Pakatan pembangkang kelihatannya seperti mati kutu dibuatnya apabila Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) di Stadium Merdeka akhir minggu lepas mengundang kritikan ramai berikutan ramai kanak-kanak diperalatkan untuk meramaikan himpunan itu.Tindakan mengheret kanak-kanak dalam perhimpunan politik seumpama itu bukan sahaja satu perlanggaran terhadap syarat Akta Perhimpunan Awam (APA 2012) tetapi ia juga memperlihatkan sikap tidak cakna PR terhadap untung nasib kanak-kanak.Menyedari kritikan tersebut boleh menyebabkan sokongan khalayak kian menjunam,tak semena-mena PR melalui NGO proksi Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menuduh pihak berkuasa bertindak dwi standard apabila membenarkan kanak-kanak menyertai program bersama Perdana Menteri.Rupanya PR dan NGO proksinya itu gagal membezakan antara perhimpunan politik HKR #KL112 dengan program bertemu rakyat yang dihadiri PM.Menjawab kekeliruan PR dan Mipas berhubung isu itu,seorang Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan dan Jenayah dari UIA menjelaskan,akta APA 2012 hanya terpakai pada perhimpunan yang boleh mengundang risiko keselamatan kepada kanak-kanak.
Kenyataan tersebut ada kebenarannya,tambahan pula sejarah membuktikan banyak perhimpunan dan demonstrasi anjuran pembangkang atau yang dikelolakan oleh NGO-NGO pro PR,seringkali sinonim dengan huru hara dan tingkah laku liar pesertanya.Lihat saja dalam demonstrasi Bersih 2.0, 3.0 dan Sambutan Ambang Merdeka,selain kenderaan polis diserang dan diterbalikkan,mereka mencabar arahan pihak polis serta sengaja menonjolkan sikap tidak bermoral seperti menayang punggung dikhalayak ramai dan mengganggu lalulintas.Semua tingkah laku di atas tentu sahaja tidak hanya mendedahkan kanak-kanak kepada risiko kecederaan,malah tak mustahil boleh mempengaruhi pemikiran mereka untuk turut sama melakukan perbuatan tidak bermoral.Selain itu,umum tentunya masih ingat pada akhir bulan Disember 2012 yang lepas,PR melalui sebuah NGO proksinya juga terlibat langsung memperalatkan kanak-kanak untuk turut serta dalam mogok lapar selama 100 jam.Walaupun acara mogok lapar itu sehari dua kemudiannya didapati ramai peserta dan penganjurnya telah makan secara senyap-senyal di restoran dan hotel,namun tindakan melibatkan kanak-kanak dalam program yang membahayakan kesihatan dan nyawa itu sukar untuk diterima masyarakat.
Semua yang disebutkan di atas tidak pernah wujud dalam program politik anjuran BN mahupun majlis perjumpaan rakyat yang melibatkan PM.
Inilah perbezaan besar yang agak ketara.Manakala itu,dalam kebanyakan demonstrasi atau himpunan PR termasuklah yang terbaru HKR #KL112 juga agak sinonim dengan aktiviti berarak berjalan kaki sejauh beberapa kilometer sebelum berkumpul di sesatu tempat.Tambah menjelikkan bila mana penganjur termasuk pemimpin PR tanpa rasa janggal boleh pula menaiki kenderaan 4x4 sambil menghambur kata-kata propaganda melalui pembesar suara sementara rakyat marhaen tercunggap-cunggap keletihan berjalan kaki demi menjayakan agenda politik PR.Dalam keadaan panas terik mentari atau hujan lebat, membawa bersama bayi, kanak-kanak ataupun orang tua untuk berarak bukanlah tindakan yang bijak,sebaliknya merupakan satu bentuk penganiayaan yang sepatutnya dibanteras sama sekali.Justeru itu,PR dan NGO proksinya perlulah sedar segala perbezaan ini dan belajarlah menghormati hak asasi bayi,kanak-kanak mahupun orang yang sudah tua.Sesekali pimpinan PR serta NGO proksinya memperbetulkan kesalahan dan merendah diri mengakui kelemahan lebih baik daripada terus berlagak ego mengaitkan dan menyalahkan orang lain pula.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment