Ketika Malaysia sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari MH370,media asing begitu galak memainkan spekulasi dan mencipta berbagai teori untuk menaikkan ‘rating’ masing-masing.Hari demi hari berlalu,media asing ini kelihatan semakin ‘prihatin’ terhadap kerajaan Malaysia berbanding penumpang dan krew pesawat tersebut.Ketika mereka berusaha untuk melaporkan sesuatu yang tidak wujud,mereka memastikan yang ianya disimpulkan kepada satu persoalan iaitu,kredibiliti kerajaan Malaysia.Bagi media asing,ia bukannya berkenaan apakah yang terjadi kepada pesawat tersebut tetapi berkenaan hubungan Malaysia-China.Ia bukan berkenaan MH370 langsung tetapi tentang apakah Malaysia mampu berdiri dengan sendirinya sebagai sebuah negara berdaulat.Jelas,MH370 hanyalah satu permainan bagi media asing.Bagi memahami permainan ini,kita harus terlebih dahulu memahami pemain-pemainnya.
Pada tahun 1983,90% daripada media Amerika dimiliki oleh lebih 50 syarikat.Bagaimanapun,pada tahun 2011,90% daripada media Amerika dikawal oleh hanya 6 syarikat seperti berikut :
1. NEWSCORP : Fox,WSJ,The New York Post etc..
2. TIME WARNER : CNN,HBO,Time,Warner Bros etc..
3. CBS : Showtime,Smithsonian Channel,NFL,Jeopardy,60 Min. etc..
4. GENERAL ELECTRIC : Comcast,NBC,Universal Pictures, Focus Features etc..
5. DISNEY : ABC, ESPN, Pixar, Miramax,Marvel Studios etc..
6. VIACOM : MTV,Nick Jr.,BET,CMT,Paramount Pictures etc..
Kita tahu bahawa pada dasarnya,sesiapa yang menguasai maklumat,menguasai dunia dan sesiapa yang mengawal media,mengawal pemikiran manusia.Jadi,siapakah yang mengawal media-media di dunia ??? Terdapat 7 orang Yahudi Amerika yang mengawal majoriti rangkaian televisyen,akhbar,industri perfileman Hollywood,industri percetakan buku-buku dan juga industri rakaman.Kebanyakan industri ini pula bergabung di bawa konglomerat media yang diterajui oleh :
1. Gerald Levin,CEO and Director of AOL Time Warner
2. Michael Eisner, Chairman and CEO of the Walt Disney Company
3. Edgar Bronfman, Sr., Chairman of Seagram Company Ltd
4. Edgar Bronfman, Jr, President and CEO of Seagram Company Ltd and head of Universal Studios
5. Sumner Redstone,Chairman and CEO of Viacom, Inc
6. Dennis Dammerman,Vice Chairman of General Electric
7. Peter Chernin, President and Co-COO of News Corporation Limited
(Source: John Whitley – http://www.rense.com/general44/sevenjewishamericans.htm)
Pendapatan konglomerat ini mampu mencapai sehingga USD300 billion yang mana cukup untuk ‘membeli’ sebuah negara kecil.Jika kita melihat lebih jauh,kita akan memahami kaitan antara konglomerat media ini dengan bagaimana mereka membantu Amerika atau lebih tepat,pihak Neo-Conservative untuk menguasai dunia.Untuk itu,media asing sering mengabaikan isu sebenar tetapi gemar menyemarakkan isu panas untuk membakar isu-isu politik yang membawa agenda tertentu di negara-negara sasaran.Modus Operandinya sama saja iaitu jika mereka tidak mampu membuat rakyat negara itu percaya kepada mereka, maka mereka akan mengelirukan fakta.
Kebanyakan kerajaan yang telah berjaya dijatuhkan oleh pihak Neo-Con ini mendapati rakyat mereka tidak mampu membezakan mana yang benar dan mana yang tidak, sehingga akhirnya memilih untuk mempercayai penipuan media asing.
Satu rangkaian berita mungkin tidak mampu menggerakkan satu kumpulan yang besar,tetapi dengan beratus-ratus rangkaian dengan berjuta penonton dan pembaca di seluruh dunia,media asing mampu membuat manusia percaya kepada berita yang paling mengarut sekali pun.
Ditambah lagi dengan pembikinan filem,program TV dan juga muzik sebagai makanan sampingan minda, media ini mampu membuat umat Islam dilihat sebagai pengganas,malah mampu membuat umat Islam sendiri percaya bahawa Islam adalah berkenaan keganasan.
Media asing ini kini secara bersepadu menyerang Malaysia melalui modus operandi yang sama iaitu memanipulasi berita mengenai MH370.Setiap hari mereka cuba membuatkan Malaysia kelihatan lemah dan tidak berupaya.Mereka tidak menuding jari kepada teknologi Satelit Amerika yang tidak berguna, atau aset negara itu yang ternyata tidak secanggih mana tetapi sengaja menyalahkan kerajaan Malaysia yang begitu merendah diri dan ikhlas hanya ingin mencari pesawat tersebut secepat mungkin.Mereka cuba melagakan China dengan Malaysia serta rakyat dengan kerajaan.
Di masa yang sama,mereka cuba menggambarkan Malaysia sebagai berpotensi menjadi tempat melahirkan pengganas.Kesemua gambaran buruk ini direka bagi menyediakan alasan awal untuk campurtangan asing, apabila tiba masanya.Jika ada sesuatu yang positif dari apa yang berlaku pada MH370,maka ia telah membantu mendedahkan permainan media asing ini,bersama dengan pemain dan pemain simpanannya sekali gus.Kita dapat melihat kini media manakah atau politikus manakah atau parti politik manakah yang sedang membantu pihak asing untuk menghancurkan kita.Melalui pendedahan ini,diharap kita mampu menyelamatkan Malaysia iaitu dengan dengan mengkaji maklumat yang diterima serta tidak mempercayai kesemuanya yang disampaikan oleh media.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
gua cilok bro, tq
Post a Comment