Social Icons

Pages

Monday, November 05, 2012

HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DI NEGERI SEMBILAN TERSEBAR !!!


Para pecacai Pakatan Rakyat begitu seronok dengan kehadiran ribuan orang di Taman Seremban Jaya untuk ‘memeriahkan’ Himpunan Kebangkitan Rakyat mewakili empat puak yang disimbolkan dengan warna iaitu oren untuk ANAK,kuning untuk BERSIH,merah untuk ROYALTI dan hijau untuk ANTI-LYNAS.Kata mereka,hujan lebat pada awal penganjuran program berkenaan,tidak mematahkan semangat para hadirin yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk hadir.

Menariknya ada yang mengatakan sehingga jam 10:00 malam,jumlah yang hadir adalah seramai 30,000 orang! Bayangkanlah, sebuah padang berkeluasan sebegitu rupa boleh menempatkan 30,000 orang…barangkali mereka semua terpaksa duduk berpangku riba bagi mewujudkan angka berkenaan.Ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam program berkenaan dan sudah tentulah Anwar Ibrahim tidak terkecuali daripada program sebegitu rupa.Malah,bas,treler dan kereta mewah yang menggunakan keseluruhannya duit rakyat Selangor, yang dinamakan sebagai kenderaan Jelajah Merdeka Rakyat,turut dipamerkan dan dijadikan sebagai kenderaan yang menjadi simbol kepada keserakahan nafsu Anwar Ibrahim.



Kehadiran sebegitu ramai orang sebenarnya tidaklah sehebat pada tahun 1998 dan 1999 yang meyakinkan Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Tun Dr. Mahathir pada waktu itu akan jatuh dengan mudah.Bagaimanapun,apabila keputusan pilihanraya pada 1999,Anwar Ibrahim ternyata kecewa kerana sokongan yang jumlahnya puluhan ribu sewaktu dia tampil berkempen,tidak banyak membantu keputusannya pun.Dan menariknya,keadaan di Himpunan Kebangkitan Rakyat itu juga hampir sama pada tahun 1998-1999 dengan kehadiran paling ramai dan majoriti tetap adalah orang Melayu yang mewakili PAS dan PKR.Manakala kaum Cina dan India dari DAP, tidaklah begitu ramai kecuali mereka yang menggunakan himpunan seperti itu untuk berkempen.Keadaan yang hampir sama dengan apa yang berlaku pada tahun 1998 dan 1999 dahulu!

Bagi generasi baru yang tidak pernah tahu atau ambil tahu tentang peristiwa yang berlaku pada tahun 1998-1999 dahulu, jumlah yang mereka lihat di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban itu sebenarnya jauh lebih kecil dan kurang memberangsangkan.Dan keadaan yang sama juga berlaku dengan ‘amaran awal’ yang kemudian ditukarkan dan dikatakan sebagai ‘rahmat Allah Taala’. Program yang sepatutnya bermula pada jam 3:00 petang itu terpaksa ditunda apabila hujan lebat yang disusuli dengan ribut petir serta angin keras,melanda kawasan berkenaan.Ramai yang bertempiaran dan mencari tempat perlindungan.Manakala golongan peniaga yang membuka gerai awal,mengalami kerugian apabila kebanyakan barangan jualan mereka basah lencun dan rosak.


Agak aneh melihatkan bagaimana golongan yang menjadi mesin propaganda Anwar Ibrahim boleh berbangga dan beranggapan bahawa apa yang berlaku pada sebelah petang semalam sebagai rahmat Allah Taala untuk perhimpunan berkenaan.Mereka langsung tidak menunjukkan perasaan takut dan gementar dengan ancaman yang didatangkan.Sebaliknya mereka mencabar Allah Taala agar menurunkan bala yang lebih besar seperti yang berlaku kepada penduduk Soddom dan Gomorrah.Puncanya amat mudah.Mereka berasa sudah cukup kuat dengan kehadiran ramai orang dan jumlah yang ramai itu bagi mereka sudah tentu dapat melawan apa-apa sahaja bencana yang didatangkan nanti.Sedikit tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya…

Sasaran kehadiran adalah seramai 50,000 orang.PAS telah mengeluarkan arahan agar ahli-ahlinya datang meramaikan himpunan yang didanakan oleh Rangkaian PASARAYA FAMILY yang pelanggan-pelanggan utamanya adalah orang Melayu tetapi pemiliknya berbangsa Cina dan penyokong kuat DAP.Padang yang menjadi tapak perhimpunan tersebut adalah tanah milik pemilik pasaraya berkenaan.Bagaimanapun,jumlah yang hadir tidak sampai 20,000 orang walaupun para pecacai cuba menggambarkannya sebagai puluhan ribu orang. Hujan lebat dikatakan menjadi punca Pakatan gagal menepati sasaran hadirin.Walaupun para pecacai Pakatan Rakyat cuba menggambarkan orang ramai yang hadir itu adalah rakyat Negeri Sembilan yang datang secara ikhlas dan tidak dibayar, hakikatnya,kebanyakan daripada mereka datang dari negeri-negeri Utara Semenanjung,Kelantan,Terengganu,Pahang dan Johor berdasarkan loghat percakapan selain bas-bas rombongan yang tertera alamat serta bernombor pendaftaran negeri masing-masing.Dan perbualan dengan puak-puak berkenaan mengesahkan bahawa kehadiran mereka berbayar,bahkan turut diberikan juga adalah WANG ROKOK !!! - SEL13.COM

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Alifnajmi said...

Pelik, mcm mna pengamal media puak2 PR boleh selesa dan sewenang2nya keluarkan berita2 tipu dan palsu? Mereka anggap pembaca2 mereka bodoh ke?
(aku ingat aku sorang je yg anggap mcm tu.... hehehe)

 
 
Blogger Templates