Sekali lagi Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba mencuci tangan dengan memutar belitkan fakta apabila menuduh UMNO sebagai punca berlakunya perpecahan sesama orang Melayu Islam di negara ini.
Katanya, perpecahan orang Melayu Islam masa kini bukannya disebabkan oleh PAS sebaliknya berpunca dari UMNO yang didakwanya mengetepikan dasar Islam dan lebih selesa dengan semangat kebangsaan.Hujah Menteri Besar Kelantan itu bukan sahaja menampakkan kedangkalan pemikirannya malah menunjukkan ketaksubannya yang melampau terhadap PAS.Nik Aziz mungkin lupa,namun sejarah hakiki tidak mungkin dapat dipadamkan bahawasanya kewujudan PAS itu sendiri adalah hasil dari ketamakan kuasa.Dek kerana gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO maka dari situlah wujudnya PAS hingga ke hari ini.Kewujudannya pula bukan atas nama perjuangan Islam sebaliknya bertitik tolak dari dasar dendam kekalahan yang kemudian merebak kepada perpecahan orang Melayu Islam.Sedar dengan kelemahan itu maka pemimpin PAS berbohong pula kepada rakyat konon penubuhannya adalah hasil dari protes terhadap judi loteri yang dikaitkan dengan UMNO.
Walhal jika itu alasannya kenapa tidak sekarang PAS menjauhkan diri dari PKR dan DAP yang memerintah Selangor dan Penang,yang mana di negeri-negeri itu lesen judi ekor dan lumba kuda masih diluluskan oleh Kerajaan Negeri.Hatta lesen kedai arak,rumah urut yang tak berlesen pun tumbuh mengalahkan cendawan selepas hujan di negeri yang diperintah oleh rakan-rakan sekedudukan dengan PAS itu Atau mungkinkah semua senario di negeri-negeri yang diperintah PR itu menepati dasar Islam yang dituntut oleh PAS,maka kerana itulah PAS masih setia bersama PR ???
Sudah menjadi lumrah mana-mana pemimpin PAS gemar memalitkan tuduhan semberono untuk memperlihatkan pada penyokongnya bahawa UMNO adalah parti yang tidak Islamik,manakala PAS pula didendangkan sebagai parti pejuang Islam.Dengan berbuat demikian PAS percaya para penyokongnya akan terus setia dengan perjuangan PAS sekalipun sejarah membuktikan punca perpecahan ummah antara penyebab utamanya ialah PAS.Sekitar tahun 1960 hingga 1980-an banyak perpecahan sesama penduduk sekampung dan sesama keluarga berlaku disebabkan perbezaan fahaman politik gara-gara taksub pada hasutan kepartian yang dibawa oleh pemimpin PAS.Sembahyang dua imam dalam satu kariah,mendoakan kehancuran sesama Islam serta memboikot kenduri kendara orang Melayu Islam yang condong bersama UMNO,segalanya sudah sinonim dengan watak dan pembawaan PAS dan penyokongnya.Namun disebalik semua itu,PAS tidak kekok untuk menerima dasar sekularisme dan pluralisme yang diamalkan oleh PKR,malah tidak canggung untuk berpeluk sakan dengan DAP yang akidahnya adalah sosialisme.Islam bagi PAS hanya sekadar label dan jenama untuk mengabui mata khalayak semata-mata, namun gerak laku dan praktikal yang diamalkan oleh pimpinan PAS langsung tidak mencerminkan sikap Islamik.
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
Pas...parti anutan setan...setan2 yg direjam utk selamanya.
Semua orang kampung dah tahu. Parti pas pok nik dan mat sabula yg pecahbelahkan umat Islam di malaysia. Siapa murtad kan siapa? Siapa doakan yg tak baik kepada siapa? Siapa yg suka fitnah dan maki hamun siapa? Tepuk dada tanya iman. Pas pok nik dan mat sabu la........
salam ,siapa yg ckp ni? TV3? korg dh tertipu ngn berita berat sebelah laa... jgn terpedaya dok ikut berita yg tak habis2 memuji BN dn memburukkan pembangkang ,media patut adil dn tanya perspektif dua2 pihak ..baru rakyat boleh menilai ...korg dh dewasa spatutnya boleh menilai ..x percaya? tgk buletin utama nnti ,mesti tv3 memuji jee bn x habis2 dn memburukkan pembangkang ..salam
Haramkah,Suara Keldaian, The Rocket dan Malaysiakini.com ada puji BN ke? Lu ni lalok la mamat! Kalau dah buruk dan busuk bau kentut mana ada wanginya. Rakyat x sebodoh kamu yang hanya baca sumber di atas. Kami rakyat baca semua. Baru buat keputusan. Sapa yang bodoh? Puak kamu atau rakyat majoriti. Jangan pakai perkataan rakyatlah bro, itu skrip lama. Rakyat majoriti lebih bijak dari puak Assobiah kamu. Jangan mimpi di siang hari lah.
Post a Comment