Tidak ada perkara yang lebih menarik di dalam Kongres DAP Nasional Ke 16 di Pulau Pinang di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) di Georgetown,melainkan ketidakhadiran pemimpin-pemimpin utama PKR.Di mana Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum,di mana Datin Seri Wan Azizah selaku Presiden parti dan di mana Azmin Ali selaku Timbalan Presiden ??? Sibukkah Mereka ??? Sekurang-kurangnya parti PAS mewakilkan Dato Mahfuz Omar selaku Naib Presiden dan Setiausaha Agong,Dato Mustapha Ali.Timbalan Presiden PAS pula,Mat Sabu turut hadir selepas makan tengah hari.Kita faham kenapa Presiden PAS menyepikan diri dari menghadiri konvensyen ini.Ini disebabkan tindakan DAP yang berpegang teguh dengan pendirian untuk melantik Ketua Umum PKR,Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat yang pertama.Apa yang dirasakan di di dalam Konvensyen adalah seolah-olah PKR telah memboikot konvensyen DAP ini.PKR hanya menghantar pemimpin negeri Datuk Dr Mansor Othman yang sebelum ini dilaporkan bertelagah dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Wanita Zuraidah KamarudinWanita PKR.Ketidakhadiran pemimpin utama PKR dalam Kongres Nasional DAP sesuatu yang pelik apabila membayangkan inilah perhimpunan terakhir parti teras Cina itu sebelum pilihanraya umum ke 13.
Tidakkah Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dati Seri Wan Azizah mahu hadir memberi semangat kepada rakan sekutu mereka yang paling kuat ???
Apakah ura-ura sebelum ini yang mengatakan parti DAP ingin meminta lebihan kerusi di dalam Konvensyen ini menjadi punca Konvensyen DAP diboikot oleh PKR ??? Khabar angin berkenaan nyata terbukti pagi tadi apabila ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut parti tersebut diberikan tambahan kerusi di Semenanjung dalam PRU13.Lim Guan Eng dengan megah dan selamba berucap di hadapan perwakilan DAP.DAP mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum akan datang. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pertambahan 13 kerusi adalah atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada PAS dan PKR. Pada pilihan raya umum 2008,DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN.
Lim berkata, mandat yang dicari oleh DAP daripada pengundi adalah untuk berkhidmat sebagai rakan kongsi gabungan kerajaan bersama-sama dengan PKR dan PAS.
Lim berkata, mandat itu penting dalam rangka kerja pakatan pembangkang untuk merealisasikan agenda bersama yang ditetapkan dalam ‘Common Framework’ dan BukuJingga.Selain itu Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, pemimpin Pakatan di Sabah dan Sarawak perlu mengendalikan rundingan mengenai kerusi antara mereka sendiri. Sejumlah 1,823 daripada 2,576 perwakilan hadir pada kongres parti itu untuk memilih 20 anggota jawatankuasa tertinggi pusat yang bertanding hari ini.Apakah PKR merasa tersinggung dengan tindakan Lim Guan Eng nampaknya tidak lagi menggunakan saluran rasmi Pakatan Haram untuk berunding kerusi antara pembangkang sebaliknya menyuarakan secara terbuka di dalam perhimpunan parti, sehingga menyebabkan tindakan boikot dilakukan oleh pemimpin-pemimpin utama PKR ??? Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuntut tambahan sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN dalam PRU13 dan parti-parti di dalam Pakatan Haram masing masing masih menyembunyikan masalah di antara mereka.Berapa lama lagi parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dapat menyembunyikan ketidaksepakatan di antara mereka daripada pengetahuan Rakyat ??? Apakah tindakan DAP di dalam Konvensyen kali ini boleh kita sifatkan seperti menikam belakang rakan sekutu mereka di dalam Pakatan Rakyat ??? - Selangor Daily
3 comments:
http://gandasarimerdeka.blogspot.com/2012/12/orang-melayu-perlu-sedar-tunku-abdul.html
Komen bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz berhubung calon Melayu tersingkir. Katanya ia bukti DAP rasis dan cauvinis.
Yes...how come kata future PM and future First Lady....ha..ha...tu tanda2 dah tak nampak Putrajaya dah.
heh heh hehhh..
ape pun asalkan bukan umeno..
heh heh hehhh..
Post a Comment