saya baru sahaja membaca buku karya Anas Alam Faizil.Ternyata beliau sememangnya berbakat dalam dunia penulisan,terutamanya penulisan kreatif.Buku yang bertajuk “Rich Malaysia & Poor Malaysian” itu didatangkan dalam dua bahasa.Untuk Bahasa Melayu ia bernilai RM 20.00,manakala untuk Bahasa Inggeris ianya bernilai RM 23.00.terima kasih kepada yang postkan buku itu kepada saya ke Washington DC,dapat lah saya membaca buku ini.saya pun nak lihat isi kandungan dalam buku ini.tapi,kenapa Bahasa Melayu lebih murah dari Bahasa Inggeris ??? Jangan tanya saya,tanya Anas Alam Faizil.Kata-kata penghantar yang ditulis oleh Nurul Izzah Anwar Ibrahim dan Syed Husin Ali (kedua-duanya tokoh gerakkan Reformasi) telah menyebabkan saya bernostalgia tentang perjuangan.Ya,teringat semula bagaimana zaman 1998 dan laungan reformasi yang bergema di seluruh pelusuk Malaysia.Namun,realiti menerjah semula apabila,laungan reformasi itu disentak kuat oleh patriotisma sebenar yang dibawakan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad.
Pada ketika itu,Komanwel sedang berlangsung dan laungan Reformasi telah terbenam dengan sorakan “Malaysia Boleh” dan lagu nyanyian Ella “Standing In The Eyes of The World”.Di tambah lagi dengan imej seorang peninju negara (Sapok Biki) yang menggigit pingat Emas sambil memegang gambar Tun.Dalam keheningan menyelak muka surat kata penghantar,satu demi satu perkataan retorik dan pujian-pujian meninggi kepada Anas diberikan oleh kedua-dua tokoh ini.Seperti biasa Nurul Izzah akan menekankan perkataan seperti RAKYAT,EKONOMI,KEZALIMAN dan sebagainya untuk menarik emosi pembaca.Manakala,Syed Husin Ali pula menjadi dirinya yang sosialis sentiasa menganggap ini satu perkhabaran penting yang perlu dilontarkan ke gegendang telinga para marhaein supaya terus menggigit tangan yang selama ini membantu mereka yang susah.
Siapa Anas Alam Faizil ???
Dalam biografi pendek beliau di pendahuluan buku itu,diceritakan bahawa Anas Alam Faizil ini merupakan seorang pelajar pintar yang berasal dari keluarga sederhana.Sejurus mengakhiri pembelajaran di universiti beliau telah dipinang oleh Syarikat Petroleum Nasional Berhad atau Petronas.Wah !!! Untungnya hidup seperti beliau.Sudah habis kerja terus dapat masuk Petronas dan bekerja bukan sebagai kuli tetapi terus bertaraf pegawai.Setelah lama di Petronas,beliau kini terus berjaya dalam hidup dan bekerja sebagai pegawai besar di Talisman (juga sebuah syarikat minyak dan gas).Syabas kepada Anas Alam Faizil sebagai seorang anak Melayu yang telah berjaya mendapat tempat di gelanggang korporat hasil daripada kebaikkan DEB dan produk-produk kerajaan yang lain untuk memastikan Melayu masih berdaya saing di pentas dunia.Dalam kehidupan beliau selama beberapa tahun ini,saya ingin juga bertanya kepadanya,mana tahu beliau baca artikel ini.Sudah berapa lama beliau tidak jalan kaki atau menaiki LRT untuk berjalan-jalan di Kuala Lumpur.Atau,pernahkah beliau merasakan belajar tanpa apa-apa bantuan ??? Apa hak Anas Alam Faizil untuk berbicara tentang kemiskinan di Malaysia sedangkan beliau sendiri sudah tidak ingat kesusahan dan kepayahan hidup yang perlu ditanggung sesetengah rakyat Malaysia.
Betulkah Rakyat Malaysia Miskin ???
