Keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat Dap (CEC) Sabtu lalu tidak mengukuhkan lagi hakikat bahawa parti itu adalah RASIS,CAUVINIS, ANTI-MELAYU dan ANTI-ISLAM.Sejumlah 1,823 daripada 2,576 perwakilan yang hadir pada Kongres Nasional Dap Ke 16 di Pulau Pinang memilih 17 anggota CEC berbangsa Cina dan tiga wakil India.Tidak seorang pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding dipilih termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri,Zairil Mohd Khir.Blogger yang menjadi pencacai dan pengampu Dap seperti Aspan Alias dan Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz serta bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia,Hata Wahari terkedu mulut dan terkunci jari jemari mereka untuk mengetuk analisa dalam blog mahupun memberi komen terhadap apa yang berlaku.Jika mereka boleh terkejut apatah lagi bangsa Melayu yang sejak Pilihan Raya Umum 2008 telah digula-gulakan oleh Dap dengan imej kononnya ia sebuah parti berbilang kaum yang memperjuangkan hak dan kebajikan semua kaum.Buktinya sekarang sudah jelas pada sesetengah orang Melayu yang masih buta hati dan berfikiran sempit untuk mempercayai parti perkauman Cina ini.Mahu tidak mahu untuk menutupkan malu tembelangnya yang sudah tidak dapat ditutup lagi, terpaksalah Dap melantik dua pemimpin Melayu yang kalah dalam pemilihan tersebut Zairil Mohd Khir,yang juga anak kepada bekas Menteri Pelajaran,Tan Sri Mohd Khir Johari serta Senator Dr Ariffin SM Omar,seorang pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Malaysia dan bekas pemimpin Aliran.
Kekalahan mutlak calon-calon Melayu pada pemilihan CEC itu bagaimanapun tersirat rahmat disebaliknya yang boleh menyedarkan umat Melayu bangun dari mimpin mereka dan tidak termakan dengan dakyah Dap.Slogan 'Malaysian Malaysia' yang menjadi tonggak perjuangan Dap sejak awal penubuhannya dan kemudian disusuli dengan 'Middle Malaysia' pada 2009 tidak lagi boleh dipertahankan.Ia hanya menjadi satu laungan kosong yang penuh dengan pengkhianatan terhadap Malaysia dan orang Melayu sebagai bangsa teras di negara ini.Jika dilihat daripada evolusi Dap,ianya diasaskan oleh pemimpin bangsa berbangsa India seperti P. Patto dan V. David telah lama kelamaan telah diambil alih oleh Lim Kit Siang secara berperingkat dan akhirmya mentransformasi kepada sebuah parti Cina yang rasis dan cauvinis.Kini Dap bukan lagi parti pelbagai kaum tetapi organisasi ala mafia yang dikawal ketat oleh keluarga Lim dan keluarga Karpal seperti juga parti anak beranak PKR.Dap menolak agama Islam dan sistem perundangan Islam apabila ia menentang keras cadangan 'Negara Islam' dan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas.Malah dalam isu salon gunting rambut di Kelantan,Dap menunjukkan sikap anti-Islam yang tidak boleh langsung menerima apa-apa sahaja peraturan yang berbaur Islamik.Dap juga anti-Ketuanan Melayu dan tidak boleh menerima Melayu sebagai bangsa pribumi yang menjadi penduduk asal di negara ini.
Disebabkan ia anti-Melayu,maka Dap menentang sebarang usaha untuk memperbaiki serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.Dap tidak mahu melihat orang Melayu sebagai satu bangsa yang berjaya dan megah di bumi ini dalam segala bidang.Parti itu juga anti-bahasa Melayu dengan memberi sokongan padu kepada gerakan pendidikan Dong Zhong yang sama rasis dan perkauman seperti Dap.Dap melalui Dong Zhong mensabotaj Bahasa Melayu yang dimaktubkan sebagai bahasa rami persekutuan dan usaha kerajaan menjadikan ia sebagai bahasa yang menyatupadukan seluruh rakyat.Dap menentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan mahukan bahasa Cina dijadikan bahasa rasmi kedua dan setaraf dengan bahasa Melayu. Bayangkan betapa angkuh,sombong dan tidak sedar dirinya parti ini yang telah diberi menumpang bangsa Melayu di bumi bertuah ini.Peminggiran pemimpin Melayu di dalam Dap seharusnya membuka mata serta minda orang Melayu seluas-luasnya supaya tidak mempercayai apa sahaja janji yang diberi menjelang PRU13.Kit Siang dan Guan Eng boleh berjanji bulan,bintang dan cakerawala untuk mendapat undi Melayu tetapi jika Melayu tidak mendapat tempat langsung dalam parti itu, apakah ia boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu ???
UMNO dan Barisan Nasional sahajalah satu-satunya formula yang telah dibuktikan berjaya dan otentik dalam mengangkat martabat Melayu dan membangun negara ini.
Formula kerjasama antara kaum ini telah melalui proses serta ujian selama hampir 60 tahun dan pembangkang tidak boleh menafikannya sama sekali bahawa ia telah mampu membawa kepada kemajuan, keamanan, kestabilan serta perpaduan yang erat antara rakyat.
Dap,Pas dan PKR hanya sekarang mahu meniru model kejayaan UMNO-BN tetapi sudah tentunya formula palsu pembangkang yang lebih indah khabar daripada rupa akan menemui kegagalan dan terserlah pembohongan mereka jua.
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Syabas BR dengan gambar yang penuh 1000 macam sindirin yang memualkan untuk PAS. Bagi Mat Sabu dia boleh lagi buat lawak. Kalaulah mukanya macam muka DAP Lim KS jadi apa bezanya PAS dan DAP. Cakap Nik Aziz dan Kalifah Omar Abd Aziz Guan Eng tidak banyak berbeza- benci mereka kepada UMNO.
Jangan lupa UMNO=Melayu, jadi benci UMNO benci Melayu. Ketua2 PAS dah banyak sangat berbohong kepada bangsa Melayu sebab itu mereka sudah menjadi pencuri. DiKedah MB Azizan curi balak . Di Kelantan Nik Aziz curi tanah bagi pada DAP. Betulah kata pepatah Melayu " Selalu berbohong lama2 jadi pencuri"
Post a Comment