Antara tanggungjawab utama sesebuah kerajaan ialah menyediakan keperluan asas kepada rakyat. Dan sebagai makhluk Allah SWT yang bernyawa,tiada apa yang lebih ‘asas’ daripada air iaitu elemen utama untuk memastikan kita terus hidup.Tanpa air,semua benda yang bernyawa akan mati.Rakyat Malaysia adalah bertuah kerana bumi kita dianugerahkan dengan cuaca yang ‘seimbang’ iaitu tidak ekstrem.saya tidak perlu risaukan kemarau berterusan mahupun ancaman sejuk yang keterlaluan.Hujan dan panas berselang-seli memastikan tanah subur sehinggakan mustahil bagi rakyat Malaysia yang paling miskin sekali pun untuk mati kebuluran.Mengambilkira hakikat ini,maka kegagalan kerajaan sesebuah kerajaan negeri di Malaysia untuk memastikan rakyat dapat menikmati sumber asas kehidupan ini dengan sempurna,membuktikan kelemahan mereka yang ketara.Bukan satu kebetulan apabila kesemua negeri-negeri di bawah pemerintahan PR berhadapan dengan masalah bekalan air:
Selangor dengan masalah air tidak cukup kerana kerajaan negeri berdegil enggan menerima penyelesaian yang diputuskan oleh kerajaan pusat iaitu melalui projek Langat 2.Kedah dengan kenaikan tariff air secara mendadak dan melambung sejak diambil-alih PAS walaupun antara janji PR sebelum menang pilihanraya adalah menurunkan tariff air Dan mungkin kerana mendapati pendapatan dari kenaikan tariff tersebut masih belum cukup, kerajaan PAS Kedah kini memutuskan untuk mengenakan bayaran ke atas Pulau Pinang atas bekalan air yang disalurkan oleh Kedah ke negeri tersebut.Maka,melentinglah kerajaan Pulau Pinang apabila kerajaan PAS Kedah memasukkan jangkaan pendapatan dari penjualan air itu iaitu RM20 juta,ke dalam pembentangan bajet negeri itu baru-baru ini.Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng,kerajaan PAS Kedah langsung tidak berbincang dengan pihaknya mengenai perkara itu sekali gus menunjukkan yang tindakan kerajaan Kedah memasukkan angka tersebut ke dalam bajet bolehlah dianggap penipuan dalam pembentangan, kalau pun tidak percubaan memperdaya kerajaan Pulau Pinang.Semua masalah ini tidak pernah timbul ketika atau jika Barisan Nasional masih memerintah negeri-negeri itu.Hanya apabila PR mengambil-alih maka semuanya menjadi kelam kabut,keliru dan buntu.
Begitulah halnya dengan Kelantan yang telah 22 tahun diperintah oleh PAS.Selama 22 tahun, kerajaan ‘Islam’ PAS terus-terusan gagal menguruskan keperluan paling asas ini sehingga menyebabkan rakyatnya menderita dan terpaksa mencari berbagai-bagai alternatif untuk mendapatkan jangankan air bersih,tetapi juga air itu sendiri.Jika sepenggal,mungkin kita boleh menerima alasan dari kerajaan negeri,tak kira apa jua alasannya.Tetapi jika sudah 22 tahun,iaitu lebih 4 penggal masih tiada perubahan,maka sahlah bahawa kerajaan PAS Kelantan tidak tahu atau tidak mahu menyelesaikan masalah tersebut.Menafikan,menepis atau menuding jari ke serata arah atas kegagalan selama 22 tahun hanya menguatkan lagi pengesahan tersebut.
Air bukan sahaja elemen asas untuk hidup,tetapi juga ia adalah elemen penting dalam Islam kerana ia membawa bersamanya simbol kebersihan.Islam adalah agama suci,kerana itu Islam meletakkan kebersihan sebagai perkara paling utama.Tidak ada maknanya kita bersolat jika kita tidak berada dalam keadaan bersih.Hanya agama Islam yang mengkategorikan kotoran serta menetapkan cara pembersihan.Dalam beberapa hal,pembersihan untuk tujuan penyucian memerlukan lebih dari sekadar tindakan,tetapi juga lafaz niat yang betul.Ini kerana Islam bukan agama luaran atau sekadar di kulit, tetapi dalaman yang letaknya di dalam iman di hati dan pemikiran di minda yang membentuk roh yang tidak dapat dilihat.Dalam Islam,kita perlu bersih dahulu sebelum dapat mesucikan diri.
Justeru, sebagaimana pentingnya air untuk hidup,begitulah juga pentingnya bersih dalam Islam.
Mungkin bukan satu kebetulan apabila semua negeri PR mengalami masalah dalam isu air.Mungkin ia satu petunjuk kepada rakyat Malaysia tentang betapa kotornya pakatan mereka. Nampaknya, tidak mustahil PR akan tenggelam dalam isu air agar kita dapat membersihkan kembali negeri-negeri yang diperintah mereka.
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Padan muka! lain kali undi la PR lagi!
Post a Comment