Secara peribadi penulis merasakan bahawa Malaysia adalah bumi yang amat bertuah jika ingin dibandingkan dengan mana-mana negara di sekitarnya.Malah jika hidup di negara seperti Singapura yang kononya terlebih maju pun Malaysia tetap menang dari sudut kebahagiaan yang dirasai oleh para penduduknya.Lihat sahaja para pendatang asing yang terus menerus datang ke negara ini.10 tahun dahulu mereka hanya pekerja mengangkat barang, kini mereka telah menjadi peniaga berjaya.Bukan sedikit rakyat Indonesia,Pakistan,Bangladesh dan banyak lagi rakyat negara asing yang telah menjadi kaya raya di negara ini.Kenapa kita tidak melihat dari sudut itu ??? Adakah rakyat Malaysia miskin sebab tiada peluang, ataupun sesetengah rakyat Malaysia yang sudah terbiasa dan hidup selesa dengan keadaan seperti sedia ada.Adalah satu dosa besar bagi seorang rakyat Malaysia untuk memfitnah negara dan bangsanya sendiri dengan mengatakan bahawa rakyat negara ini MISKIN kerana kerajaannya.Ini kerana kemiskinan di Malaysia sering disalah tafsir dengan kurangnya keinginan untuk maju dan berdaya saing.Sebagai rakyat Malaysia,kita telah disajikan dengan pelbagai bantuan terutamanya dalam bidang keusahawanan.Namun berapa ramai rakyat terutamanya yang berstatus bumiputera telah menggunakan sebaik mungkin bantuan-bantuan ini ???
Istilah kemiskinan juga perlu diperbetulkan dan dinilai seadil-adilnya,ini kerana kemiskinan di bandar dan kemiskinan di kampung juga memerlukan pentakrifan berbeza.Kita tidak boleh samakan keadaan di bandar atau di kampung.Jika di dalam hutan pula, orang asli yang tidak mempunyai harta material tidak boleh dikatakan sebagai miskin,kerana kekayaan yang mereka tafsirkan adalah amat berbeza dengan orang seperti kita yang pagi petang kerjanya menghadap komputer,telefon pintar dan mengharungi kesesakkan lalulintas setiap hari.Perkara ini tidak dinyatakan di dalam buku atau mana-mana artikel Anas Alam Faizil.Jika kita ingin menggelarkan kerakusan sesuatu pihak,kita perlu membuktikannya dengan menunjukkan fakta yang betul.Perbandingan yang ada hendaklah adil dan tidak berat sebelah.Kita tidak boleh membuat pertandingan lumba lari antara kuda dan ikan paus diatas jalan raya.Sudah tentu lah kuda yang akan menang.
Anas dan Petronas
saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya nukilan Anas Alam Faizil tentang Petronas.Sebuah syarikat yang pernah mengambil beliau bekerja dan menjadi tapak untuk beliau bergerak maju di dalam dunia perdagangan.Mungkin ya dan mungkin tidak,namun persoalannya,sekiranya Petronas benar-benar melakukan semua perkara yang telah ditulis oleh Anas,apakah beliau tidak berupaya untuk membuat satu aduan kepada pihak polis ataupun kepada SPRM tentang perkara tersebut.Adakah sekadar menulisnya di dalam esei-esei tertentu,Anas telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang manusia yang “suci dan mulia”.Tak usah berkata bahawa tiada tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa.Sejak merdeka pada tahun 1957,sudah beribu penyelewengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang telah dibawa kemuka pengadilan.Sekiranya penyelewengan benar-benar berlaku di dalam Petronas, apakah Anas hanya berdiam diri semasa di dalam dan hanya “bising” apabila telah keluar dari syarikat gergasi milik Malaysia tersebut ??? Dimana perginya tanggungjawab beliau sebagai “pejuang & pembela” rakyat Malaysia ???
Sindrom Anwar Ibrahim
Nampaknya Anas Alam Faizil telah terkesima dek penangan sindrom Anwar Ibrahim.Sindrom Anwar Ibrahim (SAI) ini biasanya menjangkiti mereka yang berkuasa di dalam sesuatu organisasi.Semasa di dalam organisasi tertentu,para pesakit SAI akan menjadi pak turut dan patuh kepada semua arahan.Selepas dibuang atau berpindah ke tempat lain,barulah para pesakit SAI ini menonjolkan diri mereka dengan menuduh ini dan itu kepada organisasi milik kerajaan Malaysia tersebut.Adalah tidak bertanggungjawab bagi seorang manusia yang berjawatan untuk menghina satu organisasi yang pernah mengangkat mereka. “From Zero to Hero” namun akhirnya bagai anjing yang tak mengenang budi,mereka terus mengigit orang yang telah memberikan mereka permulaan yang baik.
