Social Icons

Pages

Thursday, January 10, 2013

HOT NEWS !!! DAP AKAN EDAR 100,000 BIBLE MELAYU DAN PAS DI PIJAK ??? APA CERITA NI ???


Perlukah soalan di atas ditanya kepada DAP ??? Rasanya tidak perlu,kerana untuk siapa lagi Bible berbahasa Melayu diedarkan jika bukan untuk mereka-mereka yang bertutur bahasa Melayu ??? Dan siapakah penutur bahasa Melayu jika bukan orang Melayu ??? Justeru,mungkin tajuk di atas perlu diubah-suai sedikit dengan menujukan soalan tersebut kepada PAS dan bukan DAP.Kenapa PAS ??? Kerana PAS sering mendabik dada sebagai pejuang Islam dan ingin mempertahankan Islam.Secara logiknya pejuang Islam tentulah menentang usaha DAP ini.Tetapi mungkin ada puak PAS yang bertanya,kenapa tidak ditanya kepada UMNO,bukankah UMNO juga mendabik dada mempertahankan Islam dan Melayu ??? Jawapannya,kerana UMNO bukan sekutu DAP dan UMNO tidak pernah berbuat kenyataan berikut : “Ada banyak buku dalam pasaran,banyak buku Kristian ditulis dalam Bahasa Malaysia.Dan,jika ada yang tidak boleh baca dalam Bahasa Malaysia, mereka akan membaca dalam Bahasa Inggeris, jadi saya tidak melihat sebarang sebab mengapa Kitab Injil harus ditahan,” katanya.” -- Nasharuddin Mat Isa,15 Mac 2011 (Malaysian Insider) 

Tajuk laporan Malaysian Insider yang memaparkan kenyataan Nasharuddin tersebut menjelaskan segala-galanya iaitu “PAS Hormati Injil Bahasa Malaysia”.Laporan tersebut dibuat oleh Malaysian Insider berdasarkan masalah kemasukan 35,000 nashkah injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia pada ketika itu.Perkara ini dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong dengan berkata, “tindakan Kementerian Dalam Negeri menahan dan merampas lebih 30,000 naskhah di dua pelabuhan adalah satu “perkembangan tidak menggalakkan sama sekali.” Beliau menambah bahawa tindakan itu hanya akan memburukkan lagi imej mengenai Malaysia,yang dilihat sebagai negara moderat, di peringkat antarabangsa.Seterusnya,Malaysian Insider juga melaporkan bahawa banyak pihak termasuk rakan-rakan PAS dalam PR menggesa Putrajaya agar membenarkan kitab Injil Berbahasa Melayu dibawa masuk ke negara ini serta merujuk kepada masalah yang berlaku di pelabuhan sebagai ‘sifat cetek gagasan 1 Malaysia’

Lim Kit Siang juga turut menyuarakan rasa ‘marah dan kecewa’ terhadap apa yang berlaku. Injil berbahasa Melayu dari Indonesia itu menjadi kontroversi apabila menggunakan nama Allah dalam merujuk kepada Tuhan agama Kristian.Akibatnya,kerajaan telah dikritik oleh pertubuhan Kristian dan dituduh dengan sengaja menahan kitab injil tersebut dari masuk ke Malaysia sedangkan ia tidak salah berdasarkan undang-undang negara. Pembangkang pula, iaitu PAS, DAP dan PKR mengambil kesempatan membelasah kerajaan atas isu ini atas tuduhan mengambil sikap berat sebelah dengan melebihkan agama Islam serta tidak bersifat terbuka dalam soal agama.Laporan Malaysian Insider,termasuk dengan kenyataan Nasharuddin tersebut, adalah konsisten dengan pendirian Nik Aziz dalam isu yang sama sepertimana yang dilaporkan oleh Harakah 21 Januari 2010 iaitu  “Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’,baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.” Dan ini pula petikan kenyataan rasmi Presiden PAS, Hadi Awang di laman rasmi PAS pada 5 Januari 2010, iaitu: “Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.” 


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

1 comment:

Anonymous said...

1. Perlembagaan menegah untuk sebarang orang mendakwah sebarang ugama kepada orang Melayu yang sudah tentu Islam.

2. Mesti memenuhi akta cetak sebelum sesuatu buku itu di cetak.

 
 
Blogger Templates