dalam kenyataan dalam akhbar,The Daily Telegraph di London,Anwar mendakwa Malaysia telah menyembunyikan maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370.Ekoran itu,Menteri Pertahanan,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lantas menjawab, kenyataan tersebut seolah-olah menuduh kesemua 26 negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 8 Mac lalu turut menyorokkan maklumat sebenar.Bidas beliau yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan,dakwaan berkenaan tidak masuk akal,sempit fikiran dan sepatutnya dia berpijak di bumi nyata.Hishamuddin turut menyindir,yang nyatanya pencarian jam Omega sampai ke hari ini tidak berhasil.Kata beliau lagi,kalau hendak berpolitik ada had batasannya.Tergamakkah kita mengambil kesempatan politik dalam keadaan nyawa penumpang dalam pesawat itu masih tidak menentu?
Tergamakkah kita berpecah-belah dalam dunia sekarang telah bersatu untuk melakukan sesuatu yang baik ???
Dalam pada itu saya pun tidak mudah hendak percaya kenyataan Chin Yi,bekas penggubal undang-undang parti pemerintah Taiwan yang mendakwa Ketua Umum PKR itu adalah dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370.Anwar sepatutnya menyaman Chin Yi kerana ia adalah tuduhan yang berat.Sejak kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang lagi Anwar dan isterinya,Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengambil pendirian berbeza terhadap isu MH370 ini. Meskipun rakyat umumnya memperlihatkan sokongan yang tinggi kepada usaha kerajaan ini namun Anwar tidak mengambil sikap sedemikian.Tidak cukup dengan sindiran dan perlian dibuat di media Malaysia, Anwar melakukan hal yang sama di luar negara.Media asing diketahui cuba memutarbelitkan kenyataan yang sebenar dan melakukan sensasi dan provokasi dan meremehkan usaha yang berlaku walaupun melibatkan kuasa-kuasa Britain,Amerika Syarikat (AS),Jepun,Cina dan Australia dengan segala peralatan dan aset yang canggih.Hubungan Anwar dengan pihak-pihak luar adalah sesuatu yang nyata dan tidak boleh disembunyikan lagi.Kunjungan Anwar ke London atas undangan Al Gore,untuk bermesyuarat dengan kumpulan Generations dan pasukan akademik pendidikan tinggi Universiti Cambridge. Al Gore melantik Anwar sebagai salah seorang Ahli Lembaga Penasihat Generations,bersama-sama Simon Zadek,James Wolfenshoun dan Marry Robinson.
Al Gore pernah melawat Malaysia waktu di puncak reformasi 1998 dan menyatakan sokongannya kepada perjuangan Anwar.
Apa yang sedang dilakukan oleh Malaysia dan 26 negara lain di dunia menggunakan peralatan canggih dalam bidang pengesanan dan menyelamat pesawat dianggap perkara remeh.Sebagai bekas Menteri Kabinet kanan, Anwar patutnya memahami pengurusan krisis.Krisis kewangan yang berlaku pada 1997 umpamanya, Anwar cuba mengambil strategi ekonomi dan kewangan tetapi akhirnya merujuk kepada pedoman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia juga.Mujur Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai kemampuan mengurus ekonomi dan kewangan negara menyebabkan maruah negara dapat diselamatkan. Kalau diserahkan kepada Anwar kita tahu apa yang akan terjadi.Pendukung Anwar masih tidak nampak mengapa Anwar merujuk kepada pemimpin dan media Barat untuk menyatakan kritiknya terhadap Malaysia.Anwar yang pernah terkenal sebagai pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang memperjuangkan Islam tiba-tiba bertukar menjadi Barat dan media yang dikritiknya suatu ketika dulu sebagai teman mendapatkan sokongan dan perlindungan.
Mustahil tidak ada sedikit pun saki-baki patriotisme atau kewatanan pada diri Anwar terhadap Malaysia. Semua dilihat oleh Anwar sebagai negatif.Sewaktu dalam UMNO pihak pembangkang menjadi sumber kecaman Anwar terutama Pas.Apabila menjadi pembangkang UMNO disalahkannya dalam semua perkara yang terjadi.Semasa dalam kerajaan dulu Anwar pemimpin unggul yang mempertahankan Dr. Mahathir. Bila tidak bersama dengan kerajaan,Dr. Mahathir menjadi sumber kecamannya sehingga kini.
Itulah Anwar Ibrahim !!!
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
Betul ke H2O sebut pasal Omega? Tabik spring kalau betul.
JAM OMEGA? U TANYA I SAMAN. ITU KES LIBATKAN DIA. KOTAK HITAM TAK DAPAT DIKESAN SELAMA 30 HARI ANUAR HEBOH \ SEANTERO DUNIA. LIBATKAN CNN / DAILY TERLEGRAPH LAH... TAPI "JAM OMEGA" DIA "HILANG" MENGAPA TAK JUMPA CNN DAN MEDIA BARAT? TAKUT KUUUUUUTTTTTTT?
Bullshit al jub.
Post a Comment