Kesimpulannya,siapakah sebenarnya yang miskin di Malaysia ??? Adakah kemiskinan itu disebabkan ke”kejam”an kerajaan.Ataupun ia disebabkan oleh kehadiran rakyat dan individu yang tidak pernah bersyukur dalam menikmati pemberi Tuhan kepada mereka.Maka ditentanglah orang yang pernah membantu mereka untuk berjaya,hanya kerana hajat tak sampai dan hati yang tidak pernah puas dengan dunia.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
15 comments:
Siapa Anas Alam Faizil .. ??
tu la orang yang duk bercita2 nak jadi menantu PM Malaysia ke-7
apa2 pun selamat Berjaya diucapkan memandangkan .... hei barang baik ... hei barang baik
Anon 8: 18 ,
Aku tak faham ' hei barang baik...hei barang baik. Tolong bagi pencerahan..please
Walau apa pun, my advise is take care of your cute asshole Mr Universe. Somebody is watching you
Dia ada idea yang bernas cuma lebih sesuai saluran penyampaian melalui saluran yang lebih sesuai bukan politik pembangkang. Kami suami isteri kenal dia dan bekas isterinya... dia graduate in it bukan engineer... too much politicking
barang baik... BATANG BAIK,,... LUBANG PUN BAIK....
BARANG BAIKKKKKKK
Tajuk buku patut "Rich Malay Gays and Its Poor Malays Slaves" atau "Rich Chinese and Poor Malays and other races"....
SIAPA SI ANAL NI? TAK KENAL PUN..!
Biasalah orang Melayu berpelajaran tinggi buta sejarah dan takut berdepan dengan realiti. Tanpa Petronas siapa lah Anas Alam sekarang. Bila sudah berjaya dah pandai menunding jari kearah orang lain yg serba serbi tidak betul. Saya mempunyai anak berkerja dengan Petronas PMU tetapi fahaman politik PAS. Sebab apa masuk PAS kerana kerajaan melakukan rasuah. Nah sekarang sudah menjadi Pegawai berjawatan dan teruskan semanagat membenteras rasuah diPetronas.
Kalau Anas Alam berani memberi faktor untuk mengheret perasuah Petronas ke muka MACC. Kalau niat beliua ikhlas sudah pasti menyerahkan faktor kepada MACC. Usah menhina negara kalau kita tidak tahu susah senang orang lain.
Barang baek. . .tengok kulit memang baek isi tak tau ar.
Ini satu post panjang yang guna kenyataan dangkal dan bodoh. Tak ada hujah untuk menentang Anas langsung. Anas pun tak pandang post2 macam ni.
no facts from stupid balaci macai UMNO..as usual
Dia ni skandal izzah sekarang ni. Seorang playboy, selalu gebang dgn kawan2 pasal sexual conquest dia, tapi kat facebook suka boh post2 agama. Izzah ni termakan nasi kangkang ka atau memang perangai buruk. Dah dapat suami baik tetap mahu si playboy. Memang izzah tak layak lah bersuamikan org baik. Bagus la ko nak kat mamat ni. Katanya izzah berjanji dgn anwar tak berkahwin dgn mamat ni dalam masa 3 tahun, tunggu lepas next pilihanraya. Maklumlah politician... No respect to this family. Sorry aku org PR tapi sudah muak dgn keluarga ni especially bila dapat tahu siapa izzah sebenar. Gambar-gambar semua ada, emails pon ada.... Dia ni taktau datang dari mana (upahan umno??) tapi cita2 dia memang tinggi. Sanggup ceraikan isteri...dan izzah ceraikan suami. Padan lah dua ekor ni
Classmate dia ni kat UTM dulu. Dia ni student computer science kat UTM skudai dulu. Masuk petronas & talisman bahagian mana ye? maybe bahagian IT la kot, tak mungkin jadi engineer o&g. Tak pasti la dia biasa naik bas & lrt atau tak. Pasal masa study dulu dia ni mmg yg kami tau anak org berada, dari first sem atau second sem dah pakai kereta Ke kelas.
Satu hari. Kalau kena dgn org betul kacau keluarga betul. Akan ke longkang juga dia ni.. Jgn suka2 bagi busniness card kau dgn semuaaa perempuan lu fikir lu satu orh saja ada duit ka? Aku harap aku boleh jumpa dia ni depan2..
Kesiannya aku tgk lelaki sangap mcm ni.. oi tahi.. Tu nama betul aku. Kalau x puas hati dgn aku email aku boleh jumpa kau anytime.
Post a Comment