Bishop Katholik,Dr Paul Tan Chee dan ramai penganut Kristian yang lain mempunyai asas kukuh untuk bergembira dan berasa lega bila mana Timbalan Presiden PAS,Mat Sabu memberi jaminan bahawa parti itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah suci Allah S.W.T oleh orang bukan Islam.Lebih-lebih lagi jaminan oleh Mat Sabu itu timbul tepat pada masanya selepas beberapa pemimpin PAS yang lain cuba bersandiwara dengan mempertikaikan pengunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan Kristian khususnya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.
"Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar," demikian kata Bishop Kristian itu,merujuk pada keputusan muktamad PAS pada 2010 yang bersetuju penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.a.t bagi merujuk pada Tuhan Jesus.Pada 15 Mei 2010,Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa berselindung telah bersetuju yang DAP boleh mengguna pakai kalimah Allah s.w.t demi mencapai kepentingan politik mereka termasuklah memasukkan kalimah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun bercanggah dengan pandangan Timbalan Mursyidul PAS,Dr Haron Din yang membantah sebarang usaha oleh DAP ataupun pihak gereja Kristian daripada memanipulasi kalimah suci tersebut.Pun begitu,pendapat Nik Aziz itu disokong kuat oleh Presiden PAS,Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang berpendapat penganut Kristian atau agama lain tidak wajar disekat daripada menggunakan kalimah Allah s.w.t untuk apa tujuan sekalipun.
Kira-kira seminggu lepas, Ketua Penerangan PAS Pusat,Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Setiausa Agung PAS, Mustafa Ali dan Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman telah tampil menegaskan kalimah Allah hanya terpakai untuk orang Islam sahaja.
Ketiga-ketiga mereka sepakat perkataan GOD di dalam kitab Bible Inggeris hanya sesuai diterjemahkan kepada kata ganti nama TUHAN untuk kitab Bible versi Bahasa Melayu dan bukannya kalimah Allah sebagaimana dituntut oleh paderi dan gereja Kristian.Namun dengan penegasan terbaru oleh Mat Sabu bermakna sia-sialah usaha segelintir pimpinan PAS ini dalam cubaan mereka untuk menonjolkan kejaguhan demi mempertahankan kalimah suci Allah s.w.t daripada agama lain.
Dengan percanggahan terbuka yang sedang membelenggu PAS tika ini, ramai pemimpin PAS yang lain terpinga-pinga bengong sendirian manakala penyokong PAS diperingkat akar umbi pula sekejap angguk sekejap geleng tanpa mengetahui ke mana hala sebenar yang nak dituju.Yang pastinya dengan kecelaruan yang timbul ini,para penganut Kristian dan DAP sendiri sudah boleh mendabik dada dan berbangga kerana hasil keampuhan kerjasama mereka,sekali lagi PAS berjaya ditundukkan.
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Assalamualaikum.. Semua...Kita harus menentang habis-habisan pendiria PAS yg semakin lama semakin DAYUS semakin tunduk kepada kehendak ANWAR yg menjadi paba segala pepecahan masyarakat islam di Malaysia..kita boleh hanya jadi pembaca sahaja disini semua harus mengutuk dengan memberi komen agar ia menunjukan bantahan serta signal yg jelas kepada masyarakat kristian bahawa kalimah ALLAH tidak wajar digunakan oleh agama lain di malaysia sama ada di dalam text atau lisan bagi merujuk kepada tuhan agama lain. Saya tidak bersetuju kerana kerana Pelbagai sebab dan persoalan yang patut umat islam lontarkan kepada pihak yang menyokong kalimah ALLAH adalah:
Mengapa kalimah ALLAH begitu menjadi satu tuntutan yg mendesak daripada masyarakat kristian dlm bible terjemahan bahasa malaysia, bukankan terjemahan loard atau god itu lebih baik diterjemahkan kepada tuhan yg sesuai dengan bahasa malaysia itu sendiri. Di Arab ianya berbeza kerana dalam bahasa arab itu sendiri menterjemahkan bahawa tuhan itu allah…Saya berpendapat bahawa tuntutan ini berniat bagi mengembangkan agama kristian dikalangan masyarakat melayu islam.. Pihak kristian sebenarnya sengaja ingin kan kalimah ini di tulis dlm bible kerana kejayaan yg besar bg kristian dlm menyebarkan agama itu di banyak negara islam dengan menterjemahkan bible dlm bahasa ibunda sesebuah negara. Sebenarnya ini niat sebenar mereka. Pada saya penggunaan kalimah ALLAH ini bukan sahaja mengelirukan umat islam tetapi penganut kristian itu sendiri.Kita harus bersifat behati2 terhadap musuh islam, kita harus ada sifat bersyakwasangka terhadap niat jahad mereka. Adakah dengan menterjemahkan god kepada ALLAH oleh penganut ktistian menjadikan kefahaman mereka terhadap agama mereka meningkat, adakah bila penggunaan god dan lord ini kepada tuhan akan menyebabkan penganut mereka keliru dan sesat serta lari dari maksud sebenar? Jika tidak wajarlah mereka mengguna perkataan tuhan, negara ini juga adalah negara yg majoriti adalah beragama islam serta agama rasminya adalah agama islam.
Ada banyak ayat dr Al-Quran sebenarnya menceritakan kisah yg sama di dlm bible, cuma versinya berbeza dan diseleweng perkara ini di kuatiri akan boleh menyesat unat islam jika kita tidak berhati2. Cuba anda bayangkan akan datang anak2 kita disogokan dgn bible bahasa malaysia dan menjadi kebiasaan dan akhirnya meraka mendapati tiada banyak perbezaan dan dikuatiri keimanan mereka tergugat lalu tergelincir nauzubillah.
Cuba anda bayangkan bila mana ayat bertulis ALLAH di pakai di baju penganut kristian dibawa ketandas, selepas yg bertulis ALLAH pada selipar, kasut, kalung dan sebagainya dan bila di dakwa mereka kata ALLAH yg mereke rujuk adalah ALLAH kristian.. Maka terlepaslah mereka dr kesalah menghina agama islam..
Bagi saya Anwar telah jauh tersasar dr pegangan asalnya kerana dik agenda politik… Akhirnya teperangkap dengan keinginan,nafsu serta kekuasaan.. Banyak pandangan lontaran tafsiran seperti pandangan murtad,p hudud,luralisma. Libralisma, LBGT, yahudi, israil, penjualan arak di kawasan penempatan majoriti islam di selangor, pusat hiburan di bulan ramadhan di kedah, kedai judi di kelantan, kedai gunting rambut unisex, Semua pandanganya menjurus kepada keuntungan politik bukan lagi pandangan pada islam itu sendiri…
Wahai umat islam bersatulah… Percayalah bahawa hudud serta syiar islam tidak akan terlaksana jika PAS menang bergitu juga bila UMNO menang kerana mereka masih lagi menagih setiap undi bangsa lain setiap undi org kristian… Maka setiap undi yg mahu di tagih perlu tunaikan tuntutan mereka..akhirnya kita mula jual maruah bangsa dan agama…parti masing2 mula menjual maruah bangsa demi undi…. Kalau kita benar rasional dlm berpolitik kita mesti bersatu kerana kita majoriti iaitu 65% dan bangsa lain 35% bila kita berpecah kita minjadi minoriti iaitu 32.5% umno dan 32.5% pas dan mula lah kita menagih undi pada mereka..HUDUD DAN SYIAR ISLAM DI MALAYSIA HANYA BOLEH DILAKSANAKAN BILA ISLAM IAITU PAS DAN UMNO BERSATU…. PERCAYA LAH….
Post a Comment