Social Icons

Pages

Wednesday, December 19, 2012

HOT NEWS !!! SETELAH ARAK DIHARAMKAN DI SHAH ALAM !!! KINI ARAK BERJAYA DIJUAL DI BANGI !!! APA CERITA NI ???


Setelah kecoh isu penjualan arak di Seksyen 8,Shah Alam kira-kira 4 tahun lalu yang menjadi salah satu punca pemecatan Dato Dr Hasan Ali dari PAS dan jawatan Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,Adat-adat Melayu,Infrastruktur & Kemudahan Awam,kerajaan Negeri Selangor berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik. “Arak tiada lagi di 7-Eleven kawasan Melayu,” begitulah laporan Harakahdaily yang meninjau di kedai 7-Eleven di Seksyen 8 Shah Alam pada Mei 2011.Namun,janji kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak ditepati kerana tinjauan kami di DUN Bangi pada 3 hari lepas,Ahad,16 Disember mendapati minuman keras masih lagi dijual di kedai 7 Eleven,malah lebih menyeluruh dijual di kedai serbaneka,99 Speedmart.

DUN Bangi majoriti penduduknya berbangsa Melayu yang dianggarkan kira-kira 80 hingga 90 peratus beragama Islam.Daripada 3 kedai serbaneka 99 Speedmart yang kami kunjungi, semuanya menjual secara terbuka minuman keras sama ada yang mengandungi paras alkohol kurang atau lebih 10 peratus. Jenis arak itu termasuklah Tiger, Carlsberg, Guiness, Anchor, Heineken dan sebagainya yang diletakkan sebaris dengan minuman-minuman lain. Daripada 5 kedai 7 Eleven,kebanyakannya menjual minuman jenis ‘Barbican’, selain di sesetengah tempat turut menjual Guiness, Special Brew,Carlsberg, Tiger, Heineken,Royal dan sebagainya.Kebanyakan kedai meletakkan minuman keras itu bersebelahan dengan minuman-minuman biasa dalam peti ais yang sama.Majoriti penjual di kedai 7 Eleven dan kedai serbaneka 99 Speedmart adalah remaja berbangsa Melayu.

ANDA INGIN MELIHAT KEBENARANNYA ???


UNTUK SELANJUTNYA 

LAIN KALI JANGAN BERJANJI KALAU TAK BOLEH BUAT !!!
RENUNG-RENUNGKAN  

3 comments:

Anonymous said...

salamz
tuan,
siapa yg sebenarnyabertanggungjawab menguatkuasakan undang undang penjualan arak? apa akta yg terpakai untuk tujuan ini.

mohon pencerahan supaya pihak yg bertanggungjawab dapat dikenalpasti dan ditegur



yann

Bingai @ Bangang said...

korang cek bebetul tak? mana tau kat tin dia ada label "Ditanggung Halal" yang dikeluarkan oleh PBT (Bukan Jakim la.. kekeke)

Kepada yann,
Setahu aku, daftar perniagaan adalah dibawah tanggungjawab SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) tetapi permit menjalankan perniagaan, produk yang diniagakan, premis perniagaan dilulus dan dikawalsetia oleh PBT. Dalam kes ini di bawah MPKj kerana setahu aku Bangi masih belum adal PBTnya sendiri.

Sapa kata DAP rasis adalah rasis Di Tendang Terajang

Anonymous said...

Hassan Ali kena tendang kluar sebab lidah bercabang...ada faham??? Bukan sebab nak daulatkan islam..dia nak daulatkan diri sndiri tu pasal kena terjah.. Akai ada kaaaa...!
Slagi BN kat Ptrjya slagi tu arak ada d mna2.... PRU13 kita tukarrrrrrrr.

 
 
Blogger Templates