Social Icons

Pages

Thursday, December 06, 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT !!! BUKTI PENYOKONG ANWAR IBRAHIM GANAS DAN ZALIM TERSEBAR !!!


masihkah anda ingat gambar diatas ??? pergaduhan yang berlaku di Batu 9,Gombak Utara sebenarnya memperlihatkan dengan jelas betapa budaya ganas sudah agak sinonim dengan gerombolan penyokong pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim.Jika tidak kerana penyokong gerombolan PR yang bukan anak tempatan memulakan acara membaling batu pastinya tiada individu dari kedua-dua belah pihak yang cedera sampai berdarah-darah.Alasan PR kononnya keganasan dimulakan oleh penyokong BN sukar untuk diterima,lebih-lebih lagi ramai sedia maklum sejak dulu hingga sekarang bab-bab mengganas ini biasanya sinonim dengan penyokong PR yang terkenal dengan pembawaan panas baran dan akal pendek.Untuk sembunyikan kebenaran sambil meraih simpati umum,maka ditayangkanlah gambar seorang penyokongnya yang berdarah dilengan kemudian dipaparkan sehelai baju kuning berlogo PKR,DAP dan PAS.Geng mereka yang memulakan balingan batu dan objek keras yang lain disembunyikan dari pengetahuan umum.

Propaganda politik yang bijak untuk seketika cuma.Ini mengingatkan saya kepada watak Bob Samurai,seorang penyokong PR yang kononnya cedera dilibas dengan pedang samurai semasa PRK Bagan Pinang.Yang buat kecoh dan memulakan pergeseran ialah para penyokong PR,bila rakyat tempatan naik marah serta mula bertindakbalas maka disensasikan cerita konon lelaki bernama Bob itu cedera dilibas dengan pedang samurai oleh penyokong UMNO.Bila disiasat rupanya kesan hirisan pada baju Bob hanyalah rekaan,luka sebenar langsung tak kelihatan,kecuali yang nampak kesan darah yang sengaja dibuat-buat untuk memantapkan propaganda bagi meraih simpati menjelang tarikh pengundian pilihanraya kecil itu sahaja.Adakah propaganda tersebut berjaya ??? Tentu sahaja tidak,kerana sedari awal rakyat majoriti tahu segalanya hanya berlaku mengikut skrip garapan yang dikehendaki Anwar,dek kerana itu majoriti pengundi nekad menolak PR semasa PRK Bagan Pinang itu.

Pernahkan dikalangan kita terfikir sejenak dan bertanya pada diri sendiri kenapa senario politik negara sejak 1998 hingga sekarang senantiasa saja panas membara berbanding suasana politik sebelum September 1998 ??? Jawapan sebenarnya mudah,segala-galanya mempunyai kaitan langsung dengan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang sekian ramai sudah ketahui watak dan pembawaannya lebih mendahulukan kepentingan peribadi berbanding hak orang ramai.Lihat sajalah kekecohan yang dicetuskan oleh penyokongnya sewaktu zaman gelap reformasi terlepas kerusi Timbalan Perdana Menteri sekitar 1998 hingga 2000,terutama sekali melalui demonstrasi jalanan di pusat bandaraya Kuala Lumpur.Habis jahanam pelbagai harta benda awam malah ketenteraman orang ramai pun tergugat dek kerana betapa liarnya penyokong Anwar yang dirasuk syaitan berhimpun sana sini dan mengamuk sakan seolah-olah negara ini bapak Anwar yang punya.Sampaikan bangunan UMNO di PWTC pun diserbunya,habis kaca pintu pecah bertaburan.Itu semua hasil kelakuan siapa ???

Penyokong Anwar,Ganas dan zalim sudah jadi budaya mereka.Bapak borek anak rintik.Sebelum kerasukan reformasi itu rakyat dapat hidup aman damai dek kerana kurangnya penghasut seperti Anwar, orang ramai walau berbeza parti jarang sangat berhimpun tunjuk kekuatan di atas jalanraya atau berbalah sakan sampai tak ingat dunia.Lama sebelum itu sekitar tahun 70-an,Anwar dan penyokongnya juga yang bikin hiruk piruk hingga membawa kepada demonstrasi ganas para pelajar selepas dihasut dengan cerita bohong oleh Anwar kononnya penduduk di Baling, Kedah mati kelaparan.Namun bila Anwar berada dalam Kerajaan barisan Nasional,semuanya aman tenteram dek kerana nafsunya untuk menikmati kerusi empuk sebagai pemimpin negara tercapai.

Kecuali semasa ke Memali di Baling pada pertengahan 1980-an yang terjadi dek kerana amukan sekumpulan pengikut PAS yang kemaruk nak mati syahid untuk menegakkan negara Islam ala PAS,tapi lebih 20 tahun kemudiannya Allah S.W.T tunjukkan musibat seorang pemimpin apabila Presiden PAS,Hadi Awang mengakui negara Islam tidak wujud pun dalam Al-Quran dan untuk tambah sedikit lagi input para pembaca Badut Rakyat,cuba tanya pada diri sendiri siapakah yang berarak di Bandaraya KL berbaju kuning kemudian melanggar arahan polis termasuklah merempuh hadangan di KLCC dan Dataran Merdeka ??? Itulah pengikut Anwar dan penyokong PR.Yang membaling objek dan kon keselamatan sehingga kenderaan polis hilang kawalan juga dilakukan oleh penyokong Anwar dan PR.Yang memijak-mijak bumbung kemudian menterbalikkan kenderaan polis juga penyokong Anwar dan PR.Semua kelakuan biadap,ganas dan zalim ini sudah lama dibiarkan tanpa tindakan sewajarnya,hinggakan semakin ramai orang kian mual dan menyampah dengan pembawaan politik PR yang diluar tabie.Jadinya,janganlah pelik apabila tiba hari penentuan PRU 13 nanti rakyat ramai bersuara tegas menolak PR dan Anwar,sebagaimana mereka tekad menolak propaganda murahan yang PR lakukan semasa PRK Bagan Pinang.

RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates