Isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa beliau memiliki cincin seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang.
Menurut Rosmah, beliau mengakui bahawa cincin tersebut masuk ke dalam negara ini, tetapi bukan untuk dirinya tetapi bertujuan untuk pameran.
"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya langsung...memang (cincin) masuk tetapi untuk dipamerkan kepada orang yang berduit.
"Saya tahu,dia (pembangkang) punya program utama adalah untuk menghentam saya. Tapi saya hanya berserah pada Allah. Biarlah dia nak buat dosa,kita hanya boleh bersabar," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.
UNTUK SELANJUTNYA
LIHAT VIDEO DI BAWAH
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment