Social Icons

Pages

Saturday, December 08, 2012

KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM MEMBAWA HABIBIE UNTUK MENGAHNCURKAN MALAYSIA !!!


kepada pembaca Badut Rakyat,sila baca sampai habis artikel ini.kita ikuti dulu siapa anwar ibrahim yang sebenar selepas itu ikuti pula siapa habibie yang sebenar.Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang penakut dan bacul.Sebagai seorang politikus,nilai ini merupakan intipati kepada wataknya sebagai seorang individu yang membayangi karektor yang lain seperti mementingkan diri sendiri,suka berbohong dan berasa dirinya suci dan tidak berdosa.Apabila berdepan dengan dua tuduhan meliwat dalam tempoh jangkamasa 10 tahun,beliau merasakan dirinya maksum daripada jenayah tersebut lantas menyalahkan musuh-musuh politik berkonspirasi untuk menjatuhkannya.Apabila disiar video seks 'chinadoll',Ketua Pembangkang itu dengan muka seposen menafikan bahawa ini adalah satu lagi usaha jahat musuh politiknya khususnya UMNO.Tatkala Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung menyerang Islam berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu,beliau mempertahankan pendirian anaknya itu.Sekali lagi yang menjadi sasaran serangannya ialah UMNO dan yang menerima tempias saman Nurul Izzah ialah akhbar milik parti itu,Utusan Malaysia.Begitu juga ketika dipetik oleh akhbar asing berkaitan kenyataannya yang menyokong keselamatan negara haram Yahudi bernama Israel,

Anwar dengan cepat menyalahkan akhbar arus perdana kononnya merancang memutarbelitkan apa yang dikatakan.Tidak cukup dengan itu, apabila media sekali lagi menyiarkan petikan kenyataan Anwar yang menyokong budaya dan amalan LBGT serta menyifatkan undang-undang berkenaan jenayah liwat sudah ketinggalan zaman atau 'archaic',beliau cuba memberi penjelasan yang berbelit-belit seperti juga lidahnya.Di dalam ucapannya di London,Anwar secara terang menyokong konsep pluralisme agama iaitu dengan meletakkan kedudukan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Ini pun beliau nafikan dengan mengatakan apa ang dimaksudkan bukanlah seperti mana laporan pihak media.Sekali lagi dakwanya, semua ini adalah komplot UMNO untuk menghalang beliau mara dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri. 

Kini topeng pluralisme yang dipakai oleh Anwar tidak boleh diselindungkan lagi. Anwar telah menelanjangkan dirinya sebagai bapa fahaman pluralisme di Malaysia apabila menjemput sahabat karibnya,BJ Habibie berkunjung ke Malaysia beberapa hari lalu kerana kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama.Lawatan bekas Presiden Indonesia yang pertama era pasca Suharto ini bukan kunjungan biasa antara dua sahabat tetapi diselit misi dan agenda yang lebih daripada itu. Pada ceramahnya di Universiti Selangor (Unisel) Khamis lalu,Habibie telah mendedahkan agenda lawatannya ke negara ini apabila meminta masyarakat Islam khususnya menyokong fahaman pluralisme.Dalam program pidato anjuran universiti milik kerajaan negeri Selangor itu yanbg berjudul “Habibie Dan Transisi Indonesia Ke Demokrasi”,mantan presiden itu mempertahankan budaya pluralisme yang didakwanya menjadi sebahagian daripada kekuatan sesebuah negara.Beliau memberi hujah bahawa Indonesia dan Malaysia mempunyai corak budaya sama dan menggesa kepelbagaian ini wajar dipertahankan.Sememangnya kedua-dua negara adalah dalam rumpun kemelayuan yang sama tetapi mempunyai pendekatan politik yang berbeza.Jika Indonesia menerima pakai prinsip-prinsip Pancasila sebagai panduan kenegaraannya,Malaysia pula berpegang kepada prinsip-prinsip Rukunegara.Indonesia tidak meletakkan Islam sebagai agama yang tertinggi di negara itu walaupun ia berbangga sebagai negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia.

Hal ini berbeza di negara ini di mana Islam adalah agama persekutuan dan takrif kemelayuan seseorang dilingakari dengan keintimannya dengan Islam.Di Malaysia tanpa keimanan kepada Islam,seseorang itu tidak boleh menyatakan dirinya Melayu malah gugur keabsahannya menjadi anggota keluarga besar bangsa itu.Setelah dikritik keras oleh golongan ulama dan cendikiawan Islam di negara ini, Anwar tidak lagi berani menyuarakan pendapatnya mengenai pluralisme.Namun keghairahannya untuk terus menyebarluas fahaman songsang ini terus membara di jiwa sehingga terpaksa menyeret kawan baiknya untuk bercakap bagi pihaknya.Sebab itu Anwar dilabel sebagai sesumpah politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana sikapnya yang hipokrit dan suka bermuka-muka.Di depan umat Islam di negara ini,Anwar menunjukkan wajah Islam yang sebenarnya adalah palsu tetapi jejak sahaja kakinya di Washington atau London,barulah topeng yang mendedahkan pendirian yang menyokong Israel,LBGT,liberalisme termasuk pluralisme terdedah.Mengapa Anwar memilih Habibie untuk bercakap mengenai pluralisme di Malaysia ??? 

Perlu diingatkan pemerintahan Suharto selama lbih tiga dekad tumbang seiring dengan gerakan reformasi jalanan yang diterajui oleh Anwar.Suharto berjaya dijatuhkan dalam gerakan reformasi yang sama di Indonesia dan diganti oleh Habibie namun reformasi Anwar gagal untuk menurunkan Tun Dr Mahathir Mohamad.Ketika era Habibie,Indonesia kehilangan wilayah Timur Timur yang dipisahkan menjadi sebuah negara merdeka dipanggil Timor Leste.Meletakkan Habibie adalah agenda yang terancang oleh pihak Zionis-Yahudi yang ingin memecahbelahkan negara Islam terbesar itu. Anwar juga ingin diangkat sebagai pemimpin di Malaysia oleh golongan anti-Islam yang sama tetapi berkat kekuatan UMNO dan kepimpinan Dr Mahathir,negara berjaya diselamatkan daripada terjerumus ke dalam kancah kemusnahan.

RENUNG-RENUNGKAN 

11 comments:

Anonymous said...

Allah telah tunjukkan lagi siapa sebenarnya ANNUAR.......

Anonymous said...

pi mampuslah dengan umno.Kalau awak islam, nak fitnah orang, biar ada bukti yang kukuh. Nanti islam makin berpecah.Melayu islam sekarang nakkan perubahaan bukan kerana Anuwar. Tak ada Anuwar pun melayu islam memang nak kan perubahaan. Tunggu PRU 13, Mampus kau UMNO

nazir said...

wohhh !!! marahhhh.... Tak baik cakap mcm tu... nanti silap silap terkena diri sendiri... huhuuwahhh.... Kao baru bagun tidorr ehh... tiba2 cakap pasal fitnahh ni..

Lau tak caya .. tanya NUAR sendiri...

Anonymous said...

Anon 8.48, tang mana yang fitnah tu? Buka minda sikit Dan jgn taksub membabi buta. Berbondong2 bukti tapi kaum sewaktu dgn kau ni tk pernah nak terima. Akal diberi tak diguna nak fikir mcm kepala otak tu dah kena liwat pulak. Buang sikap bodoh piang tu sikit

Anonymous said...

Anon 8:48
Ko nak orang melayu berubah ape? Nak orang melayu sokong LGBT, nak orang melayu murtad, nak orang melayu durhaka pada sultan, nak hak orang melayu di hapuskan, nak negara ni sokong keselamatan Israel, nak idiologi pluralisma.... Itu ke perubahan yang ko mahu. opps. Stop.. stop... stop...No way la brother. Not for another 100 years.

Anonymous said...

anon 8:48, lepas PRU13 ni baik ko bunuh diri..hahahaha

Pasal lepas PRU13 ni nanti, x der tempat dah buat PR..semua org dah tahu...ko pun dah tahu, cuma nak tenteramkan hati jer?. Kalau rasa tak sanggup tunggu..baik ko bunuh diri sekarang...tak ler malu sangat nanti...hahahahaha

Ketua Panitia Pendidikan Islam said...

ok jer..

Anonymous said...

kpd anom 8.48...ko tunggu je PRU nti...ckp2 ko semua cuma nk meyedapkan hati je..mgkin jg ko dh tau...selangor,kedah ,klantan..lostttt...smua pengundi dri kuarga ku..kmpongku,daerah ku dh siap sedia tuk memngkah BN...tak sabar2 dh...tungguuuuuuu....bila tiba masanya....hidup UMNO...hidup Najib

Anonymous said...

Pluralisma adalah hak kebebasan individu untuk memilih cara hidupnya termasuk agama. Kalau LGBT, kecuali yang tak ada pegangan agama mungkin menyokong.Takutkan orang melayu pilih agama lain atau murtad?? Sedangkan Tuhan sendiri tak memaksa inikan manusia hanya gara-gara politik. Apakah Allah mengamalkan double standard?? Orang lain boleh memilih tetapi melayu tak boleh?? Kalau agama kita tu suci dan tak ada tolak bandingnya kenapa takut dengan pengaruh agama lain? Berani kerana benar dan takut kerana salah. Apakah jika orang melayu pilih agama lain ia menderhaka pada sultan? Orang melayu terhapus?(mungkin di dalam IC baru bangsanya kafir??) Orang melayu tak undi orang melayu??Inilah namanya orang melayu takut dengan bayang-bayang sendiri. Sah istilah 'rumpun melayu' sebenarnya tak wujud di Malaysia.Ianya hanya wujud dibibir manis orang politik sebab rumpun melayu yang lain yang bukan bangsa melayu jenis tak da pilihan tak kan dipaksa memilih islam. Namun islam di Malaysia yang mana satu sejati?Islam UMNO kah islam Pas. Masing-masing kafir mengkafir. Mendoa untuk meruntuhkan sesama saudara dan tak puas bergaduh pula sesama sendiri. Apa bendanya yang menarik sangat nak kokong orang dengan agama sebegini??

