membawa masuk sejumlah wang yang sangat besar yang dibiayai oleh anasir subversif asing. 

Selain itu syarikat-syarikat dan individu yang menggunakan topeng NGO untuk melaksanakan kepentingan agenda asing ini juga wajar didedahkan kepada rakyat. NGO-NGO dan parti-parti politik yang mendapat tajaan dana asing juga wajib diumumkan. Selain dari pihak Polis, Pendaftar Syarikat dan Bank Negara yang sudah terlibat menyiasat perkara ini, GAPS juga mencadangkan Jabatan Imegresen, Suruhanjaya Sekuriti dan Jabatan Audit Negara serta lain-lain agensi yang berkaitan juga wajar menyiasat menyaluran masuk dana asing yang berniat jahat ini. Oleh yang demikian GAPS mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat secara penyeluruh pengaliran masuk dana asing yang mempunyai niat jahat yang mahu menghancurkan sistem pemerintahan demokrasi negara sekali gus menghuru-harakan keamanan dan ketenteraman awam,kesejahteraan dan keharmonian rakyat serta kemakmuran ekonomi negara ini. 

Kerajaan juga wajib membentang lapuran suruhanjaya ini di Parlimen sebagai Kertas Putih mengenai usaha terancang campur tangan asing untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam sistem pemerintahan demokrasi dinegara ini. Mereka yang terlibat menjadi agen dan talibarut anasir asing ini wajar dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.Tiada kompromi kepada mereka yang menjadi penderhaka kepada negara Malaysia yang merdeka. 

Hamidzun Khairuddin Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) 
5 Okt 2012 Shah Alam.

2 comments:

Atoqjay said...

kertas Putih mmng patut dibuat & antara sbb nya:-
1) Klu dah menteri KDN pun boleh dan sanggup buat statement paling bodoh pernah terpancul dari bulut besar dia smlm...(..."kami belum mengambil apa-apa tindakan lagi...") siapa lagi nak kita tunggu ambil tindakan?

2) Bukan ke BNM & Suruhanjaya Sekuriti tu dibawah MoF? Habistu... Apa psl tak boleh pantau seawal yg boleh...
(jgn salah kan dia org dik pandai sembunyi & sorok bawak masuk duit... Kakitangan, pegawai atasan dan waima menteri sekali pun ternyata tak gheti dan tak bijak dlm melaksana tugasan... Dasar "takde diambil tindakan dik sbb takde aduan dibuat.." adalah dasar yg dah trlalu lapok....)

3) nak tunggu smpi kuasa pilihan rakyat memeilih secara sah diperbodohkan dan di gulingkan oleh setiap anggota dan tali barut SUARAM ke baru tindakan nak dibuat..???

4) menteri KDN sering kali gagal utk menunjukkan pada rakyat bahawa tindak tanduk kementeriannya sentiasa Tak Cekap, Tak Berani dan Tak Telus (T3CBT).

Justeru kertas putih satu-satunya jalan dan cara sopan dan bertamaddun utk tangani isu sebegini...jika KDN tak mahu lihat demo jalanan bermaharaja-lela kebelakangan ini dan semasa KDN dilepalai oleh org yg LEMBEK, GEMBENG, TEMBEL (LGT)

KECUALi JIKA SEMUA FAKTA DAN TEGURAN TAK MAHU DITERIMA...MAKA TINGGAL HANYA ADA SATU LAGI CARA NAK ATASINYA,... Dan ia bukan satu Rahsia....111

Ghazali said...

Saya menyokong penuh cadangan pembentangan kertas putih ini kerana semua pihak perlu dimaklumkan dan disedarkan tentang penerimaan dana sebegini oleh kumpulan yang masih lagi berpendapat..."matlamat boleh menghalalkan cara..."

Dalam apa keadaan sekalipun.... Islam tidak pernah menganjurkan umatnya bertindak demikian...

 
 
Blogger Templates