Social Icons

Pages

Saturday, January 19, 2013

HOT NEWS !!! NAK TAHU KENAPA PR KEKALKAN KALIMAH ALLAH PADA BUKAN ISLAM ??? MEH BR JAWAB !!!


Timbalan Presiden PKR,Mohamed Azmin Ali menegaskan polisi PR berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya.Nampaknya, ‘bola’ kini di kaki Majlis Syura pula untuk bertindak balas.Itupun jika berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan Plural.Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu sendiri. Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar kepada umat Islam. Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya.Pendirian yang diambil oleh PR seperti yang diumumkan oleh Azmin boleh ditafsirkan seperti berikut : 

1. Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak ada nilai di dalam PR
2. Sah bahawa PKR membawa fahaman plural 
3. Puak Kristian dengan sengaja mencabar Islam 
4. Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah DAP Alasan PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli-ahli PAS dilihat sebagai ejekan kepada semua umat Islam kerana ia adalah tidak relevan sama sekali.Ini kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah dalam Bible bukan ahli PAS tetapi puak Kristian yang dijuarai oleh DAP. 

Justeru,apa ke jadahnya jika halangan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura itu ditujukan kepada ahli PAS ??? Nampaknya,apa yang kita khuatiri selama ini telah pun menjadi nyata iaitu keghairahan PAS berpolitik dan kerakusan mereka mengejar Putrajaya akhirnya membawa kepada tragedi ini.Apabila PAS mendabik dada sebagai Islam maka tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam.Oleh itu apabila PAS mengambil sikap flip-flop,sentiasa mengalah dan sering U-turn,maka PAS sebenarnya menunjukkan kelemahan mereka,tetapi dilihat sebagai kelemahan Islam.Akibatnya,Islam dilihat sebagai lemah sehingga musuh Islam tidak memandang sebelah mata pun kepada PAS dan seluruh umat Islam.Dari apa yang berlaku ini,tidakkah kita melihat bahawa orang yang disanjung sebagai Ulama besar,Mursyid,Tok Guru,Tuan Guru,yang kononnya berada di dalam darjat yang tersendiri di sisi Allah S.W.T yang maksum, alim lagi keramat,sebenarnya langsung tidak punya harga, tidak ada nilai walau satu sen pun, di mata orang-orang kafir. 

Tiada rasa gerun atau hormat orang lain terhadap mereka sepertimana yang dijanjikan Allah S.W.T kepada kekasih-kekasihnya,iaitu para Ulama sebenar.Sebaliknya orang-orang kafir menggelengkan kepala melihat kebodohan mereka.Maka,masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini semua telah berbuat kesilapan besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka juga telah membuat kesilapan besar ??? Telah dikatakan bahawa akan datang di akhir zaman Ulama-ulama jahat tidakkah kita percaya pada ayat Al-Quran ini ??? Masih belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan membangun semula kekuatan.Namun,ini hanya boleh dilakukan dengan bersatu.Walaupun kita masih dinaungi kerajaan Islam,namun sedarlah bahawa kekuatan kerajaan Islam itu juga bergantung kepada umat Islam yang bersatu dibelakangnya. 

Sukar bagi sebuah kerajaan Islam untuk mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara bersepadu. Hentikanlah menipu diri sendiri mengenai hudud atau Negara Islam sebagai alasan menolak kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan minda kita dimanipulasi oleh Ulama-ulama jahat itu tadi.Insaflah bahawa akibat terlalu mengejar bintang di langit,bumi dipijak menjadi padang jarak padang tekukur.Sedangkan yang berkelip bukannya bintang rupanya kelip-kelip yang berterbangan. Sebelum kita membetulkan undang-undang negara, betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu.Jika tidak, inilah akibatnya,di mana iman sendiri bercelaru, sehingga lebih percaya kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah S.W.T sendiri.Percaya yang sesama Islam itu kafir,walaupun Allah S.W.T menegaskan bahawa kita semua bersaudara.Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112 baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari imam.Semoga Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan perpecahan yang berterusan. Amin..

RENUNG-RENUNGKAN 

2 comments:

Anonymous said...

Bila dah belasah bontot mesti rasa berdosa tak cium surga pasal itu kesalahan besar yang tak terampunkan. Lagi pula kesalahan berbontot tu di sepuh pula oleh duit haram rasuah yang di makan sampai tak habis. Kalau di buang jatuh miskin pula. Untuk rasa masih selamat ada beberapa pilihan:

1. Cipta ugama sendiri

2. Liberal kan Islam di mana bab bontot tu tak da lah hal sangat.

3. liberalisma ugama

Dalam otak tu mula la ligat. Mungkin ada ugama yang lebih benar dari Islam (Nak cari alasan bab bontot dan rasuah) atau "semua ugama menuju tuhan yang sama cuma cara saja berlainan". Lagi ramai orang sokong pendapat ni lagi lah berasa 'di jalan yang benar'. Ramai orang percaya per. Macam lah satu dunia ni kata tuhan tak da, dan dan tu lah tuhan pun hilang.

Kalau ikut Kristian lagi syok. Semua dosa kita Jesus yang tanggung. Sedap tu. Umpama kita beli barang pakai kad kredit Jesus.

Kalau kena saman pun Jesus bayar, macam tulah.

Apa jadi orang berfikiran begitu? Habis rosak segala peraturan dunia kerana asal setahun sekali bawak duit pergi buat pengakuan ke paderi dan bagi duit sedekah semua dosa bersih. Best nya!

Orang macam ni mesti berani menginayakan orang, susahkan orang, berkelakuan entah apa apa yang dia suka kerana mengenangkan dosa itu boleh di bersih dengan duit. Jesus ada maaaaaaaaaa

Anonymous said...

taktik pakatan mahu tarik pengundi.. siapa perasan hal ni mesti tahu.. pegundi bukan islam akan mengundi pakatan kerana yakin diorang akan benarkan kalimah allah diguna pakai jika menang.. jika kerajaan kalah pakatan menang.. mereka sanggup jual agama janji mereka menang pilihanraya.. lagi satu pkr dan dap tidak pentingkan undi pas sebabnya kumpulan itu minoriti dalam pengundian.. jadi.. siapa rajin mengundi dimalaysia ini pastilah golongan bukan islam dan melayu ratanya malas mengundi...

 
 
Blogger Templates