Anonymous said...

padan muka hina orang lagi, cakap fitnah kat orang lagi. Sekarang dah jadi isu besar Indo dengan Malaysia. SEmemangnya orang Umno memang bangang dan bebal.Punca pergaduhan politik kat Malaysia bermula dari orang Umno. Sekarang cari pasal dengan Indo pulak.

Anonymous said...

Jawapan mungkin tidak lengkap atau memuaskan hati mana2 pihak, tetapi hati ini terjentik apabila agama ISLAM cuba dijadikan isu.Memetik satu persatu:

1)Pluralisma adalah hak kebebasan individu untuk memilih cara hidupnya termasuk agama. Kalau LGBT, kecuali yang tak ada pegangan agama mungkin menyokong.Takutkan orang melayu pilih agama lain atau murtad?? Sedangkan Tuhan sendiri tak memaksa inikan manusia hanya gara-gara politik. Apakah Allah mengamalkan double standard?? Orang lain boleh memilih tetapi melayu tak boleh??

- Definisi orang MELAYU dlm PERLEMBAGAAN MALAYSIA adalah yang beragama ISLAM. dah tentulah anaknya pun ISLAM. sememangnya ALLAH tidak memaksa dan tidak double standard apabila orang lain boleh memilih tetapi MELAYU tidak boleh. TETAPI HUKUM dan UNDANG-UNDANG telah ALLAH gariskan dengan HUKUM HUDUD. periksa semula hukuman bagi orang ISLAM yang murtad sekiranya tidak mahu kembali kepada ajaran ISLAM. AMARAN: Jangan libatkan mana2 parti politik dalam isu ini.

2) Kalau agama kita tu suci dan tak ada tolak bandingnya kenapa takut dengan pengaruh agama lain? Berani kerana benar dan takut kerana salah.

- "Kalau" adalah mainan syaitan. Memang tidak takut kepada agama lain. tapi apakah kita akan biarkan mereka yang kurang ilmu agamanya dan amalannya menjadi mangsa?? apakah kita tak takut dipersoalkan di PADANG MAHSYAR tentang tanggungjawab sesama MUSLIM? bala yang ALLAH turunkan bukan orang tertentu yang terlibat, tetapi semua. letak di tempat yang betul frasa "berani kerana benar, takut kerana salah" itu. Takutlah kamu kepada ALLAH semata2 kerana janji ALLAH itu benar.

3) Apakah jika orang melayu pilih agama lain ia menderhaka pada sultan? Orang melayu terhapus?(mungkin di dalam IC baru bangsanya kafir??) Orang melayu tak undi orang melayu??

-memang tak semestinya orang melayu akan menderhaka pada sultan atau terhapus sekiranya pilih agama lain. TAPI apa akan jadi pada AKIDAHnya??? apa akan jadi pada ISLAM????? ingat, orang MELAYU di sini MAJORITI adalah ISLAM (melainkan yg dah murtad).

4)Inilah namanya orang melayu takut dengan bayang-bayang sendiri. Sah istilah 'rumpun melayu' sebenarnya tak wujud di Malaysia.Ianya hanya wujud dibibir manis orang politik sebab rumpun melayu yang lain yang bukan bangsa melayu jenis tak da pilihan tak kan dipaksa memilih islam.

-(seperti no.1) sememangnya ISLAM sejak dilahirkan. tiada istilah terpaksa.

5)Namun islam di Malaysia yang mana satu sejati?Islam UMNO kah islam Pas. Masing-masing kafir mengkafir. Mendoa untuk meruntuhkan sesama saudara dan tak puas bergaduh pula sesama sendiri.

-jangan kerana dua pihak bertelagah, agama ISLAM yang suci dikatakan buruk. dan bukan di malaysia sahaja berdepan situasi begini. di INDONESIA, di TANAH ARAB, dan di mana jua. selagi adanya umat bernama MANUSIA, yang semestinya selalu lupa, akan adalah pergaduhan walau sesama bangsa.

6) Apa bendanya yang menarik sangat nak kokong orang dengan agama sebegini??

-seandainya yg berkenaan ini seorang MUSLIM, mengucaplah, beristighfarlah. ISLAM itu indah, ISLAM itu sebaik2 agama. jangan kerana segelintir penganutnya yang jahil, maka agama ISLAM itu disalahkan. undang-undang HUDUD yang sebenar membuktikan kesucian ISLAM sendiri.

AMARAN: jangan ambil kesempatan atas komen ini. komen ini tidak menyebelahi mana2 pihak, kecuali ISLAM. Janganlah gadaikan keISLAManmu. JANJI ALLAH ITU BENAR, SYURGA DAN NERAKA ALLAH ITU BENAR. WALLAHUA'LAM...

 
 
Blogger Templates